Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Nak Belajar Selamatkan Alam Sekitar? Boleh Cuba 'Straw' Sayur Kangkung Ini!

18-6-2019 04:45 PM|Oleh: intan| Komen: 28

Kempen pengurangan barangan plastik di kalangan pengguna semakin mendapat sambutan dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. Begitu juga dengan penggunaan penyedut minuman yang dahulu dan kini masih dianggap benda wajib ada jika membeli minuman. 

Namun kini semakin ramai rakyat Malaysia terutamanya mula berhijrah dari penggunaan 'straw' plastik kepada penyedut minuman besi, buluh dan sebagainya. Syabas diucapkan!

Lain pula bagi sebuah restoran di Thailand yang diberi nama Brocolli Revolution yang menawarkan penyedut minuman daripada sayuran kangkung! Wah, menarik! Pemilik restoran itu juga telah mengharamkan penggunaan 'straw' plastik dan menyediakan penyedut minuman daripada kangkung kepada pengunjung. Jika tidak mahu, mereka boleh membeli penyedut minuman besi, kaca dan buluh yang disediakan di kafe tersebut ataupun terus minum daripada cawan.


Boleh terus makan


Penyedut minuman tersebut bukan sahaja boleh menggantikan penggunaan 'straw' besi disebabkan keupayaan biodegrasinya yang tinggi malah boleh dijamah dan dijadikan snek. Cool giler!

Diharap pengusaha restoran dan kafe di Malaysia boleh mengambil contoh dalam usaha mengurangkan penggunaan barangan plastik di Malaysia. Kangkung pun senang didapati di Malaysia, jadi tiada alasan lagi! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 28
Komen

Previous : SpaceX Milik Elon Musk Bakal Tunai Impian Billionaire Jepun Jadi Pelancong Pertama Ke Bulan

Next       : Tidur Lampu Terbuka Punca Gemuk?

Komen Terbaru

Quote Fleur81 27-8-2019 02:45 PM
Mujur dah beli straw stainless steel..senang bawak ke mana2

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 18-6-2019 05:28 PM
Bila dah mula di kuat kuasakan Julai nanti mesti macam2 jenis straw mesra alam akan kelihatan
Quote bintangct 19-6-2019 01:00 AM
Ewww batang kangkung ada potensi jd tempat ccing
Mak iols selalu potong 2 kalau batang kkung  ni
Quote chinta89 19-6-2019 09:00 AM
tiba teringat legend psl anak2 lintah ke ape dah dlm kangkung. masak kangkung belacan, lintah mbiak dlm perut?
Quote fly_in_d_sky 19-6-2019 10:51 AM
bawa straw sendiri kalau boleh
Quote CARI-MAMS 19-6-2019 11:01 AM
mmg menarik...ada ulat tak hehe
Quote TalibanRock 19-6-2019 11:04 AM
straw buluh xde ker?
Quote ninjago 19-6-2019 01:00 PM
standby steel straw je dalam bag. kt mr diy murah je, rm8 dapat 4 straw + berus cuci.. senang..
Quote PuanAbby 19-6-2019 01:02 PM
Mesti kelat je rasa bila nak sedut tu
Quote cyber_mania 19-6-2019 02:13 PM
Klau yg jenis boba drinks, pearl drinks tu mana lepas nk minum pakai straw kangkung ni.
Quote CARI-MAMS 19-6-2019 06:07 PM
hahah boba drink tak sesuai la
Quote clarizsa 19-6-2019 06:09 PM
Eeuuwwwwww
Grossss
Quote glump 19-6-2019 07:26 PM
Kalau nk jaga alam sekitar.. Jgn lah membazir mkan benda tak perlu... Sibuk nk jimat satu straw.. Abis tak fikir berapa byk benda yg leh rosak alam sekitar sbb nk kuarkan makanan tak perlu tu
Quote Foxey 19-6-2019 07:51 PM
Err... Takyah pakai straw lah
Quote kelapaparut 19-6-2019 07:54 PM
I rase straw ni x effect ape2 pun, xperlulah over acting sampai susahkan org, pencemaran lain byk lg yg perlu dibanteras, setakat straw x effect la
Quote buapakperut 19-6-2019 07:58 PM
zaman sekarang masih ada jahiliyah yang berkitabkan mastika majalah behwa kangkung ada lintah
Quote buapakperut 19-6-2019 07:59 PM
kelapaparut replied at 19-6-2019 11:54 AM
I rase straw ni x effect ape2 pun, xperlulah over acting sampai susahkan org, pencemaran lain byk lg ...

tu la, setuju..plastic packaging yg mendominasi
Quote AwanCikDania 20-6-2019 07:39 AM
buapakperut replied at 19-6-2019 07:58 PM
zaman sekarang masih ada jahiliyah yang berkitabkan mastika majalah behwa kangkung ada lintah

Tapi iollss sendiri pernah nampak ada lintah kat kangkung. Sejak tu mmg trauma sikit klu nk masak kangkung.
Quote Simunggu 20-6-2019 08:42 AM
semua gelas di kedai di buat ada straw melekat....ok juga..tapi geli juga kan
Quote CikB 20-6-2019 09:47 AM
rasa mcm tak sanggup je nk sedut guna kangkung!  sanggup lagi minum tanpa straw!

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077499s Gzip On
To Top