CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Persenda Minat Putera George Menari Balet, Hos TV Dikecam 'Tidak Sensitif'

25-8-2019 09:33 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 5107| Komen: 23|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Hos TV, Lara Spenser, 50, dikecam ramai kerana mempersendakan minat Putera George, 6, anak sulung Putera William dan Kate Middelton dalam tarian balet.
Hos TV, Lara Spenser, 50, dikecam ramai kerana mempersendakan minat Putera George, 6, anak sulung Putera William dan Kate Middelton dalam tarian balet.

Hos TV itu mencetuskan kemarahan apabila membuat kenyataan tidak sensitif dalam rancangan The Good Morning America. Berikutan itu, beliau terpaksa memuat naik kenyataan permohonan maaf dalam Instagramnya.



Kredit foto: lucipost.com

"Saya dengan penuh keikhlasan ingin memohon kemaafan ke atas komen saya yang tidak sensitif dalam rancangan TV kelmarin.

"Sesiapapun boleh meminati baletatau apa sahaja minat mereka" katanya.


Kredit foto: Instagram

Dalam rancangan bual bicara TV tersebut, Spenser membincangkan kurikulum baru Putera George di sekolah St Thomas Battersea dan tergelak besar selepas mendapati bahawa Putera itu akan mengambil subjek tarian balet di samping matematik, sains dan sejarah.

"Putera William, tengoklah nanti sampai bila Putera George akan minat balet," katanya berseloroh. 

Susulan segmen itu, peminat dan barisan selebriti seperti koreagrafer terkenal Brian Friedman, Cher dan Britney Spears mengecam serta mendesak beliau meminta maaf.

Sekolah di mana Putera George belajar turut mengeluarkan kenyataan bahawa silibus tarian balet direka supaya dapat membantu stamina dan fizikal, kreativiti, ekspresi, tempo dan pelbagai gerakan.


Kredit foto: Getty Images

Kontroversi ini turut mengundang persoalan, masihkah ada stigma untuk pelajar lelaki yang berminat mempelajari tarian? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 25-8-2019 12:21 PM
Dah tu minat diaaa
Quote sharlenetexas 25-8-2019 01:07 PM
Kawan gayle bff oprah berkait dgn mekgan. Mendapatlah
Quote luluaurora 25-8-2019 01:14 PM
let him be laaa...budak lagi..
ballet buat posture bdan balance n stabil..
Quote Fly_over 25-8-2019 01:54 PM
pprt versi american
Quote gularempah 25-8-2019 02:04 PM
Haaa takut lah tu
Terus mintak maaf
Apooo
Quote slavehunter 25-8-2019 02:39 PM
Kawan Jessica kerja sama2 kat GMA. So tak mustahil meggot dengan kawan2 baik kutuk2 belakang kate dan anak2.
Quote ketambangkang 25-8-2019 03:11 PM
huntong lahir atas dulang emas
Quote Carcosa 25-8-2019 03:37 PM
Padan muka ko kena hencap. Dahla Ameican, kau sebok2 pasal British apsal? Semak doh kau ni. Kau seboklah pasal PM kau Trump yg bangang tu
Quote RatuDunia94 25-8-2019 04:22 PM
Tgok Prince George pon mmg ada ke arah gayah....
Quote mbhcsf 25-8-2019 04:41 PM
aduhai isu pun balet aje , well...ingatkan William belajar zapin ke inang ke ...well...
Quote ninja boy 25-8-2019 04:41 PM
Kartun  barbie princess prince mmg joget2 ballet
Quote ikanmasin 25-8-2019 05:39 PM
budak2 bagilah dia seronok cuba semua..
esok2 dah besar pandailah pilih mana yg
sesuai.tu pun nak dijadikan isu.tau pl reti
nak minta maaf..
Quote epuepy 25-8-2019 07:53 PM
Edited by epuepy at 25-8-2019 07:55 PM

Comet nye lahai si George nih. melting
Quote monsterwife 25-8-2019 08:02 PM
Kalau dah itu minat dia apa Salahnya.budak2 kit...biarlah dia cuba
Quote dani-rox 25-8-2019 08:58 PM
[youtube]iw7kZENf8es[/youtube]


[youtube]qhX5GQjGQ7Y[/youtube]



[youtube]3GZvnR1fX1I[/youtube]
Quote cmf_premierleag 25-8-2019 09:15 PM
percubaan utk menjadi stok2 kelempuk ke dikkkkk
Quote monsterwife 25-8-2019 11:13 PM
Dah dia nak mencuba...ikut suka jelah
Quote monsterwife 25-8-2019 11:14 PM
RatuDunia94 replied at 25-8-2019 04:22 PM
Tgok Prince George pon mmg ada ke arah gayah....

Amboi...mulut engkau
Quote namr 25-8-2019 11:47 PM
Biarlah,budak kot

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.051721 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top