CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Homemade Askrim Vanila Coklat Ala Magnum - Cair Di Mulut, Gemuk Di Perut!

26-7-2019 10:30 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9410| Komen: 34|Original author: Oleh: natrahn

Description: Aiskrim merupakan antara pencuci mulut paling popular di dunia, malah sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan dalam pelbagai acara serta digemari pelbagai lapisan masyarakat.

Foto: Fb Rohaya Zulkarnain Aya

Aiskrim merupakan antara pencuci mulut paling popular di dunia, malah sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan dalam pelbagai acara serta digemari pelbagai lapisan masyarakat. 

Pelbagai jenis aiskrim yang ada di pasaran. Namun, bila sebut aiskrim Magnum, kita sudah boleh membayangkan bagaimana rupa dan rasanya.

Baru-baru ini, tular pengguna Facebook ‎Rohaya Zulkarnin Aya‎ berkongsi resipi aiskrim vanila coklat ala Magnum yang mudah caranya. Baca perkongsian dia tentang resipi aiskrim ala Magnum di bawah ini:
 

Resepi Aiskrim Vanilla Coklat

Bahan-bahannya:



1. 3/4 susu pekat (ikut cita rasa tahap kemanisan anda)
2. 2 kotak kecil susu full cream
3. 1 sudu besar ovellate (pastikan yg halal)
4. 2 sudu kecil perisa vanilla


a) Bancuhan vanila

1. Campurkan bahan-bahan di atas dan kisar dengan pengisar hingga gebu selama 20 minit.
2. Tuangkan dalam jag supaya mudah dituang ke dalam plastik aiskrim.




b) Topping coklat

200g chocolate milk. (Penulis menggunakan Cadbury)
100g dark chocolate Jenama Beryl's

1. Cincang chocolate Cadbury.
2. Campurkan chocolate Cadbury dan dark chocolate, cairkan menggunakan teknik double boil.


c) Cara masukkan bahan dalam plastik


Foto:  FB Raja Amanina

1. Semasa masih suam, masukkan ke dalam piping bag dan picitkan ke dalam plastik aiskrim secukupnya. Ratakan coklat dalam plastik aiskrim mengikut ketebalan yang sesuai.
2. Kemudian tuang bancuhan vanilla ke dalam plastik aiskrim. 
3. Sejukkan sehingga enam jam atau semalaman untuk hasil yang lebih baik.




Nota : 

1. Salutan coklat itu tidak perlu tunggu mengeras kerana jika mengeras ia tidak akan bersalut dengan aiskrim.

2. Coklat itu pekat apabila diratakan dalam plastik dan akan melekat pada keliling plastik, secara automatik bahagian tengah menjadi kosong dan memberi ruang untuk menuang aiskrim.

Selamat mencuba! - CARI



Kredit : Raja Amanina Dan Rohaya Zulkarnin Aya
5

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanaiss 26-7-2019 10:34 AM
Panjangnya resepi
Quote Boomibulat 26-7-2019 10:40 AM
nanaiss replied at 26-7-2019 10:34 AM
Panjangnya resepi

Aiskrim pun pnjg...
Quote RumiMenari 26-7-2019 10:50 AM
Kalau family besar berbaloi la buat sbb choc compound tu pricey gak utk takat kitorg 3 branak ni je
Quote sarah82 26-7-2019 11:17 AM
Boleh la cuba utk raya nanti.. Cicit tok mcm tentera.. Bagi ni.. Haaa.. Semua happy.
Quote nanaiss 26-7-2019 11:33 AM
Boomibulat replied at 26-7-2019 10:40 AM
Aiskrim pun pnjg...

Ehh ooppss
Quote Mfzg89 26-7-2019 01:11 PM
cam leceh je...satgi buat beselerak dapur bini marah plak...
Quote natrahn 26-7-2019 01:42 PM
Boomibulat replied at 26-7-2019 10:40 AM
Aiskrim pun pnjg...

Hehehe..baru puas makan..buat sendiri  bole panjang mana pun
Quote epuepy 26-7-2019 02:47 PM
mana nk beli palstic aiskrim tu? i carik x pernah jumpa...
Quote gummygummy 26-7-2019 04:56 PM
tengok macam best tapi resepi dia macam leceh betul nak buat haha
Quote RatuDunia94 26-7-2019 06:31 PM
Renyah nyaaa.. beli je la dik non.. dgn nk beli cadburry bagai..
Quote natrahn 26-7-2019 08:37 PM
epuepy replied at 26-7-2019 02:47 PM
mana nk beli palstic aiskrim tu? i carik x pernah jumpa...

kat bahagian barang bakery
Quote CiliPadiSedap 26-7-2019 09:36 PM
epuepy: mana nk beli palstic aiskrim tu? i carik x pernah jumpa...

Kedai photstate, kedai diy, kedai big apple kedai rm2
Quote Jemahjemah 27-7-2019 08:11 AM
Sedapnyaaaa tapi nak buat tu malasnyaaa
Quote natrahn 27-7-2019 09:42 AM
Jemahjemah replied at 27-7-2019 08:11 AM
Sedapnyaaaa tapi nak buat tu malasnyaaa

cuba la.. saya plan nak buat hari nih la..heheehhe...gemuk la perutku
Quote amerald 27-7-2019 09:59 AM
WWWaaaah
Sedap tu. boleh try
Thanks TT
Quote amerald 27-7-2019 09:59 AM
Waaahhh
Sedap tu. boleh try
Thanks sharing
Quote epuepy 27-7-2019 07:35 PM
CiliPadiSedap replied at 26-7-2019 09:36 PM
Kedai photstate, kedai diy, kedai big apple kedai rm2

Ahahah. Dh jmpa dh cili. Crik area plastic kt hero.
Quote Lengkong 28-7-2019 12:26 PM
Bestnya

Quote teddykuning86 2-8-2019 03:58 PM
Sedapnyaaa...

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.059701 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top