CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dera Anak Saudara Kerana Tak Basuh Pinggan Mangkuk

26-8-2019 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3935| Komen: 24

Description: Hanya kerana tidak membasuh pinggan, wanita sanggup mendera dan memukul anak saudaranya hingga cedera.
Hanya kerana tidak membasuh pinggan, wanita sanggup mendera dan memukul anak saudaranya hingga cedera.

Sinar Harian melaporkan, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu tinggal dengan ibu saudaranya di Bandar Botanik, Klang.



Gambar Hiasan

"Ibu mangsa memberi upah sebanyak RM600 sebulan dan hanya melawat anaknya sebulan sekali memandangkan dia bekerja kilang di Kapar, Klang," kata Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli.

Difahamkan, Rabu lalu, pihak sekolah mangsa memaklumkan mengenai kejadian kepada ibunya berusia 47 tahun selepas mendapati kesan bengkak di jari tangan dan punggung, benjol di bahagian dahi, kesan luka lama diatas kepala, lebam bahagian celah paha dan belakang badan.

Tambah Shamsul, ibu mangsa bagaimanapun tidak pernah menerima aduan daripada anaknya sepanjang melawat kanak-kanak itu.


"Hasil rakaman percakapan mangsa mendapati dia dipukul ibu saudaranya beberapa kali kerana mangsa tidak membasuh pinggan mangkuk. 

"Mangsa kerap kali dipukul dengan kayu," katanya.


Kredit foto: Sinar Harian

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan, manakala suspek berusia 38 tahun ditahan di rumahnya di Taman Botanik Klang, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada Sabtu dan direman hingga Jumaat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 26-8-2019 12:19 PM
Lain kali Nasihat. Bukan dera
Quote diggerr 26-8-2019 12:20 PM
Lain kali nasihat. Bukan dera
Quote RatuDunia94 26-8-2019 12:20 PM
Kesiannya adik ni.. dah la xde bapak.. kena tinggal mak plak.. duduk dgn makcik kena pukul je..
Quote Artemesiaa 26-8-2019 12:23 PM
Bagi duit upah menjaga pun belum tentu si penjaga tak akan mendera bila dia dah mula bosan nak jaga.
Quote prettyuglybabe 26-8-2019 12:46 PM
one kind nya mak dia..
jauh mana je botanik dengan kapar tu..
pun sebulan sekali je datang tengok anak?
orang lain pun ramai je kerja kilang..
takde pun main tinggal anak kat sesiapa..
jangan dia pun sama dera anak..
Quote sfrnna 26-8-2019 01:05 PM
Sian adik ni. Maknya sebulan sekali jumpa Manala naluri keibuan tu. Org lain berpisah dgn anak 2-3 hari dah rindu. Ni yg sebulan sekali. Suka jadi single ka..
Quote matchstick 26-8-2019 01:20 PM
mungkin mak nye busy kerja hari2 OT sampai malam sbb nk bagi duit rm600 sebulan tu
Quote ketambangkang 26-8-2019 03:51 PM
makcik ni klu serumah dgn roommate aku bagus ni
Quote Foxey 26-8-2019 03:54 PM
Basuh pinggan tu benda kecik je. Tegur lah budak tu kalau malas cuci pinggan, bukannya dera sampai luka, benjol segala
Quote Nuyak 26-8-2019 04:20 PM
kesian nya..
Quote jazaa100 26-8-2019 09:14 PM
Duit mak dia kau nak....bangang nya pompuan
Quote Ismacun 26-8-2019 10:07 PM
Adik beradik pun bt ank sedara mcm tu... x kesian ke ... bkn jaga free pun.. igt darah daging yg jaga selamat... rupanya lg teruk kena
Quote Pink_Purple 26-8-2019 10:50 PM
mendapat mak sedara
Quote becir 26-8-2019 10:56 PM
Kapar.and botanik bukan jauh mana ye..bukan MCM Klang gi k.terengganu..maknya pun Sama Lepas tangan.
Quote Sazida 26-8-2019 11:04 PM
becir replied at 26-8-2019 10:56 PM
Kapar.and botanik bukan jauh mana ye..bukan MCM Klang gi k.terengganu..maknya pun Sama Lepas tangan.

Susah nk husnudzon bila tau lokasi ank dgn mak ibarat kentut pun dgr.., takkan hari2 OT. Xphm betul la mak dia ni
Quote clarizsa 26-8-2019 11:07 PM
Kesiannyaaa
Mungkin mak sedara mental tu terpedaya dgn postings bangang kt fb yg asyik suruh paksa kanak2 buat kerja2 di rumah

Yelah kes basuh kasut sekolah pun ramai tak puas hati bila ada makpak tolong basuhkan

Jenis spesis manusia gila suka mendera kanak2
Quote namieamuro 26-8-2019 11:41 PM
sejengkal je jauh mak die dgn anak die..baikla kau angkut anak tu dok same dan byr 600 pd pengasuh berdekatan..

anak pn bkn kcik sgt..dan bole faham dan cerite kalau ape2 jd..

Quote anony-mous 27-8-2019 01:50 AM
Sazida replied at 26-8-2019 11:04 PM
Susah nk husnudzon bila tau lokasi ank dgn mak ibarat kentut pun dgr.., takkan hari2 OT. Xphm betu ...

I pon baru nk sedih2 fikir perasaan mak dia, tp lps tau lokasi masing2 ermmm. Yg kesian budak tu la
Quote imransulaiman 27-8-2019 07:15 AM
Artemesiaa: Bagi duit upah menjaga pun belum tentu si penjaga tak akan mendera bila dia dah mula bosan nak jaga.


Sedangkan pusat asuhan daycare pun ada yang mendera..kan?

Kesian budak-budak jadi mangsa

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.177833 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top