CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kos Cerai Adele Boleh Cecah RM744 Juta!

5-7-2019 11:09 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 8495| Komen: 37|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Bila Adele umumkan perceraian dengan suami, Simon Konecki, ramai yang ternanti-nanti album terbaru penyanyi bersuara gemersik itu. Tak boleh salahkan peminat juga sebab album-album Adele sebelum ini m ...
Bila Adele umumkan perceraian dengan suami, Simon Konecki, ramai yang ternanti-nanti album terbaru penyanyi bersuara gemersik itu. Tak boleh salahkan peminat juga sebab album-album Adele sebelum ini memang berkait rapat dengan kisah cintanya. 


Foto: DailyMail

Tetapi, peminat mungkin terpaksa menunggu lebih lama kerana perceraian bintang itu mungkin akan melibatkan kes mahkamah yang panjang kerana timbul isu pembahagian harta sepencarian. 



Menurut laporan Forbes.com, perceraian Adele akan tertumpu kepada pembahagian harta penyanyi itu yang kini dianggarkan bernilai ASD180 juta (RM744.32 juta) sekiranya Adele dan bekas suaminya memfailkan kes cerai itu di California. 

Adele dan bekas suaminya menetap di California sejak mereka berkahwin. Bekas suaminya bekerja di sana dan Adele pula dikatakan sukakan cuaca panas California berbanding cuaca sejuk London, tempat asalnya. 


FOTO: METRO.CO.UK

Menurut undang-undang California, bekas suami Adele berhak mendapat separuh pendapatan Adele sepanjang mereka berkahwin. Menurut majalah People pula, kekayaan Adele pada 2018 mencecah mencecah ASD180 juta dan sebahagian besar kekayaan itu diperolehinya ketika berkahwin. 

Maka, bekas suaminya boleh menuntut 50-50 kekayaan Adele kerana undang-undang harta sepencarian ini. Malangnya, pasangan itu tidak menandatangani perjanjian "pre nup" sebelum berkahwin. 

Perjanjian "pre nup" adalah perjanjian antara pasangan yang memastikan harta masing-masing tidak terusik sekiranya rumah tangga yang dibina hancur berkecai. 



Mungkin, Adele sangat percaya kepada cinta dan tidak pandang kepada duit sangat sehingga tidak membuat perjanjian ini. Katanya, dalam satu wawancara bersama majalah Variety: "duit tak penting dalam hidup saya". 

Agaknya, kalau kita ada duit sebanyak Adele, sanggup tak buat perjanjian "pre nup" atau percaya sampai mati pada pasangan? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • mzcoach

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zu_nia 5-7-2019 11:44 AM
Yes! I will do pre nup
Quote matchstick 5-7-2019 11:53 AM
Walau ko bnyk duit dan x heran pun dgn amaun 180juta tu, tp kalau bercerai sbb gaduh n mmg benci dh kt org tu, 1 sen pun ko x redho dpt kt dia. Baik tabur duit tu tepi jalan
Quote binipopeye 5-7-2019 11:55 AM
alahaiii adele... suka lagu2 dia....
tp org2 industri dah jangka pun masa dia dpt anak dulu... lepas tu kawin... dari dulu suami dia dikelilingi gadis2 cantik tp end up dgn adele... xkan bodo2 nk kawin dgn si gemok kalo bukan sbb duit...
Quote sarah82 5-7-2019 12:35 PM
Tapi rugi juga kalau buat pre nup.. Karang aku tak boleh tuntut sampai bakal ex tinggal seluar dalam
Quote krustykrab 5-7-2019 12:36 PM
binipopeye replied at 5-7-2019 11:55 AM
alahaiii adele... suka lagu2 dia....
tp org2 industri dah jangka pun masa dia dpt anak dulu... lep ...

Ye ke tp tgk rupalaki dia pun x de la siap sgt...
Quote nisako 5-7-2019 12:42 PM
adoi nape x buat pre nup..........rugi la adele .............
Quote yangsemb 5-7-2019 12:44 PM
Homaigadd...kesiannya!
Quote Artemesiaa 5-7-2019 12:50 PM
Sedihnya pasti dia pun tak sangka perkahwinannya akan berakhir macam tu sebab tu mungkin dia tak terfikir nak buat pre nup masa berkahwin dulu.
Quote hayati_hassan 5-7-2019 12:52 PM
abihlah adele penat2 kumpul harta
dah nk kena berbahagi silap2 boleh dpt byk kat husband dia
Quote fushimi 5-7-2019 12:56 PM
ofcos iols akan buat

duit kot sapa tak sayang

apahal nak bagi kat laki kalau iols yang penat guna kudrat i cari duit

prinsip iols duit laki duit iols

duit iols duit i

Quote ichaliza 5-7-2019 01:56 PM
kesian nye
Quote Ivysaur 5-7-2019 02:16 PM
Pergh syok la ex hubby dia kesian kat dia je...
Quote armin 5-7-2019 02:52 PM
Rugi la adele. Lepas ni tak payah kahwin la senang. Beranak pinak takyah ada ikatan mcm kourtney kardashian tu. ad betina lain terus break je takyah cerai berai. Harta pun selamat dpt kt anak2 yg bersusun tu
Quote Xim 5-7-2019 04:12 PM
gila ah undang2 . bini cari duit , bini yg kena bayo kat laki
Quote binipopeye 5-7-2019 04:29 PM
krustykrab replied at 5-7-2019 12:36 PM
Ye ke tp tgk rupalaki dia pun x de la siap sgt...

laki adele ni jenis socialite.. dari sblm kawin ade foundation charity sendiri... nk cari sponsor kene bergaul dgn member orka.. cun2 socialistaaaa nyer orka.. alaa socialitasss muka2 gurly jer yg ramai.. mcm kt msia ni sama jer contoh mcm anak2 JR... xyah sesusah ade kerjaya cuma perlu nyendeng ibu tiri jer haaa dpt merasa majlis di istana... foundation nyer tuh xtau lah masih aktif tak skrg... tp kalo dpt duit adele jota2 sure hidup gah foundation nyer tuh.. acct survive for next 10 yrs  

Quote ainashiqa 5-7-2019 04:57 PM
Aku mesti bt pre nup.. Reta sndri kot. Susah payah carik
Quote CikB 5-7-2019 05:45 PM
kalau nk berhati2 baik sain pre nup
Quote MsKathryn 6-7-2019 02:09 AM
Kesian, penat cari duit.. last2 kena bg separuh kat ex..  
Quote WajibulGhunah 6-7-2019 04:19 AM
Ruginya.... kalau i, i akan sign.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.136731 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top