CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Grip X, Pen Kegemaran Sejak Di Bangku Sekolah, Temberang Kalau Tak Pernah Sentuh!

8-8-2019 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5961| Komen: 19|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Sempena keluaran produk terbarunya, Grip X, Faber-Castell Malaysia meraikan kepelbagaian budaya Malaysia dengan LAT, kartunis kegemaran kita!
Sempena keluaran produk terbarunya, Grip X, Faber-Castell Malaysia meraikan kepelbagaian budaya Malaysia dengan LAT, kartunis kegemaran kita!



Menariknya, tiga lukisan eksklusif LAT menggambarkan sambutan perayaan Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina yang dilukis menggunakan Grip X, pena mata bulat kegemaran sejak di bangku sekolah lagi.

Hanya dengan kombinasi pelbagai saiz mata berwarna hitam, biru dan merah, LAT berjaya menunjukkan keharmonian pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.



Tidak dinafikan, ramai menggemari  pena mata bulat ini kerana selain mampu dibeli, ia memiliki ciri berikut:

  • Penggunaan yang lancar menerusi teknologi dakwat kelikatan rendah 
  • Keselesaan menulis menerusi reka bentuk ergonomik dengan tempat pemegang getah berbentuk segi tiga 
  • Mekanisme boleh ditarik balik 


Ia didatangkan dalam empat saiz mata pen iaitu  0.4, 0.5, 0.7, 1.0 dengan tiga pilihan warna, hitam, biru serta merah.



“Sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, kami juga mahu mengenang tentang kepelbagaian Malaysia yang telah menjadikan Grip X suatu kejayaan. 

“Grip X adalah pena buatan Malaysia yang dimiliki oleh kebanyakan warga Malaysia, dan menjadikannya pena mata bulat paling digemari rakyat Malaysia,” kata Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia,  Andrew Woon.

Lukisan Hari Raya LAT telah diterbitkan pada bulan Jun 2019 baru-baru ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala lukisan Deepavali akan diterbitkan pada Oktober 2019 dan lukisan Tahun Baru Cina pula pada Januari 2020.



Sementara itu, LAT mengucapkan terima kasih atas kerjasama itu dan berkata, projek berkenaan selaras dengan hasil seni beliau yang menggambarkan cara hidup rakyat Malaysia.

Anda boleh dapatkan Grip X dengan kartun LAT di kedai buku, gedung membeli belah dan pasar raya hiper di seluruh negara dalam bentuk pek berbilang daripada 'pek promo beli 3 percuma 1, pek normal 3 batang pena dan bekas 40 batang pena'. 



Faber-Castell Malaysia ditubuhkan pada 1978 dan  merupakan syarikat pertama dalam bidang perniagaan alat tulis yang menyetujui piagam sosial yang menjadi panduan bagi menjaga kebajikan kakitangannya.

Untuk makluman, salah satu daripada ciri istimewa kilang Faber Castell Malaysia adalah Menara Pensel yang menempatkan Pensel Tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 19.75 meter dan berdiameter 0.8 meter.

Menara pensel ini diiktiraf Malaysia Book of Records dan Guinness World Records sebagai pensel terpanjang di dunia,dan kini menjadi salah satu daripada mercu tanda di Malaysia. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Rob07


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meisapoya 8-8-2019 07:28 PM
Pen ni best sebab warna dia wow sangat. Grip pon best walau kurus. Dari segi smooth, bagi i pilot yang harga 3.50 tu lagi smooth. Smooth tapiiii dakwat dia sekejap je cantik, pastu hampehhh tambah2 lagi kalau dah jatuh terus pecah2. Pastu, haritu ade terjumpa pen mitsubishi. Fuhhh laju je tulisan meluncur tapi harga dia...
Quote epis 8-8-2019 08:31 PM
Antara pen feveret sebab lancar je bile menulis... pernah ada seorg tu pinjam pen saya terus ckp sedapnya pen ni, siap minta terus haha...
Quote diggerr 8-8-2019 10:31 PM
Pen feveret..
Quote auntyjems 8-8-2019 10:36 PM
Yazz mmg best
Quote RatuDunia94 8-8-2019 11:25 PM
Iols x pernah pakai pen ni.. x suka. Iols setia dgn jenama Pilot. Dh 10 tahun guna pen Pilot je.
Quote Rob07 9-8-2019 02:25 AM
Pen fav aku nih .. Kartun Lat pun fav aku jugak.. ayah aku pernah ada buat koleksi buku2 kartunis Lat ni.. Masa aku kecik2 aku suka jugak baca  kartun Lat koleksi bapak aku ..  tak tau lah kemana pergi  nya koleksi Lat  bapak aku tu semua..Raya ni bila  balik  rumah bapak aku , kena carik balik nih!
Quote hepycutey 9-8-2019 09:58 AM
Tak suke pen jenis hujung tajam camni, iols suke yang hujung bulat {:run
Quote Artemesiaa 9-8-2019 12:57 PM
Apa2 pan yang ada rubber grip macam tu amat selesa bila kena banyak menulis macam masa ambil exam
Quote pakderis 9-8-2019 02:06 PM
pen fav nihhh
Quote ateam1312 9-8-2019 10:32 PM
Best pkai pen nie. Menggamit memori zaman2 persekolahan.. Huhuju
Quote naz.wani 17-8-2019 11:46 PM
zaman aku sekolah dulu xde pen ni..nampak sangat aku dah tua. ahaha
Quote Bungalily19 21-9-2019 10:49 AM
Ahh rindunpulak zaman sekolah
Quote seri_mawr 16-10-2019 09:56 AM
x pernah pakai pen ni...huhuhu


Quote noorhairiahma 16-10-2019 10:45 AM
ya, memang best.

automatik tulisan jadi cantik if guna pen ni.
Quote i_is_kennot 12-12-2019 06:26 PM
Bukan ke pen ni cepat keluar ink,   abis pencil box aku
Quote Zack8hunter 12-12-2019 10:43 PM
aku rasa tulisan aku plg cantik bila guna pen kilometrico jer..
Quote rukia2 13-12-2019 12:23 AM
Suka je pen ni tp dakwat cepat kering..
Quote santiraj01j 12-3-2020 12:18 PM
Macam mahal doh
Quote bolamata 12-3-2020 03:47 PM
zaman sis glamer pen kilometrico... faber castell ada masa zaman universiti hujung2 nak grade... hah nampak sis dah tua... haha

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.062754 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top