CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Guru Kimia Guna Kepakaran Sendiri Cipta Dadah Baru Demi Sara Kehidupan. Mengejutkan!

22-8-2019 12:24 PM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 4397| Komen: 17|Original author: Hafiz Ahmad

Description: Subjek Kimia adalah salah satu subjek yang agak sukar untuk difahami semasa di sekolah mahupun universiti. Bayangkan sahaja ratusan formula kimia yang perlu difahami dan dihafal untuk peperiksaan, jad ...
Subjek Kimia adalah salah satu subjek yang agak sukar untuk difahami semasa di sekolah mahupun universiti. Bayangkan sahaja ratusan formula kimia yang perlu difahami dan dihafal untuk peperiksaan, jadi tidak peliklah jika subjek ini dikategorikan sebagai subjek yang paling sukar untuk dipelajari di dunia.


Gambar: Albuquerque (Sumber: Vanilla Sky)
Albuquerque, sebuah kawasan terpencil yang terletak di New Mexico, Amerika Syarikat menempatkan seorang guru subjek Kimia yang bernama Walter White. Walter mengajar di J. P. Wynne High School dan berasakan hidupnya serba tidak kena. Gajinya tidak cukup untuk menampung keluargan, isteri Walter mengandung dan bakal melahirkan anak kedua mereka dan anak pertamanya menghidap 'cerebral palsy' yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang teliti.

Sekitar tahun 2008, nasib Walter White bertambah malang apabila dia disahkan menghidap kanser, membuatkan dia terfikir bahawa dia perlu membuat sesuatu untuk menyara keluarganya jika umurnya sudah tidak panjang. 


Gambar: Hank Schradder

Semuanya bermula apabila Walter menemani besannya Hank Schradder, seorang polis ketika menyerbu sebuah rumah yang disyaki diduduki oleh penagih dadah 'meth'. Namun, rupa-rupanya individu yang mengambil dadah jenis 'meth' itu ialah bekas muridnya di dalam kelas Kimia, Jesse Pinkman. Jesse berjaya melarikan diri daripada serbuan polis tetapi dikesan oleh Walter White, namun Walter tidak melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Gambar: Walter White dan Jesse Pinkman
Tanpa berfikir panjang, Walter mengajak Jesse untuk bersama-samanya memasak dan menjual dadah jenis 'meth', dan jika Jesse tidak bersetuju, dia akan melaporkan Jesse kepada pihak polis. Semenjak dari itu, mereka berdua memasak dan menjual 'meth' kepada penagih dadah di sekitar Albuquerque.

Sumber Gambar: TV Insider
Sumber Gambar: ClickingBad
Banyak cabaran dan halangan yang mereka tempuhi dalam memasak dan menjual dadah itu, lebih teruk apabila besannya sendiri ialah seorang polis! Korang boleh tonton drama bersiri nombor satu dunia ini, Breaking Bad di Netflix atau muat turun di mana-mana portal yang sah. Memang rugi kalau tak tonton Breaking Bad! - CARI 

Trailer Season 1:



2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-8-2019 01:29 PM
Genre apa ni
Quote bonquiqui 22-8-2019 02:34 PM
easily the best series in the world. second best is Game of Thrones.

Quote diggerr 22-8-2019 04:49 PM
Wowww menarik
Quote Queenmastani 22-8-2019 05:09 PM
Citer pe lagi yg best..dah tak tahu nk tgk cite apa lagi..dulu tk lyn cite seasonal ni tp disebabkan banyak masa nk dihabiskan layankan je...
Quote girlfridayz 22-8-2019 05:31 PM
Tolong tengok.. Aku siap beli tshirt dia lagi punye obsessed.. haha. Nak lagi cite camni!
Quote Artemesiaa 22-8-2019 05:48 PM
Wah macam menarik je untuk ditonton
Quote Megikari 22-8-2019 05:57 PM
Nama dia Pinkman {:laugh
Quote diss69 22-8-2019 11:41 PM
bonquiqui replied at 22-8-2019 02:34 PM
easily the best series in the world. second best is Game of Thrones.

Nnti nk nengok arr.. Biasa nengok movie je, mls nk nengok cerita bersiri..
Quote armin 22-8-2019 11:45 PM
Ingat berita td. Bila baca nama walter aik.. ni mcm breaking bad hahaaa
Quote 234126 23-8-2019 11:07 PM
Dah lama dah cerita ni BOOM dulu. Memang best and clean just byk cursing.
Quote -Suri- 1-9-2019 04:42 PM
Queenmastani replied at 22-8-2019 05:09 PM
Citer pe lagi yg best..dah tak tahu nk tgk cite apa lagi..dulu tk lyn cite seasonal ni tp disebabkan ...

Dah tgk orphan black? Blh tahan jugak
Quote -Suri- 1-9-2019 04:43 PM
Tajuk thread bukan main.
Quote Queenmastani 3-9-2019 02:42 AM
-Suri- replied at 1-9-2019 04:42 PM
Dah tgk orphan black? Blh tahan jugak

Blum tgk..blh la tgk nnt..sekarang lyn crita dark S2..pening tgk crita
Quote monsterwife 23-9-2019 11:34 AM
Citer ni dah lama...bertahun-tahun dah rsnya aku tengok 4 thn lepas.best
Quote saviour_09 30-9-2019 03:38 PM
Better Call Saul

prequel utk Breaking Bad ni

baru je habis layan

best!
Quote want2bhappy 8-10-2019 08:04 AM
-Suri- replied at 1-9-2019 04:42 PM
Dah tgk orphan black? Blh tahan jugak

ini citer dari kanada eh.. yang banyak klon tu.. macam pernah tgk.. cuma tak sempat tengok season kedua...
Quote want2bhappy 8-10-2019 08:07 AM
orphan black ni best.. cuma kalau tak follow dari awal.. tak faham.... yang skeri tu ada klon yang gila tu... yang ada satu orang psiko bubuh something dalam badan dia.. last i tengok dia terlepas.. lepas tu dapat ditangkap balik... sampai situ je .. lepas tu potong astro...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.143006 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top