CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kylie Jenner Sewa Kapal Jho Low RM5 Juta Untuk Pesta Hari Jadi

8-8-2019 10:34 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 7844| Komen: 56|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Model, jutawan kosmetik dan bintang realiti, Kylie Jenner bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke- 22 bulan ini, di atas kapal mewah Equanimity yang pernah dimiliki ahli perniagaan Jho Low.
Model, jutawan kosmetik dan bintang realiti, Kylie Jenner bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke- 22  bulan ini, di atas kapal mewah Equanimity yang pernah dimiliki ahli perniagaan Jho Low.



Kredit foto: NST

Menurut portal berita TMZ, pengasas Kylie Cosmetics itu telah menyewa kapal mewah berkenaan yang kini dinamakan Tranquility untuk sambutan hari jadinya pada 10 Ogos ini.


Kredit foto: Metro UK

"Kapal itu disewa dengan bayaran ASD1.2 juta (RM5 juta) seminggu!" kata sumber TMZ. 


Sementara itu, Forbes menganggarkan kekayaan Kylie Jenner kini bernilai ASD1 billion (RM4.21 billion) menjadikannya jutawan termuda dunia.

Belum dipastikan siapakah tetamu jemputan Kylie di atas kapal yang boleh memuatkan 22 tatamu dan 29 kakitangan itu. 

"Kami diberitahu, kapal itu akan berlabuh di Lautan Mediterranean dan Kendal serta Kourtney sudah pun berada di sana," lapor TMZ.


Kredit foto: Mirror

Kapal Equanimity sememangnya sinonim dengan kerajaan Malaysia yang dirampas daripada Jho Low semasa siasatan skandal 1MDB. 

April tahun ini, kapal mewah itu dibeli oleh Genting Malaysia Berhad dengan harga ASD126 juta (RM530 juta) dan ditukar nama kepada Tranquility.


Kredit foto:

Yang pasti, jika Paris Hilton salah seorang jemputan Kylie, pasti dia tidak kekok kerana pernah menjadi teman berfoya-foya Jho Low beberapa kali di atas kapal itu. - CARI
1

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 8-8-2019 10:37 AM
Harap Kylie jgn lupa jemput jho low sekali
Quote grouper 8-8-2019 10:39 AM
Dah byk org berzina atas kapal ni...mmg suwei
Quote Sang_Pencinta 8-8-2019 10:41 AM
kasibiman replied at 8-8-2019 10:37 AM
Harap Kylie jgn lupa jemput jho low sekali

Jlow bolah jadi tour guide lol
Quote Boomibulat 8-8-2019 10:47 AM
grouper replied at 8-8-2019 10:39 AM
Dah byk org berzina atas kapal ni...mmg suwei

Dh bnyk kali jho blow atas kapal ni...
Quote jijilaaa 8-8-2019 11:04 AM
22 taun dah jadi jutawan weh
Quote Sang_Pencinta 8-8-2019 11:10 AM
Bukan setakat jutawan, dia billionaire

1 billionaire = 1000 x jutawan

Dalam USD pulak tu
Quote mizruncing 8-8-2019 11:17 AM
giler arh punya kaya. bertuah badan oiiii
Quote Mfzg89 8-8-2019 11:20 AM
Japgi Vida tiru la tu..
Quote LadyCarefree 8-8-2019 11:22 AM
grouper: Dah byk org berzina atas kapal ni...mmg suwei


Knape nk judge orng lain ikut fahamkan awak?
Quote Sang_Pencinta 8-8-2019 11:37 AM
Mfzg89 replied at 8-8-2019 11:20 AM
Japgi Vida tiru la tu..

Sesuailah DSV buat bday atas kapal, kasi classy sikit
Quote chinta89 8-8-2019 11:56 AM
rasa mcm thread ni dh ade..
Quote cikatilia 8-8-2019 12:00 PM
kylie  pon xnak beli kapal
main sewa2 aje


Quote VioletsAre_Blue 8-8-2019 12:08 PM
Kata billionaire termuda, kapal pun sewa je ke?
Quote ikanmasin 8-8-2019 12:08 PM
org have2..apalah sgt tu..
Quote bbbebeh 8-8-2019 02:23 PM
erm...next..........
Quote diggerr 8-8-2019 02:52 PM
Duit sewa dapat kat siapa?
Quote idakamaruddin 8-8-2019 03:29 PM
Sang_Pencinta replied at 8-8-2019 11:37 AM
Sesuailah DSV buat bday atas kapal, kasi classy sikit

kalau duk terjerit2 "cik b!! cik b!!" buat kt atas awan pn still kampung jugak hahahah
Quote idakamaruddin 8-8-2019 03:30 PM
diggerr replied at 8-8-2019 02:52 PM
Duit sewa dapat kat siapa?

genting msia la dpt sbb kapal tu under genting msia bhd pny
Quote fushimi 8-8-2019 03:36 PM
diggerr replied at 8-8-2019 02:52 PM
Duit sewa dapat kat siapa?

ayoyoo pemalasnya nak baca

terang terang kat atas kapal tu genting punya

takkan duit tu boleh kat najib ngan rosmah pulek

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.067457 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top