CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Trailer Filem Baru Henry Golding 'Last Christmas' Bikin Peminat Teruja

17-8-2019 08:51 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 6965| Komen: 29|Original author: Sang_Pencinta

Description: Trailer ‘Last Christmas’ Filem Baru Henry Golding Bikin Peminat Teruja
Pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding, 32, yang diperkenalkan dalam Crazy Rich Asians kini bakal muncul dalam filem baru Last Christmas yang akan ditayangkan pada bulan November tahun ini. 


Susulan itu, sebuah trailer yang mempromosikan filem tersebut telah dikeluarkan oleh penerbit dan ianya berjaya menarik perhatian peminat yang teruja untuk mengetahui kesudahannya.


Kredit foto: Carian Google

Filem itu menggandingkan Henry (Tom) dengan pelakon Emilia Clarke, 32 (Kate) yang  popular dalam siri TV Game of Thrones. Ianya mengisahkan seorang gadis yang sering dirundung malang tetapi nasibnya berubah setelah bertemu dengan seorang lelaki misteri menjelang Krismas.



Kredit foto: Buzzfeed


Trailer 3 minit yang mula dipromosikan susulan kemunculan Henry dalam rancangan bual bicara Jimmy Fallon minggu ini mengundang pelbagai spekulasi peminat yang tidak sabar menantikan tayangannya. Paling menarik, ramai yang cuba meneka jalan cerita filem tulisan Emma Thompson tersebut.


Kerana kemunculan misteri watak Tom, ramai yang meneka beliau memegang watak roh yang sekadar muncul dalam khayalan Kate.


Kredit foto: Twitter / Buzzfeed

 
Ada pula yang meneka watak Tom adalah malaikat yang diutus untuk menggembirakan Kate menjelang Krismas.

Kredit foto: Twitter / Buzzfeed


Berikutan watak Kate yang mengidap penyakit berbahaya dalam filem tersebut, ada yang berspekulasi bahawa watak Tom adalah penderma organ jantung beliau. Spekulasi ini dikuatkan dengan lirik lagu Last Christmas dendangan George Michael yang menjadi inspirasi filem tersebut ada menyebut 'the last Christmas I give you my heart...'

Kredit foto: Twitter / Buzzfeed



Filem yang turut menampilkan Michelle Yeoh ini sudah pastinya akan menaikkan lagi nama Henry. Selesai penggambaran filem Monsoon dan The Gentlemen, nama beliau disebut sebut bakal memegang watak Namor dalam sekual filem Wakanda dan filem aksi GI Joe 'Snakes Eyes'. Selain itu beliau juga sibuk merancang pembikinan dua filem baru terbitan syarikatnya sendiri.

Yang pasti keterujaan peminat di media social menantikan Last Christmas mengundang persoalan; adakah filem ini bakal meletup seperti Crazy Rich Asians? Kita nantikan di pawagam November ini! - CARI

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 17-8-2019 09:58 AM
Alamak cam best jek, yummmmm sangat henry ni, tasty delicious
Quote sarah82 17-8-2019 10:11 AM
Jgn mcm "Me before You" dah la.. Karang bengkak mata aku menangis
Quote Sang_Pencinta 17-8-2019 10:12 AM
Kena bawak tisu siap2ni siapa2 ygkuat nangis
Quote helicornia 17-8-2019 12:07 PM
wah ramai artis dr malaysia dlm filem.ni
Quote harkktuih 17-8-2019 12:40 PM
Mcm best je.. Looking forward nk tgk citer ni..
Quote MsKathryn 17-8-2019 01:23 PM
Semlm nmpk trailer filem ni kat fb... x sabar nk tgk
Quote RatuDunia94 17-8-2019 01:38 PM
Makin mendunia heols.. good job
Quote sfrnna 17-8-2019 03:55 PM
mendunia mamat ni. senyap2 je eh tak cam seseorang tu... hahaha
Quote sphinx 17-8-2019 09:37 PM
suka dengar suara Henry.. very soothing and manly gitu
Quote gold_teeth 17-8-2019 10:52 PM
Cmne dia leh snyap2 mendiva ar??? Bapak dia nmpak english man yg educated yet low profile.. da org dalam ka
Quote naz.wani 17-8-2019 10:57 PM
sarah82 replied at 17-8-2019 10:11 AM
Jgn mcm "Me before You" dah la.. Karang bengkak mata aku menangis

kat netflix xde eh cerita ni..ramai yang review kata best. u tengok kat mana eh?
i need a good cry...lama x nangis sambil tengok movie. hehe

Quote sarah82 17-8-2019 11:40 PM
naz.wani replied at 17-8-2019 10:57 PM
kat netflix xde eh cerita ni..ramai yang review kata best. u tengok kat mana eh?
i need a good cr ...

Utube.. Netflix x pasti.. Citer tu sedih ok.. Mmg akan menangis.
Quote naz.wani 17-8-2019 11:43 PM
sarah82 replied at 17-8-2019 11:40 PM
Utube.. Netflix x pasti.. Citer tu sedih ok.. Mmg akan menangis.

oo ok youtube eh..nti ku cari. tq babe
Quote sarah82 17-8-2019 11:56 PM
naz.wani replied at 17-8-2019 11:43 PM
oo ok youtube eh..nti ku cari. tq babe

Dah check kat netflix.. Mmg tak ada.. Lagi satu citer buat kita menangis The Fault In Our Star.. Huhuhu.. Sampai bengkak mata nangis..
Quote naz.wani 17-8-2019 11:58 PM
sarah82 replied at 17-8-2019 11:56 PM
Dah check kat netflix.. Mmg tak ada.. Lagi satu citer buat kita menangis The Fault In Our Star.. H ...

ni yang ada novel ni kan..in my list jugak ni

kalau x silap, 5 feet apart pun orang kata sedap. nak tengok yang tu jugak nanti
Quote sarah82 18-8-2019 12:02 AM
naz.wani replied at 17-8-2019 11:58 PM
ni yang ada novel ni kan..in my list jugak ni

kalau x silap, 5 feet apart pun orang kata sedap. ...

Rasa mcm novel.. Sama mcm p/s : i love u.. Huhuhu..

Me before u sedih sbb hero dia yg ensem tu buat pilihan utk mati.. Huhuhu.. Siap sediakan apa yg patut utk caregiver/gf dia...

Heroin sama gak Emiloa Clarke
Quote Perawankota 18-8-2019 12:55 AM
Teringat masa dia berlakon lam filem pisau cukur. Masa tu kurus jer.. skang badan dah mantop..
Quote cicicumel 18-8-2019 08:49 AM
asal citer ada Asian msti ada muka michelle yeoh.. kah3x..
Quote leena1234 18-8-2019 10:25 PM
Makin mendonia henry golding. Minat henry sejak dia mengacara 8tv dolu2 kala. Hihihi

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.291079 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top