CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pasangan Simpan Kek Selama 50 Tahun Bukti Cinta Abadi

20-8-2019 10:46 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5262| Komen: 44|Original author: Nia M

Description: Cinta tidak mengenal siapa dan tak siapa dapat menjangka kuasa cinta antara dua manusia. Begitulah hebatnya cinta antara pasangan Cowburn dari Amerika Syarikat apabila menyimpan kek perkahwinan mereka ...
Cinta tidak mengenal siapa dan tak siapa dapat menjangka kuasa cinta antara dua manusia. Begitulah hebatnya cinta antara pasangan Cowburn dari Amerika Syarikat apabila menyimpan kek perkahwinan mereka selama 50 tahun!

Kredit foto: metro.co.uk

Persoalannya bagaimana kek tersebut boleh kekal lama?

Anne dan David Cowburn pada mulanya hanya menyimpan 1 tingkat daripada kek mereka di dalam peti sejuk beku selama satu tahun. Namun, mereka kemudian sepakat untuk menyimpannya selama 49 tahun lagi.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh pasangan ini, adalah berdasarkan kepada amalan ritual tradisional untuk pasangan berkahwin menyimpan kek perkahwinan mereka dan makan kek tersebut pada ulang tahun pertama perkahwinan. Amalan ini dikatakan dapat memberikan nasib yang baik buat pasangan suami isteri. 


Setiap tahun semenjak perkahwinan mereka pada 18 Julai 1970, mereka hanya makan secubit sahaja daripada potongan kek itu. 
Kek yang berperisa vanila itu memang bertahan lama walaupun Anne dan David telah lima kali berpindah rumah dan sehingga mereka mempunyai tiga anak serta empat orang cucu. 

Kredit foto: metro.co.uk

Anak-anak mereka seronok menyaksikan aksi ibu bapa mereka setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan dengan memakan sedikit sahaja daripada kek yang telah dibekukan itu. 

Menurut Anne, perbuatan mereka itu romantis dan mereka puas hati dapat berbuat demikian kerana kek itu sangat istimewa dan memberi makna mendalam. 

Pada asalnya, ibu Anne yang telah menyimpan satu tingkat atas daripada kek mereka lalu diberikan kepada pasangan itu sebaik sahaja mereka pulang dari berbulan madu. 

Anne turut berkongsi bahawa pada ulang tahun pertama perkahwinan mereka, mereka makan kek itu dengan agak banyak. Idea untuk menyimpan kek itu lebih lama datang dari sebuah rancangan realiti di mana terdapat pasangan suami isteri yang menyimpan kek mereka selama 25 tahun. 

Pasangan Cowburn pula ingin menambah 25 tahun lagi untuk menyimpan kek mereka. 

Kredit foto: metro.co.uk

Pada ulang tahun perkahwinan mereka yang terkini, kek tersebut akhirnya sampai ke cebisan terakhir. Walau bagaimanapun, Anne dan David membuat keputusan untuk tidak memakannya, malah mereka bersepakat untuk menabur cebisan kek lama  itu pada kek yang baru. 


Kredit foto: metro.co.uk

Sungguh utuh cinta mereka berdua sehinggakan kek perkahwinan disimpan terlalu lama. Rasa-rasa di Malaysia ada pasangan yang mahu cuba perkara sama? - CARI 
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 20-8-2019 10:50 AM
Kokosen ramai buat kan..even kerabat UK sendiri pun buat..PW & KM distribute kek kahwin dieorg every year tak silap in special event
Quote Suchi 20-8-2019 10:50 AM
Tahan lama betui kek tu duk lam freezer
Quote tri-max 20-8-2019 10:53 AM
uweekkkkkk apalah rasanya benda yg da outdated
kluar masuk peti ais tiap2 tahun
Quote duradanis 20-8-2019 10:56 AM
hebat nya cinta mereka
Quote fa1982 20-8-2019 11:00 AM
So swettt atok dan nenek ni
Quote ruffboyz 20-8-2019 11:01 AM
omputih ni klu psl cinta.. mmg setia betul, beza dgn so called lebai kt mesia ni.. hurmmm
Quote chinta89 20-8-2019 11:02 AM
nt ada la tuh kat malaysia yg buat.
Quote ell768 20-8-2019 12:02 PM
simpan nasi minyak laaa setahun makan seulas..
Quote grizz 20-8-2019 12:15 PM
nape aku rase gambo yg last tu cm gambo gigi je..
Quote Artemesiaa 20-8-2019 12:23 PM
Bukan sebab kek sebenarnya tapi ingatan pada hari bahagia mereka buat kek tu jadi unik
Quote yuki812 20-8-2019 12:25 PM
ye..diorg ni sampai ke tua mmg romantik tul
cuba atuk2 ni hah..kalu nenek nak manja2 pon..
ko buang tebiat ke ape ke..
Quote dua_chzy 20-8-2019 12:28 PM
ruffboyz replied at 20-8-2019 11:01 AM
omputih ni klu psl cinta.. mmg setia betul, beza dgn so called lebai kt mesia ni.. hurmmm

Lebai memang la.

Yang tak lebai tak asyik gelojoh pasal sunnah mahu berkahwin ampat, ramai ja yang setia akak lehat.
Quote aTiKah_aYuNi 20-8-2019 12:43 PM
sweet....





Quote becir 20-8-2019 12:44 PM
ruffboyz replied at 20-8-2019 11:01 AM
omputih ni klu psl cinta.. mmg setia betul, beza dgn so called lebai kt mesia ni.. hurmmm

Lebai n lebainita cakap kalau laki mampu why not. Soal hati tolak tepi dek non.
Quote Foxey 20-8-2019 01:18 PM
Boleh tahan lama kek vanilla? Bukan ke after a year kek akan ada sedikit sebanyak rasa tengik? I wonder how they kept it
Quote laksmanabentan 20-8-2019 01:39 PM
hahahahaa.....
nasib baik ler cuma tinggal senonit aja kek tu...
Quote mbhcsf 20-8-2019 01:46 PM
when a person loves another being sincerely and wholeheartedly that is what they gonna do.
sweet pulak
Quote ruffboyz 20-8-2019 01:56 PM
Foxey replied at 20-8-2019 01:18 PM
Boleh tahan lama kek vanilla? Bukan ke after a year kek akan ada sedikit sebanyak rasa tengik? I won ...

depa campuq bahan yg guna utk awet mumia kot.. tu bleh tahan 50 thun
Quote Foxey 20-8-2019 02:02 PM
ruffboyz replied at 20-8-2019 01:56 PM
depa campuq bahan yg guna utk awet mumia kot.. tu bleh tahan 50 thun

Kalu campoq bahan awet mumia, mana bulih makan dah

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057870 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top