CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Nak Subuh Pun Tak Sempat," Kru Terlajak Tidur, Fasha Sandha Berang Waktu Shooting Ditukar

4-7-2019 06:56 PM| Diterbitkan: Cari-Amiey| Dilihat: 28448| Komen: 173|Original author: Oleh: SakuraJo

Description: Pelakon Fasha Sandha sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat berdisiplin dan menepati masa setiap kali penggambaran dilakukan. Sikapnya itulah yang membuatkan dirinya bertahan lama dalam indu ...
Pelakon Fasha Sandha sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat berdisiplin dan menepati masa setiap kali penggambaran dilakukan. Sikapnya itulah yang membuatkan dirinya bertahan lama dalam industri. 


Bagaimanapun, semalam Fasha meluahkan rasa berangnya menerusi Instastory apabila pihak produksi tidak menepati masa penggambaran seperti yang telah ditetapkan. 


Lebih mengecewakan lagi, dia hanya diberitahu tentang pertukaran masa untuk penggambaran apabila sudah sampai ke set gara-gara kru produksi terlajak tidur. 

Keluar rumah pukul 5.15 pagi dan tidak sempat menunaikan solat subuh terlebih dahulu. 



Fasha juga sempat memerli kru produksi tersebut untuk tidak berangan menetapkan penggambaran awal pagi sekiranya mereka jenis yang sukar untuk bangun di awal pagi. 

"Haihhh semalam confident bagi calltime at 6 am. 5.50 am kita dah sampai, set sunyi sepi jeee. Lepas tu baru Assistant director sms cakap tukar calltime.

"Sebab you dah terlambat, so tukar-tikar calltime suka hati pagi ni. Ni la antara punca-punca ku malas la nak shooting balik.

"Lebih baik layan anak and suami kat rumah. Haihhh," tulisnya.


Menerusi perkongsian yang sama, Fasha turut menyatakan sikap yang sedemikianlah menjadi punca dirinya merasa berat untuk kembali ke set penggambaran. 

Alahai, kasihan Fasha. Sudah berusaha untuk menepati masa namun ada pulak pihak lain yang sewenang-wenangnya mengambil kesempatan tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matjerk 4-7-2019 07:00 PM
So,  solat x subuh?
Quote Boomibulat 4-7-2019 07:07 PM
Sian dia x sempat solat subuh...
Quote Pixie902 4-7-2019 07:34 PM
So kalau call time 6 am...pakat2 sembahyang subuh di set pun boleh...so apa isunya subuh pun tak sempat?  Tak semestinya sembahyang di rumah je, tempat lain pun boleh...

Isunya org lain tak punctual..bukan subuh pun tak sempat...
Quote mohdcrow 4-7-2019 07:36 PM
Surau masjid dah bersepah dah skrg ni
Quote YomiuriLandMae 4-7-2019 07:39 PM
Iols x rasa yg dia x solat subuh.. mksd dia, maybe dia nak solat subuh dkt umah.. tp kalo dah kuar umah 5.15 pg mmg x la.. solat dkt set la kot..

kot ye pun baca statement org jgn smpi too literally.. kene pndai2 phm sndir..
Quote Kurex 4-7-2019 07:53 PM
Memang aku pantang jenis tak punctual tanpa sebab munasabah & cancel last minute
Quote rayray28 4-7-2019 07:56 PM
YomiuriLandMae replied at 4-7-2019 07:39 PM
Iols x rasa yg dia x solat subuh.. mksd dia, maybe dia nak solat subuh dkt umah.. tp kalo dah kuar u ...

Iols pn paham cmtu..maksudnya x sempat nk subuh kt rumah dh kena keluar..mmg lg sng dh solat sesiap kt rumah xpyh nk nyinggah2..
Quote maxim 4-7-2019 08:01 PM
YomiuriLandMae replied at 4-7-2019 07:39 PM
Iols x rasa yg dia x solat subuh.. mksd dia, maybe dia nak solat subuh dkt umah.. tp kalo dah kuar u ...

Aku pn paham camtu..tp biasa la certain acik2 bingai ni x skolah
Quote kacang^soya 4-7-2019 08:19 PM
YomiuriLandMae replied at 4-7-2019 07:39 PM
Iols x rasa yg dia x solat subuh.. mksd dia, maybe dia nak solat subuh dkt umah.. tp kalo dah kuar u ...


Iols pun paham camtu jgk..padan la muka krus produksi yg acah2 punctual kena sound setepek
Quote weezerfan 4-7-2019 08:21 PM
Edited by weezerfan at 4-7-2019 08:22 PM

Masjid bsepah kot nk solat. Bukannya dok sabah pukul 6am dh terang benderang.
Quote GegarVaganja 4-7-2019 08:26 PM
Ntahnya.
Fahaman Ganja pun si Fasha ni terpaksa keluar awal pagi sampai nak solat subuh kat rumah pun tak sempat. Tak tau la orang lain punya penerimaan ayat Fasha tu macam mana.
Quote hotmak 4-7-2019 08:26 PM
mmg kena call time pukul 6 pagi jgk ke
Quote danieladam 4-7-2019 08:35 PM
Yg iols paham fasha nak solat kat umah waktu suboh, tapi x dapat sbb kena pegi set. Mungkin terpaksa solat subuh kat set.

Maksud fasha kalao x leh nak on time call time kol 6, baik lambatkan. Sempat die solat suboh kat umah. Bukan die kata die x solat subuh. Adoi...

Acik2 kepam akan paham lain.
Quote nazzse 4-7-2019 08:37 PM
Tak sempat subuh x semestinya x solat..ada org suka solat siap2 baru keluar, lagi mudah.Dia ni kan diketahui sejenis punctual, padanlah muka yg kena seru tuh..gatal lagi nak calltime seawal subuh
Quote hyie 4-7-2019 08:40 PM
pasah tekankan isu punctuality la...bukan solat subuh...btw, pasah memang seorang yang punctual dan berdisplin tinggi ya...
Quote MatDeghem 4-7-2019 08:41 PM
danieladam replied at 4-7-2019 08:35 PM
Yg iols paham fasha nak solat kat umah waktu suboh, tapi x dapat sbb kena pegi set. Mungkin terpaksa ...

Acik2 sekolah Kat America... Jadi terlalu pandai. Hehehe
Quote multinicky 4-7-2019 08:44 PM
igtkan subuh bru cabut..







Quote PuanAbby 4-7-2019 08:45 PM
Dia nak jemaah dgn suami dia la
Quote lashes 4-7-2019 08:50 PM
Dia nk solat subuh berjemaah dgn laki dia..uollss ape tahuu..hehee

Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.135054 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top