CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

7 Perkara Menjengkelkan Orang Kerja Pejabat Je Yang Faham!

3-7-2019 11:19 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 13574| Komen: 82|Original author: Oleh: intan

Description: Jika anda seorang pekerja yang kebanyakan masa dihabiskan di pejabat ataupun di hadapan skrin monitor sahaja, pasti pernah merasa pengalaman menjengkelkan seperti di bawah ini.
Jika anda seorang pekerja yang kebanyakan masa dihabiskan di pejabat ataupun di hadapan skrin monitor sahaja, pasti pernah merasa pengalaman menjengkelkan seperti di bawah ini.

Berada di pejabat dengan rakan sekerja pasti memberikan 1001 pengalaman berdepan dengan pelbagai kerenah. Pernahkah anda mengalami paling tidak pun satu daripada situasi di bawah? Jom kita 'check'!



1. Pinggan dan cawan terbiar dalam sinki pantri



Pasti ada seorang di pejabat anda yang malas betul nak basuh segala pinggan mangkuk dan 'mug' selepas digunakan. Sudahnya, dibiarkan saja dalam sinki. Ish ish, teruk betul. 



2. Sering mengeluh macam banyak kerja padahal...



"Ish aku stres betullah, banyak betul kerja ni..!!" padahal 'online' je lebih. Orang lain boleh menguruskan lima hingga 10 projek, tapi si dia kena isi dokumen pun dah mengadu stres. 


3. Suka makan di meja sendiri. Bau makanan masya-Allah, sedapnya...



Dah ada tempat khas seperti pantri, tapi nak juga makan di meja kerja. Kalau roti ataupun air kotak tak mengapalah, sekali melantak nasi lemak, mee rebus, nasi dagang. Baunya pulak kuat tambah-tambah di pejabat berhawa dingin. Sabar je lah dengan orang macam ni.


4. Suka-suka hati ubah suhu penghawa dingin



Ada juga rakan sekerja yang suka hati mengubah suhu penghawa dingin tanpa meminta kebenaran dan persetujuan rakan pejabat lain. Penting diri sangat ni tau. Bila dah ubah tu, kadang-kadang terlampau sejuk, malah ada pula macam tak pasang langsung.


5. Rakan pejabat suka mengintai



Ada pula yang jenis suka mengintai apa yang kita buat di meja sebelah. Walaupun tak buat perkara bukan-bukan selain main Facebook (ehem, ini juga dilarang waktu bekerja ya!), tak eloklah untuk kita menyibuk hal orang lain. JANGAN 'KEPOHCI'!!


6. Bila waktu ke bilik air merupakan saat paling tenang dan waktu bersendirian



Eh, jangan salah anggap pula bila rakan pejabat anda berada lama di tandas. Mungkin itu sahaja masa yang dia ada untuk berasa tenang daripada menghadap muka anda selama lapan jam di pejabat. EH?


7. Dah sakit tahap nazak masih nak datang pejabat



Dah tahu sakit, penyakit berjangkit pula tu seperti selesema, batuk dan demam, usahlah datang ke pejabat. Sebab ianya berjangkit, tak pasal-pasal semua rakan pejabat terkena jangkitan penyakit tu. Rehat sajalah di rumah, okey?

Ha, amacam? Pernah hadapi tak situasi macam ni? Kalau tak pernah, mungkin anda yang sebenarnya buat perangai menjengkelkan ini. Kongsikan pengalaman anda di pejabat yang boleh dianggap 'annoying' dan menyampah! - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 3-7-2019 11:26 AM
Yang suka mengintai tu pleaselah k, annoying sangat
Quote Melorqe 3-7-2019 11:33 AM
yg suka makan makanan berbau kuat  tu makan la kat pantry.
Quote glump 3-7-2019 11:37 AM
Yg suka pi tempat org untuk cerita semua kehebatan dia yg tiada tu
Quote Boomibulat 3-7-2019 11:37 AM
8-tong sampah penuh masing2 xnak buang spai berbau
Quote RatuDunia94 3-7-2019 11:38 AM
Yang suka pinjam barang.. pastu x reti nk pulang... bila kita minta sbb nk guna dia dgn selamba ckp tak tau.. dgn muka x bersalahnya.. bila kita x bg pinjam mula la tarik muka..
Quote LostStar 3-7-2019 11:42 AM
daku p.a, masalah daku org dtg sini pinjam pen bile jmp bos, lepastu terus balik ke department dorg.. ehhhhhh sakitnya ku disini.. geram!
Quote msdummy.2018 3-7-2019 11:44 AM
i choose number 4
Quote ms.mango 3-7-2019 12:04 PM
No. 2 tu mmg tepat sekali.. Mcm dia sorg byk keje satu hal.. Tapi sempat duk borak sempat onlinr tepat kul 5 dah cabut balik..  Esok sambung lagi byk keje la yada yada sampai abg jamil mampos.. Keje dia tetap xsiap {:nose
Quote isteri_ayil 3-7-2019 12:04 PM
opis aku takde plak, kes yg disenaraikan tu... , sebab, opis aku lagi puaka... puaka teramat...
aku nak mintak transfer pun, tak tau nak gi ke opis mana.. sbb post limited kat dept lain.. so, kena hadap jeneral bawang tahap puaka tiap2 hari... bukan aku sorang je kena.. semua golongan , semua position dlm opis ni kena lahar/kutuk/diburuk2kan , termasuk big boss oleh si Jen. Bawang berpuaka... the best part, jen puaka ni, ramai tau follower yg satu kepala dgn dia... (follower semuanya dari dept lain...)
Quote ahlisihircute 3-7-2019 12:05 PM
LostStar replied at 3-7-2019 11:42 AM
daku p.a, masalah daku org dtg sini pinjam pen bile jmp bos, lepastu terus balik ke department dorg. ...

Yg nie mmg betol ...pen mmg selalu hilang....klu letak duit n pen atas meja...pen confirm hilang....
Quote nuryakmal 3-7-2019 12:10 PM
print banyak2 pastu tak reti nak amik. punya la malas!

Quote EvieWanKenobi 3-7-2019 12:13 PM
telefon meja lain berbunyi takleh tolong jawab..
padahal dia ada je kat workstation dia..
Quote Artemesiaa 3-7-2019 12:26 PM
Betul tu No 2 tepat sekali drama sangat pada hal bukan buat apa pun sibuk main phone dan tu sambung call sana sini bukan telephone clent ke hapa tapi sibuk telephone sedara mara sanak saudara jiran tertangga juga anak dan laki.  Kerja bertimbun pun longgokkan dulu lepas tu bila customer boss dah bising baru terkial2 nak buat gigih buat OT simbil2 merungut mintak orang lain tolong bantu siapkan kerja dia tu sama.  
Quote Ratutulip 3-7-2019 12:29 PM
dkt opis ni ada 1org tu suka tinggal cawan2 minum tk nak basuh, plus mkanan dlm peti ais kita dh letak nama ni, ttp jugak lah ada yg curi makan
Quote LostStar 3-7-2019 12:32 PM
ahlisihircute replied at 3-7-2019 12:05 PM
Yg nie mmg betol ...pen mmg selalu hilang....klu letak duit n pen atas meja...pen confirm hilang.. ...

hah kan.. antara duit dan pen.. pen tu mcm hantu..buh la nama kat pen tu sekalipun.. tetap lesap..
Quote makkenits 3-7-2019 12:44 PM
LostStar replied at 3-7-2019 12:32 PM
hah kan.. antara duit dan pen.. pen tu mcm hantu..buh la nama kat pen tu sekalipun.. tetap lesap.. ...

kalo pompuan, blh la buat mcm anak buah aku buat kat ofis tu.. dia guna pen yg ada hiasan bulu or patung comel2 kat batang pen tu.. mmg confirm x hilang sbb org x mau amik.. sbb senang nak trace or sbb malu nak guna pen yg girlish tu
Quote CardiGans85 3-7-2019 12:48 PM
Ahaha..bdk br 3 bln da cabut lari lps dpt gaji gara2 kepochi...sudahnya aku jugak kena amik blk keje dia. Yg 'org tu' ala2 bziest in the world. Getik la aku
Quote LostStar 3-7-2019 12:51 PM
makkenits replied at 3-7-2019 12:44 PM
kalo pompuan, blh la buat mcm anak buah aku buat kat ofis tu.. dia guna pen yg ada hiasan bulu or  ...

haaaa malu haaa buh bulu2 kt pen.. hahahaha
Quote yuki812 3-7-2019 12:59 PM
suka menaip kuat2..tunjukkan dia byk kerja..
padahal dok membawang dalam email..
lg satu..depan boss senyap..
takde boss..berborak..
bila increment..bonus..dapat skit..bising..
ko ingat boss tu takde instict dia sape tak buat kerja ke ape ker..

lg satu..tinggalkan makanan dlm fridge smpai berbau...
aduhai..tak semena2 makanan kita pon berbau..

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052147 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top