CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usai Kontroversi 'Bebird', Faizal Tahir Didakwa Bercinta Dengan Sissy Iman Pula?

6-8-2019 05:40 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 28558| Komen: 156|Original author: Oleh: natrahn

Description: Artis dan kontroversi berpisah tiada. Artis dan kontroversi ibarat isi dan kuku. Kontroversi hanya akan memberikan impak negatif dan langsung tidak membawa kebaikan kepada mana-mana artis.
Artis dan gosip berpisah tiada. Artis dan gosip ibarat isi dan kuku. Gosip atau kontroversi hanya akan memberikan impak negatif dan langsung tidak membawa kebaikan kepada mana-mana artis. Zaman sekarang ini makin senang timbul gosip/kontroversi apabila terlalu banyak laman sosial digunakan untuk berkongsi aktiviti harian. 

 
Terbaru, selepas kontroversi gambar bebird Faizal Tahir tersebar di media sosial, kini penyanyi, komposer dan penerbit terkenal itu didakwa sedang bermain cinta dengan penyanyi  yang semakin meningkat naik dengan lagu 'Pesanan Ayahanda', Sissy Imann.

"Bercinta dengan Sissy Imann? Saya tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Sebenarnya, lawak atau prank? Sejujurnya, saya terkejut dan merasakan perkara ini tidak masuk akal... Tak mungkin". Begitulah reaksi Faizal Tahir mengenai gosip tersebut.

Kredit foto: Instagram Sissy Imann

Memetik laporan Mstar, Faizal berkata hubungan yang terjalin antara dirinya dengan Sissy seperti hubungan bapa dan anak. 

"Dia artis di bawah naungan syarikat rakaman saya dan saya menganggap Sissy seperti anak. Saya memanggilnya dengan panggilan anakanda dan dia memanggil saya dengan nama bapak," kata Faizal lagi.

 
Kredit foto: Instagram Sissy Imann
 
Gosip tersebut turut mendakwa Faizal sering menghabiskan masa dengan Sissy di studio rakaman. Faizal bagaimanapun menepis dakwaan tersebut. "Saya sendiri tak tahu macam mana cerita ini boleh timbul. Mengapa tak ada pula yang kaitkan saya dengan artis-artis di bawah naungan saya yang lain seperti Hanie Soraya, Hannah Delisha atau Elizabeth Tan?"
 
Penyanyi lagu Ragaman itu juga menyatakan bahawa beliau lebih selesa dan meluangkan masa di studio dengan artis lelaki seperti Amir Masdi dan Aziz Harun. "Usia saya pun bakal mencecah 41 tahun... Saya sendiri tak tahu mana datangnya cerita sebegini. Semuanya sudah saya anggap seperti anak sendiri," kata Faizal lagi.
 
 
Kredit foto: Instagram Sissy Imann - Faizal Tahir bersama anak-anak didiknya
 
Faizal baru sahaja melancarkan album terakhirnya yang berjudul Rojak. Album Rojak menampilkan sembilan lagu termasuklah Ragaman, Bisa Aja, Ratu, Kamu dan banyak lagi. 
 
Nampaknya artis perlu mengawal perkongsian di laman sosial untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang bakal timbul dikhuatiri menjejaskan nama baik mereka. Apapun selamat maju jaya Faizal Tahir! - CARI 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote giyomi 6-8-2019 06:54 PM
hmmm...klu baik dgn seseorg terus dicop bercinta...mana gi akal si penulis termasuk netizen semua.
Quote adeqo 6-8-2019 07:10 PM
Tlg la reputtzz buat cite mcm gini..

Jgn jadi penyebab keruntuhan rumah tangga org..
Quote mixed 6-8-2019 07:33 PM
Br baca tajuk kt mstar sisy ni nk kawen guna braidsmaid lelaki x mau guna ppuan katanya la hihi
Quote anony-mous 6-8-2019 07:55 PM
Mati2 i ingt sissy iman ni rupa mcm wany hasrita atau MF. Rupanya free hair mekap tebal. Mgkin sb nama iman tu kot.

Xtau nk percaya berita ni atau x sbb cerita bebird betul pulak
Quote diggerr 6-8-2019 08:53 PM
Ish... kene ade receipt lebih ni
Quote Snb57 6-8-2019 09:33 PM
Tetiba banyak pulak gosip si faizal tahir ni
Quote buapakperut 6-8-2019 10:19 PM
Sissy sana sissy sini.  Sissi tu bukan pondan ke
Quote mohdcrow 6-8-2019 10:23 PM
Adik boy iman ke?
Quote haruslah 6-8-2019 10:46 PM
Kno gmba ramai2 tu nmpk mcm FT pegang blkg SI? Ke aku salah tgk
Quote dua_chzy 6-8-2019 11:13 PM
Kesian bini ngkau.

Btw, harap ngkau sadar la if Sissy ni tak mekap dan gemuk serupa bini ngkau, rupa dia memang persis bini sah ngkau tu jah.
Quote Tweety_Senrose 6-8-2019 11:23 PM
Bukan ke Sissy Imann ni peserta Big Stage yg FT sangat bias kat dia ni. Siap masa Sissy tersingkir bad mood terus FT episode next week. Dari segi komen, kritik apa memang bias kat Sissy ni. Padahal nyanyi mcm katak kena gigit kucing.
Quote blue^panther 6-8-2019 11:30 PM
Tweety_Senrose replied at 6-8-2019 11:23 PM
Bukan ke Sissy Imann ni peserta Big Stage yg FT sangat bias kat dia ni. Siap masa Sissy tersingkir b ...


Katak kena gigit kucing??? Perumpamaan baru ke sis?? Tergelak meols baca
Quote Jeanspurple 6-8-2019 11:32 PM
anony-mous replied at 6-8-2019 07:55 PM
Mati2 i ingt sissy iman ni rupa mcm wany hasrita atau MF. Rupanya free hair mekap tebal. Mgkin sb na ...

Cerita bebird ada kat forum ke? Kat mana sis
Quote kiah_mai_pulak 6-8-2019 11:35 PM
So Aziz Harun ni ank didik pejal burung? Tak bias ke juri nnti kat big stage ke?? Ke dh tukar juri?
Quote rosmahisham 6-8-2019 11:37 PM
Pulak dah..mcm2 gossip FT ni..
Quote chicozinn 7-8-2019 12:39 AM
Walaupun gosip n belum tentu sahih, tapi aku kesian kat bini FT da la tembun dek keje beranak je smpai 6 anak pastu ade hati nk ngan budak nma seakan-akan ponen..sissy what???
Quote miss_perfect 7-8-2019 12:48 AM
sissy tu nama betul ke nama glamer? kalau betul, kenapa makpak namakan dia sissy? kalau nama glamer, kenapa dia nak dipanggil sissy?
Quote Rob07 7-8-2019 12:52 AM
Sorry ! Aku tak pernah tau pun keujudan manusia bernama Sissy Iman nih.. Jap aku nak google!
Quote apiang 7-8-2019 01:01 AM
I loike her.  So happy go lucky.  Huhu mcm senang lepak santai dgn Noh,  ag coco.

Dia ala2 Aida jebat,  tp xgedik.  Hehehehe

Lihat semua komen(156)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.062131 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top