CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Menakjubkan, Dubai Bina Taman Al-Quran Pertama Di Dunia!

4-7-2019 11:01 AM| Diterbitkan: cikqis88| Dilihat: 4924| Komen: 17|Original author: Oleh: The Queen

Description: Dubai sememangnya terkenal sebagai salah satu bandar termewah di dunia dan terkenal dengan adanya bangunan menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. Ia menjadi tarikan pelancong dari serata dunia ...
Dubai sememangnya terkenal sebagai salah satu bandar termewah di dunia dan terkenal dengan adanya menara tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. 

Ia menjadi tarikan pelancong dari serata dunia dan kini, Dubai telah membina satu lagi destinasi pelancongan baru iaitu Taman al-Quran pertama di dunia atau dikenali sebagai Quranic Park. Menarik!




kredit foto Supplied

Quranic Park dibina di atas tanah seluas 64 hektar yang terletak di daerah Al Khawaneej dan mula dibuka untuk pengunjung pada 30 Mac lalu. Pembukaan taman al-Quran ini diyakini dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari dan mendalami kitab suci berkenaan selain menghayati segala keindahan yang terkandung di dalamnya. 


Quranic Park ini dibangunkan bertujuan menjadi jambatan penghubung intelektual dan komunikasi budaya antara golongan yang datang dari latar belakang budaya agama dan cara hidup berbeza.


kredit foto whatson.ae

kredit foto whatson.ae

kredit foto whatson.ae

Di dalam Quranic Park, terdapat banyak tanaman seperti yang diceritakan dalam Al-Quran seperti pohon anggur, delima, ara, zaitun dan sebagainya. Taman ini juga mempunyai ruang rekreasi untuk kanak-kanak, ruang teater, gambaran ibadah umrah dan lain-lain lagi bagi menonjolkan kehebatan dan keistimewaan kitab suci umat Islam ini.

Taman ini bukan sahaja menarik golongan beragama Islam, malah juga golongan bukan Islam dengan adanya 12 taman, gua mukjizat dan danau terbelah yang menjadi lambang peristiwa Nabi Musa A.S berpisah dari Laut Merah. 

Pengunjung dapat meneroka gua yang dibina di sana dan menghayati kisah-kisah nabi yang diceritakan di dalam Al-Quran. Pengalaman menyusuri kawasan padang berpasir, oasis kelapa sawit, bangunan kaca, menikmati pemandangan air pancuran dan sebagainya pasti tidak dapat dilupakan pengunjung Quranic Park.


kredit foto Antonin K??lian Kallouche/Gulf News

kredit foto bayut.com

kredit foto gccpremiumbrands.com

kredit foto Reuters

kredit foto Reuters

kredit foto Reuters

Pada awal pembukaannya, Quranic Park berjaya menarik 100,000 pengunjung! Wah, pasti teruja kaki melancong untuk menjejakkan kaki di sana pula kan? - CARI
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arek 4-7-2019 11:03 AM
wow...hebat
Quote LadyCarefree 4-7-2019 11:14 AM
Klau buat kt mesia mesti syarat masuk kene pkai tudung kn
Quote Kurex 4-7-2019 11:14 AM
Macam best...
Quote nazzse 4-7-2019 11:58 AM
Ehh menarik ni..sambil melawat sambil baca tafsir..dpt ilmu
Quote lebahberachun 4-7-2019 01:15 PM
wahh. mcm menarik je!
Quote ainashiqa 4-7-2019 03:01 PM
Wow.. Best tempat ni.. Byk ilmu boleh dpt bila masuk sini
Quote chinta89 4-7-2019 03:34 PM
wahhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote alien88 5-7-2019 09:26 AM
teringinnya nk g...
Quote nurulazzah05 5-7-2019 01:26 PM
nak tanya, jika pergi ke Dubai bulan Disember tahun ini cuaca apa ye? kalau ada tiket murah bulan 12 ni.. saya pun berhasra melawat Taman Al-Quran ini.tq
Quote meisapoya 5-7-2019 06:22 PM
Menarik konsep dia...
Quote intanumbrella 6-7-2019 02:25 PM
cantiknya!!!!!
Quote DD1993 8-7-2019 12:06 AM
cantik btul!!. boleh plan kesini satu hari nanti..
Quote ninjago 8-7-2019 10:44 AM
menariknyaa... sambil2 menghayati peristiwa2 besar & menghayati Alquran.. kt Malaysia taknak buat ke?
Quote anony-mous 5-8-2019 04:06 PM
LadyCarefree replied at 4-7-2019 11:14 AM
Klau buat kt mesia mesti syarat masuk kene pkai tudung kn

Kalau boleh free hair, mcm ironic pulak. Sb dlm quran suruh tutup aurat. I rasa kalau buat mcm
Masjid putrajaya pon ok bg jubah tu
Quote LadyCarefree 5-8-2019 05:51 PM
anony-mous replied at 5-8-2019 04:06 PM
Kalau boleh free hair, mcm ironic pulak. Sb dlm quran suruh tutup aurat. I rasa kalau buat mcm
Ma ...

Taman je pon.
Quote anony-mous 5-8-2019 06:08 PM
LadyCarefree replied at 5-8-2019 05:51 PM
Taman je pon.

Tmn quran. Bkn tmn tasik perdana
Quote aniz@emerald 22-8-2019 05:41 PM
wow... nice! actually tak perlu hadkan untuk free hair ke x... masa ni lah nk educate orang y x kenal quran to dekatkan diri n learn

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.213620 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top