Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Ladang Mayat, Sekolah Ahli Forensik

18-10-2019 11:12 AM|Oleh: natrahn| Komen: 31

Ihsan - Google

Forensik merupakan bidang yang dikaitkan dengan bidang perundangan dan penting dalam kerja–kerja siasatan bagi membantu pengumpulan bahan bukti dalam menyelesaikan kes berkaitan. 

Dengan dibantu alatan yang canggih dan sesuai, bahan bukti dapat dikesan hasil daripada kesilapan yang dibuat penjenayah atau suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Seterusnya, mereka dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah dengan seberapa segera. 
 

 
Ladang Mayat - satu kemudahan kawasan kajian yang mengkaji bagaimana proses pereputan mayat berlaku. 

Pelbagai keadaan mayat ada di sini, di mana ada yang ditanam, dibiar di dalam air, digantung di atas pokok dan dibiarkan reput di kawasan padang. 

Dapatkah anda bayangkan bagaimana keadaannya serta bau yang ada di situ? Berapa lama anda boleh bertahan jika berada di sini?

Makmal terbuka - ladang ini merupakan 'sekolah' kepada ahli antropologi forensik atau saintis menimba ilmu dengan lebih mendalam mengenai proses pereputan dengan menggunakan mayat manusia sebenar.

 
 
 

Tujuan penubuhan kawasan ini adalah untuk membiarkan mayat mereput secara semula jadi bagi membolehkan saintis memantau proses pereputan mayat tanpa gangguan manusia. 

Ladang ini membantu saintis memahami proses pereputan dan maklumat yang dipelajari boleh dikaitkan dengan kes jenayah sebenar. 



Sebelum tahun 1970-an, mayat babi telah digunakan untuk tujuan sama, tapi berubah apabila apabila Dr William Bass, seorang pakar antropologi forensik mula membuat ladang mayat ini di Universiti Tennessee, Amerika. 

Kebanyakan mayat yang ada di sini adalah mayat yang tidak dituntut dan mayat yang didermakan untuk tujuan kajian atau penyelidikan. 
 

Ihsan - Google : Dr William Bass Pengasas Ladang Mayat 
 
Ketika ini, terdapat sembilan ladang mayat di dunia termasuk di Amerika Syarikat (AS), Australia dan Belanda dan ladang mayat yang paling besar terletak di Universiti Texas, Amerika Syarikat seluas 26 ekar. 

Jadi, jika anda minat untuk menjadi ahli forensik, mungkin salah satu dari sembilan ladang ini bakal menjadi sekolah anda! - CARI

Sumber:
 
John Mohamed
 
https://science.howstuffworks.com/body-farm3.htm
 
https://video.nationalgeographic.com/…/00000144-0a42-d3cb-a…
 
https://allthatsinteresting.com/body-farms
 
 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 31
Komen

Previous : "Lakukan Ini Masa Jumaat" - Kenapa Hari Jumaat Sangat Dimuliakan Dalam Islam?

Next       : Awas! Doktor Ini Beri Peringatan Bahaya Guna Plastik Sampah Hitam Bungkus Daging Korban

Komen Terbaru

Quote natrahn 21-10-2019 08:30 PM
dani-rox replied at 21-10-2019 07:22 PM
yup, buku ni diinsiprasikan drpd forensic anthropology facility di University of Tennessee, dan se ...

Terima kasih...nanti saya cari

Lain-lain Komen

Quote sharlenetexas 18-10-2019 11:53 AM
Hati kena kuat. Bukan calang2 orang. Singaporean yg bunuh bini tu lagi baik heols beri sumbangan dalam bidang forensik sbb hati kering sangat.
Quote Kurex 18-10-2019 12:01 PM
Berapa kali nak diulang pasal ni.. Sampai AJM
Quote natrahn 18-10-2019 12:02 PM
Kurex replied at 18-10-2019 12:01 PM
Berapa kali nak diulang pasal ni.. Sampai AJM

Ada citer ni dah ke Kurex??
Jangan marah @Kurex , Astro pun selalu siar citer banyak kali hehehehe
Quote Kurex 18-10-2019 12:11 PM
natrahn replied at 18-10-2019 12:02 PM
Ada citer ni dah ke Kurex??
Jangan marah @Kurex , Astro pun selalu siar citer banyak kali heheheh ...

Rumah kurex dah takde asterok.. Nak tengok movie pun, kurex download lepas tu tengok dekat tv
Quote Artemesiaa 18-10-2019 04:04 PM
Nak jadi pakar mengenainya kenalah bersusah payah dulu kalau belajar dari buku je mana nak sama.
Quote kucingitam 18-10-2019 04:32 PM
kiranya yang selalu ustaz2 cerita seksa kubur, ada ular besar la, tak solat kena himpit sampai berselisih tulang tu takleh pakai la eh, sebab mayat2 ni mereput mcm biasa je, takde berselisih tulang ke hapa..


ke cemana..
Quote natrahn 18-10-2019 04:48 PM
kucingitam replied at 18-10-2019 04:32 PM
kiranya yang selalu ustaz2 cerita seksa kubur, ada ular besar la, tak solat kena himpit sampai berse ...

seksa kubur tu yang mati je alami... kita yang hidup tak nampak...
Quote Eric.n9 18-10-2019 06:06 PM
Semerbak bau nye ni
Quote natrahn 18-10-2019 06:34 PM

itu le....tapi sebab nak belajo kan..tahan lah... loya kembang tekak
Quote dua_chzy 18-10-2019 10:30 PM
Camtu la rupa jasad kita bila kita mati ye. Hodoh gila. So baik la berhabisan cantikkan jasad anugerah Tuhan semasa hidop.
Quote dua_chzy 18-10-2019 10:32 PM
natrahn: seksa kubur tu yang mati je alami... kita yang hidup tak nampak...


If gitu, gimana setad yang masih hidup tahu pasal si mati terseksa ke idok?
Quote natrahn 19-10-2019 02:17 AM
Edited by natrahn at 19-10-2019 02:20 AM
dua_chzy replied at 18-10-2019 10:32 PM
If gitu, gimana setad yang masih hidup tahu pasal si mati terseksa ke idok?

Dalam Al Quran ada ...

https://muftiwp.gov.my/ms/artike ... d-fatwa-umum/2012-3

Quote supernaturalee 19-10-2019 07:15 PM
Lalat dpt detect bau mayat setelah stgh jam kita meninggal
Sbb tu bila meninggal rongga terbuka kena tutup segera
Quote CurangLagi 20-10-2019 05:58 AM
Kalau dkt Malaysia ni maunya dikejam buka ladang mayat
Quote kimsa-ra 20-10-2019 09:16 AM
Dulu masa sekolah iols terigin nk jd ahli forensic..skrg bersyukur x jd..
Quote natrahn 20-10-2019 09:47 AM
supernaturalee replied at 19-10-2019 07:15 PM
Lalat dpt detect bau mayat setelah stgh jam kita meninggal
Sbb tu bila meninggal rongga terbuka ke ...

owh...good info. tq
Quote natrahn 20-10-2019 09:48 AM
kimsa-ra replied at 20-10-2019 09:16 AM
Dulu masa sekolah iols terigin nk jd ahli forensic..skrg  bersyukur x jd..

hihi... mesti tak tak selera makan nanti...
Quote chinta89 20-10-2019 03:56 PM
me maseh idok kuad nk kerja mcm nih...
silap hari bulan roh dtg mengikut.... bab2 alam ghaib ni x leh wat main. ape tu org kata, badi mayat?
Quote supernaturalee 21-10-2019 12:12 AM
natrahn replied at 20-10-2019 09:47 AM
owh...good info. tq

Kt video natgeo ats tu kn ade

Klu dlm islam mmg xblh lh kn
Tp tu lh niatnya utk relate kn dgn kes2 jenayah
Selain utk kajian decomposition of human
Mcmn agknya tu ye
Bkn fardhu kifayah ke



Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.082012s Gzip On
To Top