CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Cukup Duit Nak Kahwin, Kaunselor Rela Buat Laporan Palsu Disamun

28-6-2019 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4496| Komen: 27

Description: Dek kerana bajet perkahwinan tidak mencukupi, seorang kaunselor membuat laporan palsu kononnya disamun di hadapan sebuah kedai di Jalan Besar Perai, Selasa lalu.
Dek kerana bajet perkahwinan tidak mencukupi, seorang kaunselor rela membuat laporan palsu kononnya disamun di hadapan sebuah kedai di Jalan Besar Perai, Selasa lalu. Dakwanya, kejadian itu menyebabkan dia kerugian sehingga RM46,000.


Memetik laporan Utusan, suspek berusia 39 tahun itu ditahan polis kira-kira jam 10.35 pagi, kelmarin di tepi Jalan Kedai Subham Perai.


Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam laporannya, lelaki itu mendakwa dia dihampiri dua lelaki menaiki motosikal sebelum beg sandang mengandungi komputer riba, wang tunai berjumlah RM39,000 dan pelbagai barangan kemas ditarik pembonceng terbabit.

“Wang tunai ini didakwa untuk kegunaan majlis perkahwinannya dan barangan kemas seperti rantai leher,gelang tangan, loket serta subang pula adalah untuk diberikan kepada bakal isterinya,” kata Nik Ros.


Siasatan yang dijalankan di lokasi kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang bukti mengenai kes itu.

Tambah Nik Ros, terdapat kecelaruan dalam kenyataan yang diberikan suspek sebelum dia mengaku membuat laporan palsu kerana mengalami masalah kewangan sedangkan keluarga teman wanitanya mahu mempercepatkan majlis perkahwinan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batusembilan 28-6-2019 10:13 AM
alahaiiii......sedih dgr kes2 mcm ni
Quote kaoru44 28-6-2019 10:40 AM
Hai...rela mnipu..tdesak sgt dh tu..
Quote batmana 28-6-2019 10:48 AM
sebenarnya masyarakat mula porak peranda bermula dgn kos kawin yg mahal.
lama2 benda halal makin susah nk dpt sebab disulitkn

wei.. kalu nk demand sgt, pi la cari bakal menantu tokey balak, anak dato, tan sri ke apa

ni ko cari kaunselor sekolah, bape sen sgt dpt..
Quote Foxey 28-6-2019 12:51 PM
Baik bakal pengantin terus terang dengan famili kata tak dapat nak percepatkan sebab duit belum cukup. Kalau nak gak, then majlis kena ala kadar la ikut kemampuan, takleh nak grand2.
Quote mbhcsf 28-6-2019 12:56 PM
laaaaa pulak ...tekanan di mana mana , hmm ...
Quote buapakperut 28-6-2019 01:32 PM
kesian pulak.janganlah kawin camtu,
Quote telracs 28-6-2019 01:50 PM
Maksiat berluasa sebab perkahwinan yang disukarkan....
Quote crazybeach 28-6-2019 02:20 PM
sila buat session untuk kaunseling kan diri anda sendiri pulak ye wahai kaunselor
Quote gigahertz 28-6-2019 02:45 PM
Foxey: Baik bakal pengantin terus terang dengan famili kata tak dapat nak percepatkan sebab duit belum cukup. Kalau nak gak, then majlis kena ala kadar la ik ...

nanti ada yang mengutuk. kahwin hidang karipaap je
Quote grouper 28-6-2019 02:49 PM
Inilah justifikasi yg baik utk golongan andartu dan bujang terlajak..kaunselor yg keje bagi nasihat kat org pun blh jadi mcm ni sbb kawin punya pasal..kesian
Quote KIM.K 28-6-2019 03:27 PM
gigahertz: nanti ada yang mengutuk. kahwin hidang karipaap je


Nak ambil anak dara orang, janganlah karipap aje kan. Gulai Kemahang pon ok. Dak kampung saya pon gigih bagi doorgift cikedis Siam siap karok meronggeng lagi
Quote KIM.K 28-6-2019 03:29 PM
grouper replied at 28-6-2019 02:49 PM
Inilah justifikasi yg baik utk golongan andartu dan bujang terlajak..kaunselor yg keje bagi nasihat  ...

Umo 39 tahun tu. Terduduklah kaunselor tersebut mengenangkan nasibnya
Quote sitilu 28-6-2019 03:31 PM
sepet kawin memang pakai manyiak luit

paling kulang rm50 libu

Quote gaara_X 28-6-2019 03:32 PM
kekadang kome ingat kome dah hebat...tapi kome lupa....kehebatan kome tu tak lah sehebat mana...ahaks!!
Quote Boomibulat 28-6-2019 03:34 PM
Nk kawin ank mami mesti kena ada gelang sampai lengan br lepas
Quote R2D2 28-6-2019 03:36 PM
kaunselor nak nasihat org lain
kaunselor  sendiri pun bermasalah
Quote tajmahal 28-6-2019 04:58 PM
Mesti dah terdesak,tu yang dia sanggup tipu kena samun
Quote matchstick 28-6-2019 05:16 PM
Harap nya beliau bukan kaunselor aapk.. Punah org kalau dpt kan nasihat drpd kaunselor mcm ni
Quote Abangspek 28-6-2019 10:20 PM
kalau bakal bini menyusahkan melampau proses nak kahwin, baik cari orang lain sbb jenis gitu tak boleh buat bini bang, sampaikan terpaksa menipu.

Karang dah kahwin lagi byk dosa sbb layan jenis camni

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.057508 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top