CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Video Zikir Sambil Berdiri, Bukan Ajaran Sesat

24-7-2019 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2902| Komen: 9

Description: Jika sebelum ini sebuah video menunjukkan amalan zikir sambil berdiri menjadi tular dan bualan hangat di kalangan netizen.Namun, hasil siasatan terbaharu yang dijalankan bahagian akidah Jabatan Agama ...
Jika sebelum ini sebuah video menunjukkan amalan zikir sambil berdiri menjadi tular dan bualan hangat di kalangan netizen. 

Namun, hasil siasatan terbaharu yang dijalankan bahagian akidah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan juga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mendapati ia tidak berkaitan dengan ajaran sesat. 


Memetik laporan Harian Metro, hasil siasatan JAIP mendapati ritual itu bukan amalan terpesong seperti mana yang didakwa oleh ramai orang. 

Kredit foto: Harian Metro

“Sebenarnya ia adalah kaedah zikir yang menjadi amalan dalam tarekat Ahmadiyaah Idrissiyyah dan tarekat ini adalah aliran diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.


“Saya harap orang ramai tidak cepat menghukum sesuatu sebagai sesat sehinggalah ia benar-benar melanggar batas akidah dan hukum syarak,” kata Kadi Daerah, Syarifuddin Mohamad Sa’ad.

Terdahulu, sebuah video berdurasi satu minit 12 saat didakwa berlaku di sebuah surau dirakam penduduk pada 11 Julai lalu. 

Menerusi rakaman itu, jemaah lelaki dan wanita yang sedang berzikir sambil berdiri dan menggoyangkan badan diketuai seorang lelaki dikenali sebagai Tok Ki atau Tok Ayah. - CARI 
1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 24-7-2019 06:03 PM
boleh jadi senaman juga?  ada je orang zikir masa jogging tp jgnlah kuat2 takut org kata gila isim.

Quote Boomibulat 24-7-2019 06:24 PM
Senang je..klu nabi x ajar sesuatu yg berkaitan agama x pyh buat..nti kat sana ko nak klaim ko ikut sape?
Quote Kakalongmu 24-7-2019 06:50 PM
Sikit2 nak viral... inilah masalah org zaman skrg..kan ke elok siasat dahulu
Quote kelapaparut 24-7-2019 06:57 PM
I kne beli kneepad nak merangkak mintak maaf..huhu
Quote noraidil_06 24-7-2019 07:01 PM
Zikir mcm ni amalan biasa di kampung-kampung traditional di Jerantut-Lipis-Raub. Naik takut tgk. Tp bkn ajaran sesat
Quote kivio 24-7-2019 08:22 PM
Sape sape boleh tepek bidio?
Quote Rob07 24-7-2019 09:25 PM
Boomibulat: Senang je..klu nabi x ajar sesuatu yg berkaitan agama x pyh buat..nti kat sana ko nak klaim ko ikut sape?

{:stress   

ya betol! jangan nak memandai dan sukahati buat yg Nabi tak pernah ajar dan suruh!
Quote kualibesi 25-7-2019 08:59 PM
Katanya senama. Iyaa ke idokkk
Quote Cpkay 26-7-2019 10:48 AM
zikir sambil senamam..
sihat hati sihat badan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.050091 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top