CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Kenduri Daging Di Aidiladha..' Ketahui Cara Nak Lembutkannya Supaya Senang Dimasak

13-8-2019 11:56 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 5495| Komen: 26|Original author: Oleh: intan

Description: 'Kenduri daging di Aidiladha..,' Ketahui cara nak lembutkannya supaya senang dimasak
Hari Raya Aidiladha yang telah diraikan umat islam pada 10 Zuhijjah yang lalu pasti memberi seribu makna dan rasa keinsafan dalam lubuk hati setiap manusia yang menghayatinya.

Pastinya, umat Islam yang meraikan ibadah korban akan menerima sedikit sebanyak daging korban. Orang kata, daging korban ini rasanya berbeza sikit berbanding daging yang didapati pada hari biasa. Mungkin kerana keberkatan hari korban itu sendiri yang memberi makna.

Daging korban yang diagihkan itu disunatkan untuk dimasak manis-manis untuk juadah.  Antara resipi popular yang dihasilkan ialah sup daging, masak lemak daging, daging bakar dan sebagainya. Tapi, kadang-kadang daging pun ada caranya untuk menjadikannya lebih lembut dan tidak perlu gigih sangat untuk mengunyahnya. Jom kita tengok tips-tips untuk melembutkan daging.

1. Sudu besi

Untuk mengurangkan liat daging, cuba masukkan sudu besi dalam periuk ketika merebus atau memasak daging tersebut. Pastikan sudu itu bersih dan tidak berkarat ya! Ini kerana sudu dalam periuk dapat meningkatkan suhu dan menjadikan daging lebih empuk. Kurang liat daging, kurang sikit sakit perut tu.

2. Betik muda atau batang betik


Satu lagi petua untuk melembutkan daging adalah memasukkan sebahagian kecil betik muda dalam masakan daging. Jika tiada, boleh masukkan batang betik. Difahamkan betik muda mempunyai enzim yang boleh melembutkan daging.

3. Cuka

Masukkan sedikit cuka dalam masakan ataupun perap daging bersama cuka selama beberapa jam sebelum masak. Cuka mempunyai sumber asid yang dipercayai dapat melembutkan daging dengan cepat. Tapi pastikan daging sudah dinyahbeku dengan betul sebelum memulakan proses ini.

4. Baking soda

Perap daging dengan baking soda paling kurang pun 15 minit. Kemudian bilas bersih-bersih dan sedia dimasak.

5. Kurma


Buah kurma serta bijinya dipercayai dapat melembutkan daging dengan cepat. Masukkan 3-4 biji kurma ke dalam masakan daging yang sedang dimasak. Selain melembutkan daging, kurma juga dapat menjadi bahan pemanis semulajadi yang enak.

6. Cara potong daging yang betul


Orang kata, potong daging berlawanan dengan urat daging tersebut. Lagi satu, tutup periuk barulah daging cepat masak dan lembut. Hati-hati memotong tu!

7. Pressure Cooker


Dah moden sekarang, pakai je pressure cooker. Tak sampai 2 jam dah lembut daging. Tapi berhati-hati ya, macam -macam kes pula dengar sekarang ni melibatkan pressure cooker.


Anda ada tips untuk melembutkan daging? Kongsikan kepada kami. Selamat mencuba! - CARI 
10

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iwansa 13-8-2019 12:41 PM
ada org kata letak panadol , betol atau tak, tak tau la.. tapi kalau dh letak panadol tu, hntar je la makanan tu ke spital, selain menyembuhkan org sakit, dpt juga bersedekah
Quote diya_az 13-8-2019 12:47 PM
Aha, baru buat hari raya pertama, pakai sudu besi, memang lembut btol. Alhamdulillah rezeki daging korban sendiri lembut dapat makan. Tp yang orang bagi liat pulak. Rebus lama kt dapur kayu baru lembut. Hehe. Alhamdulillah rezeki juga orang bagi.
Quote kualibesi 13-8-2019 01:24 PM
thanks for the tips! balik nt blh tryyyy
Quote idakamaruddin 13-8-2019 01:38 PM
x jugak.. x yah guna tips ni pn xpe sbb daging segar ni mmg lembut.. i msk sup tulang kelmarin kejap je rebus pn daging dia lembut gila dh
Quote Cpkay 13-8-2019 03:18 PM
teringat pulak noxxa meletop hari tu .. sup tulang punya pasal
Quote fifie_olin 13-8-2019 03:35 PM
nak try guna sudu la
tu je plg senang
Quote kaklong32 13-8-2019 03:41 PM
ai pon biasa letak sudu je
Quote ikanmasin 13-8-2019 03:49 PM
akk mmg biasa kalau msk letak sudu besi .kdg sampai 2 sudu
dah biasa dr bujang msk di ajar cara gitu...
Quote bedahmulutpuaka 13-8-2019 04:53 PM
sudu paling ok.. tp skrg guna pressure cooker je.. lg empuk
Quote matryoshka 13-8-2019 06:05 PM
Mak ioals ajar guna daun nangka. Petik 2, 3 helai basuh bersih2 then masukkn je dlm periuk daging tu. Mmg lembut
Quote diggerr 13-8-2019 07:30 PM
Guna pressure cooker jahh
Quote armin 13-8-2019 09:09 PM
Guna pressure cooker memang lembut je daging. Sedap betul. Tp guna yg auto la
Quote dua_chzy 14-8-2019 02:16 AM
-Potong lawan urat
-Perap daging
-Stir fry dolu daging sampai brownish guna api besar after tumis bawang dan segala rempah, baru masuk air, tunggu air kuar bubble2 kat tepi, kicikan api, then reneh la sampai daging ngkau lembut.

Tu cara akak.

Quote mangkukhayun 14-8-2019 09:25 AM
kalau guna soda bikabonat tak ke lain rasa daging tu nti?
Quote intan_smsb 14-8-2019 09:46 AM
alhamdullilah telah berjaya malam tadi masak daging masak kicap
antara tips lain lembutkan daging
lepas masukkan daging perlahankan api sampai masak
insya Allah menjadi
Quote Pink_Purple 14-8-2019 12:14 PM
ada petua rebus dengan halia
Quote krustykrab 14-8-2019 06:47 PM
ikanmasin replied at 13-8-2019 03:49 PM
akk mmg biasa kalau msk letak sudu besi .kdg sampai 2 sudu
dah biasa dr bujang msk di aja ...

Kalau letak sudu brp jam kna rebus?
Quote krustykrab 14-8-2019 06:48 PM
armin replied at 13-8-2019 09:09 PM
Guna pressure cooker memang lembut je daging. Sedap betul. Tp guna yg auto la

Haah...mmg isi betul2 tanggal dr tulang...
Quote ikanmasin 15-8-2019 01:20 AM
krustykrab replied at 14-8-2019 06:47 PM
Kalau letak sudu brp jam kna rebus?

dlm sejam 30mnt jg lah..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.054220 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top