CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon Minnie Mouse Meninggal Pada Usia 75 Tahun

29-7-2019 01:49 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5410| Komen: 13|Original author: Oleh: Nia M

Description: Setelah tiga dekad berkhidmat sebagai pelakon alih suara Minnie Mouse, Russi Taylor, 75, akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
Setelah tiga dekad berkhidmat sebagai pelakon alih suara Minnie Mouse, Russi Taylor, 75, akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Taylor, seorang pelakon wanita berbakat dipilih menjadi pelakon alih suara watak Minnie Mouse pada tahun 1986 dalam sebuah uji bakat Disney yang mempunyai lebih 200 peserta. 



Kredit foto: Carian Google

Sepanjang bekerja dibawah Disney, suara Minnie yang dilakonkan Taylor digunakan di dalam pelbagai filem, televisyen dan taman tema. Antaranya termasuklah dalam rancangan Mickey Mouse Clubhouse.

Taylor turut berkahwin dengan pelakon alih suara Mickey Mouse, Wayne Allwine pada 1991 iaitu lima tahun setelah mereka bekerjasama sebagai Mickey dan Minnie Mouse. Walau bagaimanapun, Wayne meninggal dunia pada 2009, menyebabkan kesihatan Taylor sangat terjejas. 



Kredit foto: Carian Google

Menurut pengerusi Walt Disney. Co, Bob Iger, Taylor bagaikan hilang suara selepas kematian suaminya, yang telah sama-sama berjuang dalam karier mereka. 

Pelakon alih suara watak Goofy pula menceritakan perwatakan sebenar Taylor yang lucu dan baik hati sama seperti watak Minnie yang dibawanya. 

Taylor bukan sahaja meminjamkan suaranya bagi watak Minnie, malah dalam watak-watak kecil terbitan Disney yang lain seperti Martin Prince dalam The Simpsons. 

Pemergian Taylor adalah satu kehilangan besar dalam industri. Namun, punca kematiannya masih tidak jelas. - CARI




Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akumak 29-7-2019 02:18 PM
Fakta yg menarik. Baru tahu M&M husband n wife
Quote VirusDetected 29-7-2019 02:39 PM
takziah
Quote CiliPadiSedap 29-7-2019 04:01 PM
minni mouse ni kalau dalam bentuk haiwan apa dia? kucing? arnab? kanggaru?
Quote Buritan 29-7-2019 04:16 PM
CiliPadiSedap replied at 29-7-2019 04:01 PM
minni mouse ni kalau dalam bentuk haiwan apa dia? kucing? arnab? kanggaru?

Tikuss yg aku selalu bagi racun tuuu hihihi
Quote Pandacute12 29-7-2019 04:21 PM
Comel je nek Minnie. Takziah
Quote Boomibulat 29-7-2019 06:34 PM
Pandacute12 replied at 29-7-2019 04:21 PM
Comel je nek Minnie. Takziah

Arwah suami beliau pn hensem walaupn tua..
Quote nadie90 29-7-2019 07:04 PM
Bru tau suara couple mouse ni suami isteri irl....pttla kimia kuat wlpun cma voice over ja....you will be missed
Quote RatuDunia94 29-7-2019 09:58 PM
CiliPadiSedap: minni mouse ni kalau dalam bentuk haiwan apa dia? kucing? arnab? kanggaru?


Mak menti yg bila lalu kat dapur bau dia nauzubillah..
Quote ikanmasin 29-7-2019 10:09 PM
in real rupanya suami istri..baru tau sedihnya hilang mickey mouse..
Quote AvengersPanther 30-7-2019 12:35 AM
The cutest
Quote Artemesiaa 1-8-2019 06:04 PM
Suaranya comel sesuai karater Minnie Mouse, takziah buat keluarga beliau
Quote Noraniza_Iblis 3-8-2019 05:21 PM
CiliPadiSedap replied at 29-7-2019 04:01 PM
minni mouse ni kalau dalam bentuk haiwan apa dia? kucing? arnab? kanggaru?

Allahuu...
dh name pun mouse..
takkan laa cakcibor pulak...
Quote videcloset 26-8-2019 11:45 AM
owh my heartfelt and condolences. rest in peace minnie

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.085345 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top