CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Perlu Gelaran PU Atau Da'i, Hijjaz Berdakwah Sampai Dibenci Yahudi!

26-8-2019 09:51 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 3560| Komen: 11|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Suatu ketika dahulu, irama nasyid tiba-tiba menjadi Hit. Siapa boleh lupakan beberapa nama seperti Raihan, Hijjaz dan Rabbani yang berdakwah menggunakan lagu mereka tanpa perlu ada gelaran "PU" at ...
Suatu ketika dahulu, irama nasyid tiba-tiba menjadi Hit. Siapa boleh lupakan beberapa nama seperti Raihan, Hijjaz dan Rabbani yang berdakwah menggunakan lagu mereka tanpa perlu ada gelaran "PU" atau "Da'i". 



Siapa boleh lupakan Raihan
Foto: Google

Hijjaz masih lagi giat berkarya walaupun tidak sekencang dahulu, malah lagu ciptaan mereka tular sehingga ke negara Arab dan dibuang daripada YouTube kerana dikatakan dibenci Yahudi. 



Dilaporkan Harian Metro, lagu bertajuk Pejuang Al-Qassam itu dinyanyikan dalam Bahasa Arab dan Melayu dan sudah dimuat naik ke YouTube pada 2014 dan mencatat jutaan tontonan sehingga tular di negara Arab, tetapi akhirnya dipadamkan daripada platform itu. 

"Kami kecewa dengan apa yang mereka (YouTube) lakukan tetapi ia tidak akan mematahkan semangat kami. Kami akan terus menghasilkan lagu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin," kata ketua kumpulan Munif Ahmad. 


Tak sepopular dahulu, tapi masih berjuang
Foto: Instagram

Menurutnya lagi, perjuangan Hijjaz menerusi lagu itu mendapat pujian dunia kerana menyokong Palestin, tetapi mendapat kecaman Yahudi. 

Kumpulan Yahudi yang tidak senang dengan lagu itu kemudiannya melaporkannya kepada YouTube sehingga ia dipadamkan daripada platform itu. 

"Kami sudah menjangkakan perkara ini sejak awal dan berlapang dada. Ini bukan titik pengakhiran kerana Hijjaz berusaha menghasilkan lagu seterusnya untuk membela warga Palestin," katanya.


Tiada gelaran PU atau Daei, cukuplah sekadar lagu untuk berdakwah
Foto: Instagram

Lagu perjuangan itu bagaimanapun masih boleh didengar dan ditonton di Facebook setakat ini. 

Hebat juga kan, siap dibenci Yahudi lagi. Ini baru perjuangan, bukan kecoh dengan kisah cerai kahwin sahaja. 

Apa lagu nasyid kegemaran anda? Mari kongsikan. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 26-8-2019 10:33 AM
Raihan, rabbani, hijjaz antara yg hebat berdakwah senyap2, bkn melalui lagu semata.. takdanya nak gebang mcm artis lain.
Rindu suara arwah ustaz asri rabbani dulu..merdu & menyusuk sungguh
Quote chicozinn 26-8-2019 11:45 AM
terbaiklah group hijjaz..walaupun dpat 2nd place je masa GGV tu tapi deyyollss xptah semangat buat lagu dakwah baru..xcm sang juara tu lagu terbaru deyyollss aku xleh nak terima sbab da cm bukan nasyid, cam bbnu pun ado..
Quote VirusDetected 26-8-2019 11:52 AM
Quote Supersirap 26-8-2019 11:57 AM
Salah satu kumpulan nasyid legenda di Malaysia
Quote diggerr 26-8-2019 12:17 PM
Patut ler search lagu ni dah takde. Best lagunya. Naik semangat
Quote Chairman 26-8-2019 12:54 PM
Sesungguhnya - Raihan
Quote Chairman 26-8-2019 12:55 PM
version dgn alif satar tu best..tp version yg asal lg menusuk jiwa
Quote meteorspeed 26-8-2019 12:57 PM
Bagus deme nie. Tak lapar ngan gelaran pu l daie la. Gelaran semua tue hipokrit ajor. Gigih geng geng bbnu gelaran tue. Nak berdakwah buat la cara ikhlas. Jgn jadik penunggang agama ncm sesetangah yg ado gelaran pu n bla bla bla
Quote Mfzg89 26-8-2019 01:10 PM
PU , Dai skrang xleh pakai. perangai ntah pape + suke membawang kt medsos..
Quote sesukaje 26-8-2019 01:11 PM
rabbani, raihan n hijjaz..

kumpulan ni je nasyid yang iolss minat btol base on hala tuju dakwah nya. yang lain2 tu glemer je lebih
Quote anastasia7 27-8-2019 03:08 AM
Banyak lagu nasyid favourite. Sesungguhnya, iman mutiara, lambaian kasih, fatamorgana, teman sejati, keluarga bahgia, intifada.
Syukur 21 pun siap tengok kat wayang. Munif hijjaz ni kopi dia aku suka juga. Sabun pun wangi.
Oh satu lagi. Lagu2 nasyid macam 25 rasul raihan tu yg buat aku hafal nama nabi. Sama la sifat 20. Banyak pahala pencipta lagu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.263220 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top