Bercuti adalah sesuatu yang diidamkan sesiapa sahaja. Tambah pula jika diberi kesempatan bercuti ke luar negara atau destinasi idaman, sudah pasti ia menjadi sebuah percutian paling bermakna bukan? Namun begitu, ia pasti memakan kos yang tinggi. Terutama jika salah satu destinasi percutian anda berada di benua Eropah. Selain perlu menghabiskan banyak wang membeli tiket pesawat, kos sara hidup di bandar Eropah juga agak mahal.
Walau bagaimanapun, tidak perlu risau. Ternyata masih banyak kota-kota cantik di benua Eropah yang murah. Untuk itu , ini 5 bandar Eropah dengan kos sara hidup termurah. 1. Porto, Portugal Bandar Porto di Portugal adalah salah satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin berbulan madu di Eropah. Di sini, anda boleh mencari dengan mudah hotel 2-3 bintang dengan harga yang sangat murah tetapi masih dengan suasana tipikal Porto yang romantik dengan persekitaran yang bersih dan menyenangkan. 2. Berlin, Jerman Berlin adalah salah satu daripada bandar-bandar dengan kos terendah di Eropah Barat. Berlin juga antara tempat menjadi pilihan "backpacker". Jika ingin menjimatkan kos, anda boleh tidur di asrama dengan harganya (jika ditukar kepada wang Malaysia) lebih kurang RM 88 per malam. Bagi kos makanan pula, serendah RM 15 sahaja. 3. Zagreb, Croatia Di Zagreb, terdapat banyak tempat penginapan yang murah untuk anda "low-budget traveler". Mendapatkan asrama dengan bayaran sewa serendah RM 59 per malam di sana adalah sesuatu yang tidak mustahil. Anda juga boleh menyewa basikal dengan membelanjakan lebih kurang RM26 sehari untuk berjalan-jalan di sekitar kota Zagreb yang indah. Terdapat juga banyak muzium yang boleh anda lawati di sini. 4. Prague, Republik Czech Di Prague, semua boleh dijangkau dengan hanya berjalan kaki sehingga tidak perlu mengorbankan wang untuk menaiki pengangkutan. Malah, suatu bonus untuk anda sambil berjalan kaki anda akan dibelanja dengan pemandangan yang cukup indah. Salah satu tempat bersejarah yang paling ikon di Prague ialah muzium komunis. 5. Krakow, Poland Di Poland juga mempunyai bandar dengan kos kehidupan yang agak rendah, iaitu Krakow. Anda boleh menyewa sebuah hotel dengan harga kurang dari RM200 untuk satu malam. Jika anda suka mendaki, anda boleh melawat Gunung Pieniny yang terkenal di Krakow. Itulah lima bandar raya dengan kos terendah di Eropah yang boleh menjadi destinasi pelancongan pilihan anda. Mana satu pilihan anda? Mungkin ada yang pernah berkunjung ke destini ini? Jom kongsi pengalaman anda. - CARI |
armin replied at 9-7-2019 07:32 PM
Rakyat dia macam mana? Banyak jenayah tak?
midori888 replied at 10-7-2019 08:51 AM
psl jenayah tu, camnie lah....low crimes does not mean no crimes...pick pocket tu biasa, tapi ka ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.361552 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.