CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Leka Main Futsal Sampai Lewat Petang, Budak Tipu Ibu Dakwa Diculik

20-6-2019 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3042| Komen: 11

Description: Kanak-kanak menipu ibunya yang dia kononnya diculik sekumpulan lelaki kerana takut dimarahi selepas lewat pulang daripada bermain futsal di Kampung Jambu Bongkok, Marang pada Selasa.
Kanak-kanak menipu ibunya yang dia kononnya diculik sekumpulan lelaki kerana takut dimarahi selepas lewat pulang daripada bermain futsal di Kampung Jambu Bongkok, Marang pada Selasa.

Memetik Astro AWANI, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu mendakwa dia diculik sekumpulan lelaki menaiki van berwarna putih ketika dalam perjalanan pulang kira-kira jam 7 malam.



Gambar Hiasan

Dakwanya, dia dihampiri sebuah van dengan nombor pendaftaran MBJ 4757 sebelum seseorang menariknya dari belakang.

Namun, dia berjaya melawan dan melepaskan diri sebelum berlari ke belakang sebuah rumah tidak berpenghuni.

Sejurus tiba di rumah, kanak-kanak itu menceritakan kejadian kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Merchang.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Allauden Abdul Majid mengesahkan tiada insiden penculikan sebagaimana didakwa kanak-kanak itu dan siasatan mendapati laporan dibuat tidak benar.


“Di Terengganu ni, alhamdulillah tiada aktiviti penculikan sama ada kanak-kanak ataupun remaja.

“Yang melibatkan elemen jenayah tiada setakat ini, cuma kita seru ibu bapa supaya sentiasa mengawasi anak-anak di mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan,” katanya. - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 20-6-2019 01:49 PM
sebuah van dengan nombor pendaftaran MBJ 4757


no kereta sape ni weh jd mangsa hahaha

“Di Terengganu ni, alhamdulillah tiada aktiviti penculikan sama ada kanak-kanak ataupun remaja.


mungkin ada tanpa sedar? entahla.
Quote crazybeach 20-6-2019 02:10 PM
hamboi ko dekk. entah mane2 punya nombor plat kenderaan jiran ko gi hambat tak pepasal dah kena target satu malaya bila ada van putih bernombor plat MBJ 4757 lalu lalang di jalanan
Quote Artemesiaa 20-6-2019 02:54 PM
Cakap budak2 zaman sekarang jangan cepat percaya sangat ramai yang dah pandai menipu atas alasan takut kena marah
Quote Betara_Indera 20-6-2019 04:43 PM
kecik2 membohong, dah besar nnt mencuri la ye
Quote MFR_IN 20-6-2019 05:27 PM
siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 mencuri..
Quote ainashiqa 21-6-2019 06:38 AM
Amboi dik... Kuat nau pengaruh drama kau ni
Quote ikanmasin 21-6-2019 08:22 AM
bdk2 skrg ni sng jer kan nak selamatkan diri tipu kene culik
bagai.kang jadi btl2 tak jumpa mak bapa ko dik.menyesal tak suda.
Quote Pink_Purple 21-6-2019 11:49 AM
kecik2 dah pandai menipu orang tua..
Quote mamarock 21-6-2019 02:00 PM
12 tahun dah pandai menipu?
Emak ayahnya garang sangat ke sampai terfikir nak menipu camtu?
Lepas mak ayah malu sekampung.. masuk paper dah se Malaya tahu.. lagi terus kau kena dik
Quote nono86 22-6-2019 06:47 PM
Aduh, jangan biar la dik perangai gini. Dah besar makin menjadi2
Quote mialunar 22-6-2019 08:14 PM
Drama sangat ... harap2 mak pak...polis sekolahkan budak ni cukup2 n insap la dik oii

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.056176 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top