CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kuih Seri Muka Kuih Talam Tradisi Rupanya Mudah Dibuat!

18-9-2019 10:48 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 11234| Komen: 48|Original author: Oleh: natrahn

Description: Kuih seri muka adalah kuih talam tradisi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bila dimakan, setiap gigitan terasa betapa lembutnya lapisan pulut santan dan ditambah lapisan hijau yang manis ...
 

Kredit Foto : Seminit Resipi

Kuih seri muka adalah kuih talam tradisi yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Bila dimakan, setiap gigitan terasa betapa lembutnya lapisan pulut santan dan ditambah lapisan hijau yang manis. Sepotong saja tak cukup rasanya!

Ramai beranggapan kuih ini susah dihasilkan. Sebenarnya mudah sahaja. Jom lihat resipi Kuih Seri Muka dari Seminit Resepi ini.
 

== Bahan-bahan ==

 
Bahan bawah Loyang 7 inci
 
- 1 cawan beras pulut
- 150 ml santan
- Sedikit garam
 

Bahan atas 
 
- 3 helai daun pandan
- 250 ml air
- 150 ml santan
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 tbsp tepung jagung
- 1/2 tbsp tepung beras
- 1/2 tbsp tepung kastad
- 1 biji telur
- Pewarna hijau dan kuning
- 150 gram gula
- Sedikit garam
 

== Cara-cara ==
 
1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian satukan santan dan garam. 




2. Kukus pulut selama 25-30 minit.
 

 

3. Apabila sudah masak, masukkan ke dalam loyang yang sudah dialas dengan plastik. Padatkan pulut. Ketepikan.
 
 

4. Kisar halus daun pandan bersama air. Tapiskan.
 
 

5. Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Apabila sudah rata, masak dengan api kecil hingga adunan berwap dan sedikit likat. Letakkan pewarna dan sesuaikan rasa mengikut cita rasa anda.
 



6. Tuangkan adunan pandan ke atas loyang pulut tadi dan kukus selama 10min. 
 
 

Potong menggunakan pisau plastik apabila kuih benar-benar sejuk dan sedia dihidang. SELAMAT MENCUBA! - CARI
 

 
 Kredit resipi- Seminit Resepi
11

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
11

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-9-2019 11:04 AM
Kalau dibakar lagi sedap.. Marvelous...
Quote Rainrein 18-9-2019 11:33 AM
Teringat masa pregnant dulu mengidam sangat nak makan serimuka ni, nak buat x reti so MIL tolong buatkan tapi dia tersilap buat pulut sekaya. Even x dapat apa yang nak makan tetap makan.
Quote q@2a 18-9-2019 11:53 AM
sarah82 replied at 18-9-2019 11:04 AM
Kalau dibakar lagi sedap.. Marvelous...

Sy pn suka yg bakar...garing2 kat ats tu...sedapnya...tp sekarang ni payah nk jmp yg bakar...selalunya jns kukus lps tu pulak telur pun x rasa sgt...banyak tepung je kat ats tu...
Quote ketambangkang 18-9-2019 12:10 PM
dapnye..letak durian sket pehhh
Quote sarah82 18-9-2019 12:11 PM
q@2a replied at 18-9-2019 11:53 AM
Sy pn suka yg bakar...garing2 kat ats tu...sedapnya...tp sekarang ni payah nk jmp yg bakar...selal ...

Kan..byk peniaga nak pi mekah balik hari.. Tu yg berjimat sgt harga mak aiii.. Bakar guna sabut atau arang yum2 wangi lain..
Quote sarah82 18-9-2019 12:14 PM
Rainrein replied at 18-9-2019 11:33 AM
Teringat masa pregnant dulu mengidam sangat nak makan serimuka ni, nak buat x reti so MIL tolong bua ...

Bukan sama ja pulut sekaya dgn serimuka?
Quote Rainrein 18-9-2019 01:10 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 12:14 PM
Bukan sama ja pulut sekaya dgn serimuka?

Tak taula kalu memang sama tapi MIL punya pulut sekaya rasa berbeza dengan serimuka yang saya biasa makan. Yang belah atas sekaya tu lagi berlemak sebab guna banyak telur.
Quote sarah82 18-9-2019 01:11 PM
Rainrein replied at 18-9-2019 01:10 PM
Tak taula kalu memang sama tapi MIL punya pulut sekaya rasa berbeza dengan serimuka yang saya bias ...

Ooo.. Biasanya sama.. Mungkin telur lebih
Quote Rainrein 18-9-2019 01:14 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 01:11 PM
Ooo.. Biasanya sama.. Mungkin telur lebih

Agaknye saya yang x tau kot.
Quote sarah82 18-9-2019 01:14 PM
Rainrein replied at 18-9-2019 01:14 PM
Agaknye saya yang x tau kot.

Hahaha..tak apa nanti tanya makcik
Quote Azharitubunga 18-9-2019 02:07 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 01:11 PM
Ooo.. Biasanya sama.. Mungkin telur lebih

Mcm xsama kan sekaya pulut ngn seri muka... Kalau sekaya byk guna telur.. serimuka guna tpg
Quote sarah82 18-9-2019 02:07 PM
Azharitubunga replied at 18-9-2019 02:07 PM
Mcm xsama kan sekaya pulut ngn seri muka... Kalau sekaya byk guna telur.. serimuka guna tpg

Ooo.. Ingatkan sama..
Quote Azharitubunga 18-9-2019 02:09 PM
PULUT SEKAYA LEGEND
BAHAN LAPISAN BAWAH:
1 cawan pulut
Santan – jumlahnya bila tuang dalam pulut, ia sama paras & bukannya sama banyak.
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula
* Jika suka pulut yang tebal, boleh lebihkan pulut.
BAHAN LAPISAN ATAS:
5 biji telur – empunya resipi guna 6 biji sebab guna telur gred C.
1 sudu makan tepung gandum – tak letak pun tak apa sebab tujuannya nak bagi adunan keras sedikit dan mudah untuk dipotong.
1 sudu teh garam
3/4 cawan gula – ikut tahap manis masing-masing
Sedikit serbuk kulit kayu manis – jika suka
2 cawan santan
10-15 helai daun pandan – kisar dengan santan diatas, tapis dan perah.
CARA MEMASAK:
1. Basuh pulut bersih-bersih kemudian masukkan santan, garam serta gula. Gaul rata dan masukkan kedalam loyang. Kukus hingga pulut masak.
2. Bila dan masak, gaul dan tekan pulut tadi supaya mampat dan cantik.
3. Untuk lapisan atas, kisar daun pandan bersama santan. Kemudian tapis dan perah hingga tak ada serdak pandan.
4. Campurkan bahan-bahan lain ke dalam kisaran santan dan kisar hingga halus dan tak berketul.
5. Tuang keatas lapisan pulut yang dah dimampat tadi.
6. Kukus semula sehingga lapisan atas masak.
7. Sejukkan kuih sebelum dipotong dan dinikmati.
INFO:
Loyang yang diguna bersaiz 22 inci.
Jika nak rasa kuih yang lemak berkrim, guna santan kelapa asli.
Quote Azharitubunga 18-9-2019 02:12 PM
Off topic jap.. bihun sup utara.. belah utara tu kat mana yg best?
Quote BlueRose99 18-9-2019 03:03 PM
Kuih seri muka lah paling senang nak buat.. tapi jarang buat kat rumah sebab dok berdua je dengan Mr Husband.. seloyang tak habis2 sampai basi.

Biasanya kalau balik kampung je buat seri muka ni.. adik beradik ramai.. confirm habis.
Quote Gomea 18-9-2019 04:56 PM
Azharitubunga replied at 18-9-2019 02:12 PM
Off topic jap.. bihun sup utara.. belah utara tu kat mana yg best?

Slalu makan kat batu 5 perlis je. Kedai dia sebelah bengkel. Kedai biasa2 je. Itu ikut tekak saya la
Quote natrahn 18-9-2019 05:33 PM
BlueRose99 replied at 18-9-2019 03:03 PM
Kuih seri muka lah paling senang nak buat.. tapi jarang buat kat rumah sebab dok berdua je dengan Mr ...

Boleh kasi kat kawan-kawan sis..
Quote EvieWanKenobi 18-9-2019 05:49 PM
Ya Allah sedapnya kuih ni..

tapi memang tak berbaloi pun nak buat kalau takat sorang je makan..

Quote q@2a 18-9-2019 08:29 PM
sarah82 replied at 18-9-2019 12:11 PM
Kan..byk peniaga nak pi mekah balik hari.. Tu yg berjimat sgt harga mak aiii.. Bakar guna sabut at ...

Kalau kat kg, org tua2 bakar gn sabut la...letak tudung periuk yg leper tu lps tu letak sabut yg dh dibakar ats tu...bau dia...wangi sangat...tambah2 time bulan posa, menguji keimanan sangat...

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.050527 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top