CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Nak Umur Panjang? Jalanlah Laju Sikit!

17-7-2019 09:45 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 3497| Komen: 9|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Seboleh-bolehnya kita hendak hidup lama kan, untuk melakukan pelbagai perkara. Walaupun ajal maut di tangan Tuhan, macam-macam kaedah orang buat untuk terus kekal sihat seperti berdiet, bersenam, maka ...
Seboleh-bolehnya kita hendak hidup lama kan, untuk melakukan pelbagai perkara. Walaupun ajal maut di tangan Tuhan, macam-macam kaedah orang buat untuk terus kekal sihat seperti berdiet, bersenam, makan makanan sihat dan banyak lagi. 

Tetapi, rupa-rupanya satu kaedah paling mudah untuk memanjangkan usia adalah berjalan!


PALING MUDAH HENDAK SIHAT, BERJALANLAH!
FOTO: GOOGLE

Bukan berjalan lenggang kangkung ya, tapi berjalan laju. 

Sebuah kajian diterbitkan dalam Mayo Clinic Proceedings mendapati orang yang berjalan laju mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding orang berjalan perlahan. 

Malah, kaedah mengukur berjalan ini sebenarnya lebih tepat untuk mengetahui kesihatan seseorang berbanding BMI. Sebab orang yang berjalan laju didapati lebih cergas. 


Betul juga, kan? Kalau orang tidak sihat, selalunya mereka berjalan perlahan dan cepat lelah. 


TAK KISAH BMI ANDA, KERAPKAN BERJALAN
FOTO: GOOGLE

Kajian ini melibatkan 475,000 orang dan dilakukan pada umur 50 tahun sehingga mereka meninggal dunia. 

Berjalan laju tu maksudnya "berjalan lebih 100 langkah dalam masa seminit". Banyak juga tu! 


KALAU TAK SIHAT, BERJALAN NAIK TANGGA PUN SEMPUT!
FOTO: GOOGLE

Didapati, mereka yang berjalan laju mempunyai risiko mati awal lebih rendah tanpa mengira BMI. Malah, bezanya antara 15 hingga 20 tahun ya. 

Jadi, marilah sama-sama berjalan laju! - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 17-7-2019 10:56 AM
jgn lupa amalkan pemakanan sihat!
Quote Chairman 17-7-2019 11:28 AM
nice jgk tu...nk berjogging pn lutut rase saket2 lg ni
Quote kaklong32 17-7-2019 12:06 PM
moh le kita berjalannnn
Quote Artemesiaa 17-7-2019 01:06 PM
Kata doktor lagi meningkat usia lagi bagus kalau selalu bersenam, kalau kurang pergerakan lama2 boleh jam anggota badan
Quote cikputih15 17-7-2019 04:21 PM
kalau la dpt buat powerwalk 30 min daily ok sgt
Quote puanbintang 22-7-2019 03:51 PM
jogging tu macam malas skit tapi kalau berjalan laju2 ni okla jugak..dari ofis parking jejauh sikit..jalan lelaju...done!
Quote kualibesi 25-7-2019 05:12 PM
akak memang hari2 jalan laju, nak amek anak awal kan
Quote Foxey 25-7-2019 08:18 PM
Memang biasa jalan laju sebelum ni, tapi doktor nasihatkan jangan laju sangat sebab slipped disc. Sekarang ni lagi la slow, huhuhu. Tazzabar nak jalan laju balik
Quote berakit2kehulu 4-8-2019 12:59 PM
Kena banyak berjalan setiap ari ni {:ru{:cryrun

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.052225 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top