CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Utusan Cinta Buat Adam Tak Klise Macam Drama Lain, Penonton Puji Kisah Yang Dekat Dengan Realiti

9-8-2019 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 17400| Komen: 95|Original author: Oleh: Shimmer Shine

Description: "Drama ni memang lain dari yang lain. Patutla trending nombor 1."Jarang benar drama tempatan mendapat pujian ramai warganet kecuali daripada peminat tegar drama Melayu. Namun drama Utusan Cinta Bu ...



"Drama ni memang lain dari yang lain. Patutla trending nombor 1."

Jarang benar drama tempatan mendapat pujian ramai warganet kecuali daripada peminat tegar drama Melayu. Namun drama Utusan Cinta Buat Adam lakonan Kamal Adli, Puteri Aisyah dan Syarifah Sakinah membuktikan sebaliknya.

Selain jalan cerita yang tidak membosankan, dikhabarkan plotnya tidak klise serta setiap pelakon berjaya menjiwai watak masing-masing dengan cemerlang. Lebih penting ianya bukan kisah kahwin cerai seperti drama-drama sebelumnya. Padanlah ia sentiasa trending nombor 1 di media sosial.

Kredit foto: Twitter

Cerita yang diadaptasi dari Novel dengan tajuk yang sama mengisahkan Aireen Husna (Puteri Aisyah) seorang doktor yang mencari lelaki idamannya iaitu memiliki ciri kuat agama. Bagaikan dejavu apabila dia sering bertemu Adam Firdaus (Kamal Adli) di masjid, walaupun tidak mengenali siapakah orangnya. Dalam masa sama Adam juga berusia 30an, pensyarah juga belum berkahwin walaupun dipadankan dengan calon menantu pilihan ibunya. Sehinggalah Aireen meminang Adam namun pelbagai konflik pula muncul.

Mungkin dengar seimbas lalu akan menyatakan ianya sama dengan drama-drama sebelum ini, tetapi menurut mereka yang menontonnya ia sangat jauh berbeza. Apatah lagi ada babak-babak yang manis serta kata-kata syahdu membuatkan penonton berasa tidak sabar untuk menantikan episod seterusnya.

Kredit foto: Twitter


"Drama ni betul betul ceritakan kisah realiti sepasang suami isteri yang tersiksa
angkara perbuatan orang terdekat tu sendiri. Dialog dan situasi.
Sama sangat dengan kakak aku yang sama terkena buatan orang.
Please, jangan buat perkara terkutuk macam ni. Dosa weh."

Mungkin kerana ia juga dekat di hati penonton berbanding drama cinta korporat lain adalah antara resipi kejayaan drama ini. Kisah sihir pemisah memang wujud dalam kehidupan berumah tangga segelintir orang.


Tinggal 2 episod sahaja lagi sebelum ia melabuhkan tirai. Semoga penamatnya 'happy ending' lah ya. Bimbang pula ada penonton yang tidak puas hati nanti. Dengan jin tu sekali akan diamuknya pula. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 9-8-2019 12:02 PM
Ecah ni muka sejenis seswai bertudung. Nmpak mcam makcik2 inosen gitu.
Quote sharlenetexas 9-8-2019 12:12 PM
Dah habis belum cite ni?
Quote Lalalili66778 9-8-2019 12:17 PM
Aku dah tgok best! Sharifah sakinah pandai bawa watak!
Quote Beribear 9-8-2019 12:18 PM
LadyCarefree: Ecah ni muka sejenis seswai bertudung. Nmpak mcam makcik2 inosen gitu.

Tergelak iolss u ckp dia makcik2.. Tp pelik la.. Knp eh muka dia sejenis kering je.. Tak de glowing2 cam artis lain. Tengok takde tarikan
Quote jijilaaa 9-8-2019 12:18 PM
aku tunggu habis dulu lepastu baru nak donload..
Quote Cari-Azza 9-8-2019 12:20 PM

Belum,  ada 2 episod lagi
Quote sharlenetexas 9-8-2019 12:21 PM
Cari-Azza replied at 9-8-2019 12:20 PM
Belum,  ada 2 episod lagi

Ingatkan dah habis semalam tapi tgk mcm tergantung lagi cite.
Yana tu jadi hantu kacau tok bomoh ke?
Quote mimi77 9-8-2019 12:24 PM
Cari-Azza replied at 9-8-2019 12:20 PM
Belum,  ada 2 episod lagi

2epi?bukan hr ni je ke last epi?ke hr ni run 2epi?
Quote prettyuglybabe 9-8-2019 12:25 PM
yana bayar bomoh guna apa? body ke?
Quote Noraniza_Iblis 9-8-2019 12:29 PM
bg iols..
cite ni biasa biasa jah...
apoo yg lain dr yg lain..
dh 4 episode.. asik sawan on off,on off je...
gune mak esah je pun dh klise..
jnis nk cr jalan mudah utk yana bls dendam...
mls nk fikir buat2 bnda lain..
patut kne la seiring zaman...bomoh2 ni..
alahh...ingt filem prof mamak maiden ke??
Quote srisofe 9-8-2019 12:35 PM
Cerita Ni meols suka tgk kinah and Kamal adli berlakon..boleh la wat hiburan sambil dinner
Quote mixed 9-8-2019 12:44 PM
Edited by mixed at 9-8-2019 12:46 PM

cite ni aku tgk start ecah kena bomoh dgn kinah
best sb ada kinah je dgn kamal
klu nak ecah hauk nya lahai heroin muka lemau
x da aura jd heroin
pakai tudung sebijik muka mak dia yg tgh sakit skg ni si ecah ni

cite ni plk main masa drama unqa dgn kamal tgh treding kt astro
lg la malas nak tgk cite sama je kamal berlakon
dpt bini jenis merentan pastu laki/bini ada org gila kan
sampai nak biar depa cerai adoii drama melayu
dan penulis yg sgt berangan hot di gilaiiiiiiiii jantan malaya puii
Quote bawangkecik 9-8-2019 12:47 PM
aku nangis wey some part cita ni hauk betul
Quote Cari-Azza 9-8-2019 12:48 PM
mimi77 replied at 9-8-2019 12:24 PM
2epi?bukan hr ni je ke last epi?ke hr ni run 2epi?

Hari ni last,  
Quote epal21 9-8-2019 01:30 PM
Apa yg lainnya? Sama aje dgn drama lain, mak pak kaya raya. Ada watak org kg. Perempuan berebut hero.Ecah x sesuai jd heroin. Muka kelabu x bermaya. Even before kena ilmu pun muka dia cmtue. N also too much of cheesy pick up lines.
Quote Zazashar 9-8-2019 01:40 PM
Crita dia ok la.. slow ckit.. ecah tu kayu nya lahai, nasib ada kamal n kinah
Quote keypochino 9-8-2019 02:03 PM

hari ni last.. td dgr diorg dtg promote kat hotfm..
Quote keypochino 9-8-2019 02:07 PM
nak kata cite lain dari lain tu xde la.. skg ni cite2 drama xde dah buat pasal bomoh2.. tu kisah 90an sgt..tp terhibur tgk sbb nk tgk kinah konon2 sitizoners je.. terhibur part tu je..

kamal adli jd watak lelaki alim xnampak alimnya.. kan bomoh tu kata ssh nk bomohkan dia sbb dia solat n zikir x tinggal.. patut kena cari pelakon lain yg nmpk lebih sejuk mata memandang utk watak tu..
Quote fliphair8 9-8-2019 02:07 PM
tak sabarnya aku nak tengok finale rini. drama ni pun aku layan. walopun hero agak kepam tapi jalan cerita menarik.  

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.059598 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top