CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Naik Harga Dulu Tapi Pos Laju Belum Umum Di Laman Web Lagi, Apa Cerita?

2-7-2019 10:29 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 5690| Komen: 15|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Kalau bercakap isu pos laju, memang ramai orang komplen macam-macam. Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa harga pos laju akan naik harga lagi bermula 1 Julai 2019 (semalam).
Kalau bercakap isu pos laju, memang ramai orang komplen macam-macam. Terbaru, seorang pengguna Twitter mendakwa harga pos laju akan naik harga lagi bermula 1 Julai 2019 (semalam). 


FOTO: TWITTER

Kali ini, harga dikatakan akan mengikut poskod kawasan dan zon. Tak tahulah pula bagaimana Pos Laju nak menentukan harga mengikut poskod itu. 


FOTO: TWITTER

Orang ramai tidak berpuas hati terutama peniaga online kerana perlu mengira kos penghantaran barang mengikut poskod dan zon selepas ni. 


BERPINAR NAK TENGOK
FOTO: TWITTER

Carian di laman web poslaju.com setakat malam tadi (jam 12.00 malam) pula tidak kelihatan pengumuman tentang hal ini, rupa-rupanya belum dikemas kini lagi.


RUPANYA MASIH BELUM UPDATE
FOTO: TWITTER

Tapi, alang-alang harga dah naik, naikkanlah sekali gaji abang-abang pos laju yang bekerja tanpa mengira siang malam, berpanas hujan hendak menghantar barang kita kan? Janganlah asyik naikkan gaji orang atas saja, tak begitu? - CARI 

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 2-7-2019 10:47 AM
Naik naik naik..servicesnya hauk mcm tu jgk masalahnya..dgn nak kena hadap akak kaunter poyo lagi
Quote Kurex 2-7-2019 10:57 AM
Baguslah utk janakan ekonomi negara sebab bn curi duit - mahacai gua
Quote Boomibulat 2-7-2019 11:14 AM
Aku nk tanya..klu courier lain mcm gdx,taqubin dhl smua tu lg mhl dr poslaju ke?
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 11:17 AM
beralih je la pada courier company lain..
bukan susah pun..
tapi kan peniaga most pakai prepaid envelope..
ada effect juga ke harganya?
sebab pos laju pun banyak jenis juga..
but still yang termurah antara courier company kan..
Quote purpler 2-7-2019 11:23 AM
Edited by purpler at 2-7-2019 11:25 AM
prettyuglybabe replied at 2-7-2019 11:17 AM
beralih je la pada courier company lain..
bukan susah pun..
tapi kan peniaga most pakai prepaid en ...

rasanya poslaju yg paling mahal skrg...
kurier yg lain ada tu tak sampai RM5....
iol tak puas hati sbb nak ikutkan makin ramai buat berniaga online, sepatutnya harga pos malaysia turunkanlah sikit....
majoriti customer dtg dari peniaga online jgk...
ni tak... makin mencanak naik lagi adala....
pos international yg flexipack tu pun dah naik RM5(tak bagitau awal2 jugak)...
servis sama jgk mcm dulu...harga guna prepaid envelop dgn yg tak pakai prepaid harga tak jauh beza pun...

Quote CiliPadiSedap 2-7-2019 11:24 AM
kaka pakai jt express servis hauk juga tp kelebihan weekend dia buat kerja. kena pakai multi courier.
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 11:29 AM
purpler replied at 2-7-2019 11:23 AM
rasanya poslaju yg paling mahal skrg...
kurier yg lain ada tu tak sampai RM5....
iol tak puas ha ...

courier lain yang murah tu coverage macam pos laju ke tak?
itu kena fikir juga..
so far pos laju ni, ceruk mana pun dorang tetap gi hantar..
lagi banyak business online = lagi banyak barang = lagi banyak kos pengurusan..
tak hire ramai untuk sorting delivery, customer jugak meroyan barang lambat..
betul tak?
cewah.. macam kerja pos laju pulak i.. hihihihi..

Quote AbukRokok 2-7-2019 12:01 PM
ini betul2 membunuh ni

tapi syarikat al baukari kan
Quote rosasen 2-7-2019 12:11 PM
yg geramnya beli barang kecik je tp pos tetap lah RM8..
Quote Artemesiaa 2-7-2019 03:42 PM
Cepatnya rate dia naik harap sevice pun makin cepat
Quote CikB 2-7-2019 05:23 PM
rosasen replied at 2-7-2019 04:11 AM
yg geramnya beli barang kecik je tp pos tetap lah RM8..

tu lah rasa mcm x adil
Quote Melorqe 3-7-2019 10:52 AM
malaysia baruuu

siapala yg bg idea bangang ni
kan dah menyusahkan semua orang.
habis tu kalau  poskod kawasan KL ke kawasan KL yang jaraknya  sekangkang kera pun kena bayar mahal juga?
kalau poskod Rawang ke Rawang?

mesti orang ni dapat idea dari kawan2 dia yg berbisnezz kheennn?
maklumla malaysia yang baru ni orang atasan yg pengalaman jd bolgger pun boleh pegang jawatan tinggi.
Quote AznieBunnie 3-7-2019 05:18 PM
sokong sangat sangat perenggan last tu!!!

Quote nono86 6-7-2019 05:04 PM
Kurex replied at 2-7-2019 10:57 AM
Baguslah utk janakan ekonomi negara sebab bn curi duit - mahacai gua

Hahahaha.. Skrip sama saja duk ulang2
Quote nono86 6-7-2019 05:05 PM
Mahal ke, murah ke, pelanggan tetap ade

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050352 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top