CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

15 Filem Yang Akan Ditayangkan Di Penghujung 2019, Adakah Aksi 'Hero Tua' Yang Dinantikan?

26-8-2019 10:11 AM| Diterbitkan: Akasyajai| Dilihat: 5342| Komen: 16|Original author: Oleh: Akasha

Description: Di penghujung tahun 2019, semakin banyak pula filem menarik yang bakal ditayangkan. Dah sedia nak terjah panggung ke tu?
Di penghujung tahun 2019, semakin banyak pula filem menarik yang bakal ditayangkan. Dah sedia nak terjah panggung ke tu?

Ini antara senarai filem Hollywood pada penghujung 2019 yang bakal melabuhkan tirai hanya beberapa bulan sahaja lagi. 



1) IT: Chapter Two


Kredit foto: cinema.com.my

27 tahun telah berlalu sejak peristiwa musim panas 1989. The Losers' Club semuanya sudah dewasa dan telah berpindah dari Derry, Maine.  Tetapi, panggilan telefon membawa mereka kembali ke bandar di mana kejahatan IT kembali. 


2) My Spy


Kredit foto: Cinema.com.my

My Spy adalah filem komedi aksi arahan Peter Segal dan ditulis oleh Jon dan Erich Hoeber. Mengisahkan tentang ejen CIA (Dave Bautista) yang perlu mengawasi seorang gadis (Chloe Coleman) selepas dia ditugaskan untuk melindungi keluarganya.


3) Abominable


Kredit foto: Cinema.com.my

Sekumpulan pemuda merentasi 3000 batu dari Shanghai ke pergunungan ais Himalaya di mana mereka kemudian bertembung dengan Yeti yang masih muda. 

Mereka yang berasa kasihan dengannya telah mengambil keputusan untuk menyatukan kembali makhluk ajaib ini dengan keluarganya di gunung Everest.


4) Quiet Comes The Dawn


Kredit foto: Cinema.com.my

Selepas kematian misteri adiknya, seorang gadis sering bermimpi buruk sehingga dia dimasukkan ke sebuah institut penyelidikan somnologi. Di situ, dia bersama pesakit lain ditidurkan dan dibuai mimpi bersama. 

Namun, perkara yang lebih menakutkan daripada mimpi buruk berlaku apabila mereka bangun selepas waktu subuh.


5) Ad Astra

Kredit foto: Cinema.com.my

Dua puluh tahun lalu, bapa Roy McBride telah hilang ketika dalam misi ke Neptune untuk mencari makhluk asing. Kini, Roy bekerja sebagai jurutera Korps Tentera dan mengembara ke angkasa lepas untuk mencari bapanya.


6) Rambo Last Blood


Kredit foto: Cinema.com.my

Sylvester Stallone kembali sebagai John Rambo, yang mana kali ini veteran Perang Vietnam ini perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan seorang gadis yang diculik oleh kartel dadah Mexico.


7) 21 Bridges


Kredit foto: Cinema.com.my
Seorang anggota NYPD berpeluang untuk membuktikan dirinya dengan menyertai misi memburu seorang pembunuh polis.


8) Gemini Man


Kredit foto: Cinema.com.my

Ia berkisarkan tentang seorang pembunuh upahan, Henry Brogen, yang kini sudah berusia dan ingin bersara dari kerjayanya. Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila dia terpaksa berdepan dengan klon dirinya lebih muda yang boleh membaca setiap pergerakannya.


9) Joker
 

Kredit foto: Cinema.com.my

Berlatarkan tahun 1980-an, ia berkisarkan tentang Joker yang mula mencetuskan kekecohan dan malapetaka di Gotham City selepas gagal mencipta nama dalam komedi. 


10) Zombieland 2:  Double Tap


Kredit foto: Cinema.com.my

Ia adalah kesinambungan dari filem pertama yang mengisahkan tentang Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock yang kini kini perlu melawan zombi baru selain perlu berdepan dengan kerenah masing-masing.


11) Terminator Dark Fate


Kredit foto: Cinema.com.my

Arnold Schwarzenegger kembali sebagai cyborg pembunuh upahan atau Terminator, tetapi kali ini dalam versi lebih berbahaya


12) Charlie's Angels


Kredit foto: Cinema.com.my

Filem ini adalah `reboot` filem aksi komedi pada tahun 2000 yang berdasarkan siri TV  pada tahun 70-an. 


13) Frozen 2


Kredit foto: Cinema.com.my

Elsa si Ratu Salji dan adiknya Anna, ditemani rakan-rakan mereka Kristoff, Olaf dan Sven memulakan pengembaraan jauh ke dalam hutan demi mencari kisah sebenar misteri kuno kerajaan Arendelle.


14) Jumanji: The Next Level


Kredit foto: Cinema.com.y

Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia "Jumanji" untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Apabila rakannya, Milo, dan datuk Spencer, Eddie, mengetahui perkara itu, mereka tidak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya. 

Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar. Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan video berbahaya itu,


15) Star Wars: The Rise of Skywalker


Kredit foto: Cinema.com.my
Filem terakhir dari trilogi "Star Wars" ini bermula dengan filem pada tahun 2014 "Star Wars: The Force Awakens", diikuti filem "Star Wars: The Last Jedi" pada tahun 2017.

Jadi, mana satu pilihan anda? Mungkinkah aksi 'hero tua' yang ditunggu-tunggu? - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 26-8-2019 10:47 AM
ku nantikan  Joker & jua Star Wars..
Quote Kurex 26-8-2019 10:54 AM
Saya tunggu movie
- Maleficent 2 : Mistress Of Darkness.
- Scary Stories To Tell In The Dark
- Frozen 2
- It Chapter 2
- Ma
Quote stormcloud 26-8-2019 11:53 AM
Frozen 2 yeah
Quote diggerr 26-8-2019 12:18 PM
Simpan duittt
Quote RatuDunia94 26-8-2019 12:54 PM
Frozen 2!


Quote palmolive 26-8-2019 01:18 PM
ada lagi skywalker?
Quote Sham143 26-8-2019 03:26 PM
Edited by Sham143 at 26-8-2019 03:28 PM

Kalau nk tayang kat Malaysia kena la hero muda..Kalau tak tk laku la filem...Mulayu tk suka hero tua..Hi..hi..
Quote meow_tompok 4-9-2019 05:34 PM
Maleficent 2 : Mistress Of Darkness
Frozen 2
Jade Dynasty  (tahun depan)
Quote Suchi 14-9-2019 06:51 AM
Frozen sapa hero tua?
Quote ninja9 16-9-2019 10:18 AM
sejak akhir2 ni standard movie yg boleh bagi kepuasan pada aku dah meningkat.

dulu aku suka sangat action movie tapi malam tadi aku tonton spiderman far from home tapi aku rasa tak best. lakonan pun aku tengok tak best tak real nampak sangat dibuat2.  aku dah tak boleh enjoy tengok movie mcm ni tak mcm dulu2.

skrng ni aku cuma boleh minat movie genre fantasy (+action klau ada) atau science fiction (+action kalau ada) + pelakon mesti superb, kanak2 out + cerita original + directing yang over the top. memang jarang dah jumpa yang aku boleh puji...


kadang aku layan anime... yang paling best sekarang ialah kimetsu no yaiba.. cubalah tengok
Quote delia3003 16-9-2019 08:15 PM
It Chapter 2 dah tengok hari tu tapi lebih suka yang 1st. Next..

Maleficient 2
Frozen 2
Star Wars
Quote tokenn 19-9-2019 12:23 PM
Maleficient 2..
Quote puanbintang 27-9-2019 04:30 PM
nak tengok Frozen 2 semestinya!
Quote GuaSayangMelaka 9-10-2019 12:52 AM
'I AM BACK "
Quote 3480 18-10-2019 02:28 AM
Frozen 2
Maleficient 2
Star wars
Quote mrskacik 22-10-2019 12:52 AM
Takde special thread untuk Star Wars: The Rise of Skywalker ke
Im really excited for the last installment of the saga.
I nak bukak kan tak reti.
Lagi berapa jam karang akan drop final trailer for the movie and premiere dia dah less than 2 months away je.
Sapa2 baik hati tolong bukak kan thread boleh nak sembang
thank you

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.067432 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top