CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lari Nampak Polis Sampai Langgar Kereta Lain, Rupanya Sebab..

19-8-2019 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5039| Komen: 20

Description: Bukan sahaja cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis, seorang pemandu dilaporkan turut melanggar kenderaan lain di Jalan Tun Razak, semalam.Harian Metro melaporkan dalam kejadian 12 tenga ...
Bukan sahaja cuba melarikan diri selepas terserempak dengan polis, seorang pemandu dilaporkan turut melanggar kenderaan lain di Jalan Tun Razak, semalam.

Harian Metro melaporkan dalam kejadian 12 tengah hari itu, suspek yang memandu Proton Preve melanggar Perodua Viva ketika cuba melarikan diri. 

Pun begitu, lelaki itu gagal apabila akhirnya dia ditahan di Lebuhraya Salak berhampiran Taman Connaught. 

Kredit foto: Harian Metro

“Peronda MPV mengarahkan suspek untuk memberhentikan kereta tetapi suspek memecut laju.

“Suspek memandu kereta dalam keadaan berbahaya dan melanggar Perodua Viva di Jalan Tun Razak,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff.


Difahamkan lelaki itu berasa panik kerana tidak membawa lesen memandu selain memandu dalam pengaruh dadah.

“Semasa ditahan suspek memberitahu dia panik kerana tidak membawa lesen memandu dan dalam pengaruh dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif amphetemine (AMP),” katanya.

Di samping itu, suspek juga difahamkan mempunyai rekod lampau iaitu memiliki senjata berbahaya selepas semakan dilakukan. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 19-8-2019 06:45 PM
Di samping itu, suspek juga difahamkan mempunyai rekod lampau iaitu memiliki senjata berbahaya selepas semakan dilakukan

Ni lah masalah yg berulang ulang ditulis dalam suratkhabar. Lepas tangkap bebas ke mcm mana???????
Quote kasibiman 19-8-2019 07:08 PM
munchkin replied at 19-8-2019 06:45 PM
Di samping itu, suspek juga difahamkan mempunyai rekod lampau iaitu memiliki senjata berbahaya selep ...

Nak Takajut buat apa.


Bersukur kita kpd ketuanan civil liberty penjenayah.

Corporal punishment dihapuskan.
Capital punishment nak dihapuskan.
Perkenalkan pulak sistem parole.

Kata depa Kat wakanda nun soft approach to criminal is the holy Grail. Baru la bertamadun.

Sistem kehakiman Tak perlu jadi neraca dacing keadilan, tapi kene sediakan ruang utk mendidik penjenayah.


Esok lusa pulak gomen akan perkenalkan skim insurance kecederaan penjenayah yg bakal ditanggung mangsa, Dan jgn Takajut nanti penjenayah Pon boleh Ada perlindungan perkeso.



Country going to the dogs dek laknat ketuanan civil liberty penjenayah neh.


Sialan.

Quote Pink_Purple 19-8-2019 07:25 PM
dah tahu buat salah knp xberhenti..bila xmengikut arahan berhentilakukan satu kesalahan lagi
Quote diggerr 19-8-2019 08:43 PM
Membahayakan nyawa yg lain
Quote zorrro_03 19-8-2019 09:09 PM
nanti menyalak lah puak2 pembela seperti penjenayah celaka keliling nama kugon ke apa nama dulu tu.  mujur lah mampus masuk neraka terus.  jahat sgt...  
Quote eqatiqah 19-8-2019 09:18 PM
Ni la punca nyawa org len melayang.
Quote Buritan 19-8-2019 09:18 PM
zorrro_03 replied at 19-8-2019 09:09 PM
nanti menyalak lah puak2 pembela seperti penjenayah celaka keliling nama kugon ke apa nama dulu tu.  ...

Hoiii.. diarak bagaikan matinya seorg patriot..
Quote Buritan 19-8-2019 09:20 PM
kasibiman replied at 19-8-2019 07:08 PM
Nak Takajut buat apa.



Good.. kete yg kena langgar tuu buatlaa tabung ke carilaa duit srndiri utk repair.. so sad.. moga kita semua dijauhkan dr org jahat
Quote ruffboyz 19-8-2019 09:45 PM
apelah buat salah pun takut..aku rilek je rodtek moto mati hadap roadblock jpj.. lepas je psl muka konpiden hahahha...
Quote KIM.K 20-8-2019 12:06 AM
Buritan replied at 19-8-2019 09:20 PM
Good.. kete yg kena langgar tuu buatlaa tabung ke carilaa duit srndiri utk repair.. so sad.. moga  ...

Amin..jangan kita biasa lambat2 hal legal
Kete yang kena hentam tu pau kaw2 le member, apa lagi..mu ingat zaman sekarang ni semua suci belaka
Quote NoraAnne 20-8-2019 01:09 AM
Nilah bahaya dadah. Biasa org yg bawah pengaruh dadah ni cspat panik. Pastu org lain jadi mangsa. Banyak kesalahan tu . Hrp jangan la mudah2 jer lepas
Quote VirusDetected 20-8-2019 08:38 AM
Menyusahkan org lain jerrr
Quote cclina2 20-8-2019 01:26 PM
azman124 replied at 20-8-2019 01:34 AM
Nak lari tp kena tangkap. Kalau kau rilek je polis tak tahu pun hahaha

haha kan..nampak sangat bersalah kalau lari...
Quote bulan_gerhana 20-8-2019 01:36 PM
HAAA KAN DAH MENDAPAT...

ko lari sbb ko salah... hadoi... skali siap kantoi dadah lagi ... ade kesalahan guna senjata api lagi.. cam senang lepas je.. kes jenayah kat mesia ni
Quote aTiKah_aYuNi 20-8-2019 01:39 PM
jadah....sebab orang2 macam kau laa nyawa orang lain boleh melayang...

bodoh...tak payah jadi manusia laa weeeh....gi jadi roh sana....
Quote Mfzg89 20-8-2019 03:08 PM
elok la tu kena tangkap..berkurang sorg penjahat kat luar..
Quote Artemesiaa 20-8-2019 04:02 PM
Nak lari dari masaalah terus dapat masaalah lain akhirnya
Quote MFR_IN 20-8-2019 04:41 PM
ruffboyz replied at 19-8-2019 09:45 PM
apelah buat salah pun takut..aku rilek je rodtek moto mati hadap roadblock jpj.. lepas je psl muka k ...

betul..iols pun pernah..tapi mmg lupa sgt2 yg roadtax mati..mujur lepas ja..lepas tu saja2 la check mmg dah 1 bulan roadtax mati..
Quote zorrro_03 21-8-2019 08:25 AM
Buritan replied at 19-8-2019 09:18 PM
Hoiii.. diarak bagaikan matinya seorg patriot..

penjenayah kugon tu sure dah kena bantai secukupnya sebab banyak menyebabkan orang susah...  

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.229299 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top