CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

"Kalau Tak Sedap, Kami Pulang Duit"- Syarikat Filem Malaysia Ini Sanggup Bayar Balik Penonton

4-7-2019 10:51 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 4782| Komen: 10|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Kadang-kadang, kita terpengaruh hendak menonton filem di panggung wayang sebab promosi besar-besaran, apatah lagi kalau selebriti laman sosial kata sedap. Tapi bila dah tengok, rupa-rupanya tidak lah ...
Kadang-kadang, kita terpengaruh hendak menonton filem di panggung wayang sebab promosi besar-besaran, apatah lagi kalau selebriti laman sosial kata sedap. Tapi bila dah tengok, rupa-rupanya tidak lah sesedap mana atau tidak kena dengan selera filem kita. 


Apa yang selalu dilakukan apabila kecewa selepas menonton sesebuah filem? Selalunya mengumpat dengan rakan-rakan atau meluahkannya di laman sosial sajalah, kan? 

Tapi, bagaimana kalau anda diberi peluang untuk mendapat balik duit kalau filem ditonton tidak memuaskan?

Itulah yang dilakukan Kuman Pictures. Syarikat perfileman Malaysia yang diterajui Amir Muhammad ini berjanji akan memulangkan semula duit jika anda tidak berpuas hati dengan filem mereka.

Mereka buat kali pertama tampil dengan filem seram Two Sisters baru-baru ini, hasilnya ada tiga penonton yang tidak berpuas hati dan Kuman Pictures memulangkan semula wang mereka. 


Loading FB Post...



Kenapa?

Sebabnya mudah, tauke Kuman Pictures, Amir Muhammad berkata; "Tanpa penonton, tiadalah filem". 

Two Sisters merupakan filem pertama Kuman Pictures. Syarikat filem seram ini menetapkan bajet RM500,000 untuk setiap filemnya, bajet yang sangat rendah sebenarnya untuk sebuah filem. Kos ini termasuklah skrip, upah pelakon, penggambaran dan promosi. 


FOTO: FB

Mereka juga menjaga kebajikan kru dan pelakon filem mereka. Selain gaji yang diterima, pelakon dan kru filem akan mendapat royalti hasil jualan tiket di panggung wayang atau saluran lain. Sesuatu yang tidak pernah dibuat dalam industri filem Malaysia. 

Two Sisters sudah habis ditayangkan di pawagam Malaysia, dan syarikat itu dalam perancangan untuk menerbitkan filem kedua bertajuk "Roh" pada hujung tahun ini. 



Agak-agaknya, kalau mereka buat lagi promo "tak puas hati boleh dapat duit balik", adakah akan pergi ke panggung wayang untuk menonton filem Roh ini?

Bagi anda, ini gimik atau sebenarnya nak melawan budaya promosi melampau yang berlaku sekarang?  - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 4-7-2019 11:06 AM
Aku tak tau pun kewujudan movie ni
Quote LadyCarefree 4-7-2019 11:17 AM
Satu langkah yng bagos. Dulu aflin shoki jual cd ikot suka nk byr brape kn?
Quote merrissa 4-7-2019 12:03 PM
durian kalo isi kosong, boleh refund ka? eh silap thread hehehehe
Quote Boomibulat 4-7-2019 12:14 PM
merrissa replied at 4-7-2019 12:03 PM
durian kalo isi kosong, boleh refund ka? eh silap thread hehehehe

Dia ckp klu x sdp je ade refund..klu kosong xde.movie pn ada sedap x sdp jgk ropanya
Quote Mfzg89 4-7-2019 04:25 PM
ramai la kapel rempit g tgk cite ni satgi..pastu keluar panggung mintak refund (Korg paham2 jela...)
Quote otai_g 6-7-2019 07:26 AM
Gimik je ni. 3 org upahan tu.

kalo 100 org tgk n kt filem ni x sdp da brp ringgit plk nak byr blk tu?
Quote kualibesi 25-7-2019 05:26 PM
movie apa nie? xde pun promo dkt tv
Quote sekngucing 25-7-2019 08:26 PM
tak pernah dengar pun

aku pernah tgok pilem seram korea.. two sisters tahun 2003 dulu
Quote dua_chzy 21-8-2019 08:30 AM
Tengok la sapa kepala company ni. Amir Muhammad. Korang tak kenal ke?
Quote dua_chzy 21-8-2019 08:32 AM
Director, James Lee.

Ni suma bukan nama calang2 ni. Level kreatif meka bukan level Razak Mohaideen, Ahmad Idham atau... Shamsul Yusof.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050857 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top