CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Jackie Chan Dituduh Pengkhianat Kerana Menyebelahi Parti Komunis China

22-8-2019 06:09 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 2805| Komen: 14|Original author: Sang_Pencinta

Description: Jackie Chan Dituduh Pengkhianat Kerana Menyebelahi Parti Komunis China Dalam Rusuhan Hong Kong
Sudah masuk minggu ke sepuluh krisis politik berlaku di Hong Kong, semuanya berikutan adanya usaha Tanah Besar China untuk campur tangan dalam perundangan Hong Kong yang dikatakan anti-demokrasi.  



Hong Kong, walaupun kini  sudah menjadi milik China tetapi pernah menjadi wilayah jajahan United Kingdom (UK) dan perjanjian pengembalian semula wilayah itu kepada China pada tahun 1997 menetapkan Hong Kong mempunyai hak untuk mengekalkan perundangan yang diwarisi daripada UK.


Berikutan usaha meminda perlembagaan Hong Kong tahun ini, jutaan rakyat merusuh kerana merasakan China melanggar perjanjian asal. Mereka juga menuntut pemimpin wilayah mereka meletak jawatan kerana pengecut dan  tunduk kepada kuasa besar China.


Kredit foto: shaighaiist



Berikutan rasa marah kepada China semakin memuncak, peminat artis pula sering mengkritik sokongan politik idola mereka. Baru-baru ini, Jackie Chan, bintang kelahiran Hong Kong dikritik hebat dan dituduh pengkhianat kerana menyatakan sokongan kepada Tanah Besar.


Kredit foto: newsshark


Mengulas insiden perusuh menurunkan bendera China di Victoria Habour dan menggantikan dengan bendera Hong Kong, Jackie Chan dalam akaun social Weibonya berkata "Saya antara 1.4 billion rakyat yang menyanjung dan menyokong bendera China" katanya seperti yang dilaporkan akhbar Shanghaiist.



Kredit foto: Weibo


Kenyataan Jackie Chan itu diulang kicau lebih 10 juta kali oleh rakyat China tetapi peminat Hong Kong menuduhnya pengkhianat dan berkata 'Untuk Jackie Chan dan penyokong China, jika bendera  China dan orang yang kamu kasihi bakal hanyut, yang mana kamu akan selamatkan dahulu?'. 


Kredit foto: Twitter



Bintang filem aksi itu sebelum  pernah dikritik kerana tidak ambil tahu keadaan politik semasa. Ketika ditanya pemberita Taiwan mengenai undang-undang ant-ekstradisi yang akan menyerahkan pesalah Hong Kong ke China, Jackie Chan berkata 'Saya tak tahu apa-apa, baru kelmarin saya tahu ada demo di Hong Kong' jawabnya selamba.


Mungkinkan Jackie Chan sekadar menjaga periuk nasinya? Umum tahu industri filem Hong Kong banyak mendapat dana daripada China.- CARI 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ruffboyz 22-8-2019 06:45 PM
soh jakie chan dg mesia la..sesilap leh dapat dato'
Quote lonso 22-8-2019 07:08 PM
Rasanya dia dulu mmg asal dr china pun..kalo tgk movie dia dulu2
Quote kelana36 22-8-2019 07:24 PM
ruffboyz replied at 22-8-2019 02:45 PM
soh jakie chan dg mesia la..sesilap leh dapat dato'

Dah lama la dia dapat Datokship... ..

Quote ruffboyz 22-8-2019 07:27 PM
kelana36 replied at 22-8-2019 07:24 PM
Dah lama la dia dapat Datokship... ..

haha sorila tak ingat dia pernah dpt dato' ingat shah rukh khan je
Quote RatuDunia94 22-8-2019 07:31 PM
ruffboyz: soh jakie chan dg mesia la..sesilap leh dapat dato'


Cuols tertinggal keretapi ke?
Quote QueenIsolde 22-8-2019 07:53 PM
Tgokla bangsa melayu, ada benda kita boleh amek pgajaran even dr cina dapigs sekalipon, dorg xkan penah khianati bangsa apatah tanah air sdiri walau baik mcmna(hipokrit) pun dorg ng bangsa luar/lain
Quote unguaurora 22-8-2019 11:01 PM
Cina dgn cina gaduh..biarkan...
Quote Itzy 23-8-2019 02:14 AM
Melayu bodih. Cina india maki melayu suruh balik indon korang takpe tak kisah pula tapi bila dr zakir naik pendakwah islam suruh tetamu yang asyik desak dia dihantar pulang ke india atas tuduhan palsu presiden india mordi keparat korang melenting pula. Memang melayu dah jadi liberal cam jndon liberal. Jnterpol pun tak nak tangkap dr zakir naik sebab tak de bukti dia huat semua jenayah yang direka2 presiden india mordi. Hindu hindraf memang dah lama panas punggong bila dr zakir datang berceramah dapat islamkan ramai hindu. Sekarang umat islam.malaysia tunggu lah bala akibat tak  mempertahankan pendakwah islam koramg sendiri. Zakir naik ni pendakwah islam hebat. Dia gagap tapi dengan kuasa Allah dia tak gagap dah supaya dapat memudahkan beliau berceramah dakwah islam. Semoga Allah melindungi dr zakir naik dari gangguan syaitan2 bertopeng manusia di malaysia ni. Aamiin.
Quote diggerr 23-8-2019 02:53 PM
Haha aiyokkkk
Quote Artemesiaa 23-8-2019 02:57 PM
Betul tu mungkin demi kerjayanya dalam bidang perfileman
Quote Madel 23-8-2019 03:06 PM
Bukan Jackie Chan sorg je yg buat kenyatan sokong China..
Majority artis Idol Kpop bangsa China kat korea pun buat pekara yg sama..semua tu atas dasar keselamtan ahli keluarga dan kerjaya.
Quote sharlenetexas 23-8-2019 03:07 PM
ruffboyz replied at 22-8-2019 07:27 PM
haha sorila tak ingat dia pernah dpt dato' ingat shah rukh khan je

Ustaz kazim elias selfie dgn heols kt istana negara.
Quote RED 666 23-8-2019 03:45 PM
biasalah tu nak jaga periuk nasi punya pasal
Quote meow_tompok 4-9-2019 05:11 PM
konsep durian dgn timun, daripada kena lenyek... baiklah behave je.  

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.062315 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top