CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rupa-rupanya, Tempoyak Mempunyai Khasiatnya Tersendiri!

13-8-2019 10:57 AM| Diterbitkan: FatinNazu| Dilihat: 5166| Komen: 25|Original author: Oleh: fnz

Description: Tempoyak, makanan yang diperbuat daripada isi buah durian yang diperam bersama dengan garam merupakan makanan tradisi orang Melayu sejak berkurun-kurun lamanya terutama di Negeri Sembilan dan Pahang.

Foto: Pakdin.my

Tempoyak, makanan yang diperbuat daripada isi buah durian yang diperam bersama dengan garam merupakan makanan tradisi orang Melayu sejak berkurun-kurun lamanya terutama di Negeri Sembilan dan Pahang.

Ia boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak akan busuk mahupun rosak. Ia mempunyai rasa masam dan bau yang sangat kuat.

Merujuk kepada perkongsian di pakdin.my, kajian menunjukkan bahawa tempoyak kaya dengan kuman baik probiotik jenis asid laktik bacilli (LAB) iaitu spesis 'Lactobacillus plantarum'. Bakteria ini mempunyai ketahanan daripada penghadaman oleh asid perut (pH 2.0) dan garam hempedu dalam usus (0.3%).

Selain itu, ia juga mampu mengurangkan proliferasi sel-sel kanser adenocarcinoma.

Ini adalah fakta yang sangat menarik dan sepatutnya mengujakan kita untuk selalu diambil bersama dalam pemakanan seharian kita.



Foto: Encikshino.com

Namun, kita juga perlu bersederhana dalam pemakanan ini kerana tempoyak mempunyai kandungan garam yang tinggi dan durian pula mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. 

Tetapi, faedah probiotik yang terdapat di dalam tempoyak adalah satu perkara yang patut kita utamakan, InsyaaAllah. Semoga info ini bermanfaat. - CARI

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-8-2019 11:18 AM
Sedap gila sambal tempoyak.. Yammehhhh
Quote prettyuglybabe 13-8-2019 11:21 AM
sambal tempoyak.. tempoyak rampai/daun.. patin tempoyak.. sambal tumis tempoyak..
sementara durian murah ni, cepat-cepat tambah stok tempoyak
Quote shernazz 13-8-2019 11:35 AM
Memqng lah kalau buat sendiri atau penjual jujur
Ada yang hanat..letak pisamg bagai dalam tempoyak tu nak bagi banyak
Suwey btol
Quote Cpkay 13-8-2019 11:49 AM
sejak musim tempoyak ni.. patin tempoyak dah jadi menu 3 kali seminggu ..
Quote biozipstar 13-8-2019 11:54 AM
tak pandai makan tempoyak wey. tapi ikan patin masak tempoyak tu sedap! haaha
Quote duradanis 13-8-2019 11:55 AM
ada org buat tempoyak guna durian tak helok.. tapi iols guna durian yg helok2.. baru sedap makan
Quote fifie_olin 13-8-2019 03:44 PM
i like tempoyak
Quote Kelabuasap 13-8-2019 04:07 PM
Selain durian n garam...bahan apa lagi yg perlu kalau nak buat tempoyak sendiri ye
Quote matryoshka 13-8-2019 05:31 PM
Dapnye tempoyak.... Kalau time malas... Just msk nasi then mkn pns2 ngan ikan goreng garing, timun cicah sambal tempoyak pedas terangkat....fuhhh sodap nau2
Quote matryoshka 13-8-2019 05:34 PM
Petua mak ioals tempoyak kalau yg fresh baru buat tu xnk bg masam ltk dlm freezer. Bile nk makan br kluarkan. Tp ada org suka mkn tempoyak yg msm2 sket
Quote Beribear 13-8-2019 05:46 PM
Iolss mmg hantu durian.. So apa2 pasal durian mmg fav iolss.. Daun kayu masak tempoyak pling sedap.. Kadang2 masak lemak cili padi ayam iolss letak gak tempoyak. Iolss tak suka ikan patin jd hanya hirup kuah tempoyak tu jelah
Quote fushimi 15-8-2019 01:40 PM
shernazz replied at 13-8-2019 11:35 AM
Memqng lah kalau buat sendiri atau penjual jujur
Ada yang hanat..letak pisamg bagai dalam tempoyak  ...

letak pisang tak manis ke


Quote shernazz 15-8-2019 01:47 PM
fushimi replied at 15-8-2019 01:40 PM
letak pisang tak manis ke

Entah
Sebab bila nampak pisang je ..terus buang
Kita.boleh detect samada ori atau tak..
Biasa org yang jual dalam balang balang tu..mmg nampak nipunye...
Quote naz.wani 17-8-2019 11:54 PM
sedapnya sambal tempoyak...makan dengan nasik panas, ikan goreng...yummyyy
Quote Foxey 19-8-2019 10:36 PM
My fave is tempoyak goreng. Sedapnyaaaa. Makan dengan nasi yang hangat, tak perlu lauk lain, boleh bertambah2 nasi
Quote FatinNazu 23-8-2019 02:10 PM
Foxey replied at 19-8-2019 10:36 PM
My fave is tempoyak goreng. Sedapnyaaaa. Makan dengan nasi yang hangat, tak perlu lauk lain, boleh b ...

Tempoyak goreng? Saya tak pernah cuba pula. Tempoyak tu goreng dengan minyak ke?
Quote FatinNazu 23-8-2019 02:47 PM
shernazz replied at 15-8-2019 01:47 PM
Entah
Sebab bila nampak pisang je ..terus buang
Kita.boleh detect samada ori atau tak..

Kalau saya beli dengan sepupu mak saya. Ori homemade dan saya percaya dengan proses pembuatannya
Saya tak berani nak beli di luar sebab rasa dia lain. Huhu
Quote FatinNazu 23-8-2019 02:50 PM
fushimi replied at 15-8-2019 01:40 PM
letak pisang tak manis ke

Macam cekodok pisang pula
Quote shernazz 23-8-2019 03:01 PM
FatinNazu replied at 23-8-2019 02:10 PM
Tempoyak goreng? Saya tak pernah cuba pula. Tempoyak tu goreng dengan minyak ke?

Rasa nya trmpoyak ditumis tu kot

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.063136 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top