CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Hipokrit, #Sicksociety!"- Tiz Zaqyah Bersuara Isu Genius Pedo 'Diraikan'

27-8-2019 11:03 AM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 10675| Komen: 48|Original author: Oleh: HakirRahman

Description: Malaysia memang tidak pernah lekang daripada kontroversi, ada sahaja yang berlaku.
Malaysia memang tidak pernah lekang daripada kontroversi, ada sahaja yang berlaku. 

Kes terhangat terbaru melibatkan seorang penjenayah pedofil yang diberikan peluang belajar di UKM dan meneruskan kehidupan seperti biasa menyebabkan orang kita berbelah pendapat. 


Ada yang menyokong, ada yang menentang habis-habisan. 

Tindakan segelintir yang menyokong si genius pedofil itu memulakan kehidupan baru di Malaysia turut mencetuskan kemarahan pelakon terkenal Tiz Zaqyah. 


Lawa Tiz bertudung

Foto: Instagram

Menerusi Twitternya, Tiz mengecam sikap hipokrit masyarakat yang dianggapnya #sicksociety ini. 

Katanya, lelaki pedofil dan yang menonton video lucah diterima, tetapi perempuan walau apapun pencapaiannya masih ditanya  "tudung, mana tudung?".


Hipokrit!
Foto: Twitter

Tweetnya itu mendapat sokongan netizen yang merasakan wujud sikap pilih kasih masyarakat dalam layanan terhadap "dosa" dibuat lelaki dan perempuan. 


Ya, memang hipokrit!
Foto: Twitter

Tetapi, ada juga yang berkata sama ada pedofil atau tidak bertudung kedua-duanya adalah kesalahan yang perlu dikecam. 


Dua-dua pun salah. Foto: Twitter

Apa pandangan anda, adakah betul sikap kita berbeza terhadap kesalahan lelaki dan perempuan? 

Selaku perempuan anda pernah dilayan teruk hanya kerana anda perempuan? 

Atau sebagai lelaki, pernah tak terlepas daripada kesalahan sebab "ala dah nama lelaki"? - CARI
2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MentariSenja 27-8-2019 11:15 AM
Ada betul nya apa yg tiz cakap tu walaupun cara penyampaian agak kasar...I feel u tiz. Dah lama perati benda ni. Kalau wanita, tak pakai tudung or sexy sikit, huhh cepat jer dinerakakan. Cth emma, until today tak dimaafkan netizens. Begitu juga ngan a few artis wanita lain, sampai laaa ni diungkit kisah silamnya. Macamlah isu tu semua boleh jatuhkan ekonomi negara. Tapi yg terang2 merosakkan negara, dipuja pulak dan siap ada yg bela, 'jangan jaja aib orang'....lol....
Quote prettyuglybabe 27-8-2019 11:21 AM
setuju.. jantan haprak sangat..
Quote lotionmilo 27-8-2019 11:23 AM
Setuju tiz!     
Quote CatMiow 27-8-2019 11:39 AM
Biasala, perempuan ni kan satu fitenah.
Buat salah disisi agama, dinerakakan.   Buat talk kat ML studio,  jadi johan tilawah,  ade je komen2 gatal kat ruangan komen,  bunyi2 keagamaan pun ada.  Padahal yg bunyi keagamaan ni la silap2 haribulan dok like gambar seksi meksi pompuan Kat media sosial.

Keduanya jangan tekejut, suatu masa Puak pedo mintak hak disama ratakan sebagaimana hak puak lgbt disamaratakan. Kebebasan hak kononnya.

Ade ternampak satu youtube pasal reaction orng sokong puak pedo ni.

Sorry tak simpan link,  sebab masih jijik nk dengar.  Tunggu sampai hatiku sedia nak dengar video tu balik.
Quote MadameOnion 27-8-2019 12:01 PM
memang sick sangat kalau pedo dimahapkan sbb pandai matematik..boleh je ajar maths dlm penjara..takyah kat luar ni..ramai lagi yg pandai jugak
Quote mieymiey 27-8-2019 12:07 PM
Perempuan (retis) ni 1 jer, kena jadi cantik. Baru senang dimaafkan
Quote diggerr 27-8-2019 12:07 PM
Double standard
Quote siq 27-8-2019 12:17 PM
aku gelak je

tahniah n terima kasih tiz sbb 'berani'...
Quote Acikgomen 27-8-2019 12:22 PM
Contoh mudah tgk kat rumah sudah la

Kalo laki sakit, semua org kesian bagi rehat, bila bini mintak tlg sikit (contoh seperti tgk2kan anak sambil dok baring tu) mampos dikatanya bini itu ini ko tak kesian laki ko ke siahhhhh. Padahal laki tu sakit kepala jah

Cer pompuan sakit senggugut mcm nak terburai isi perut or demam menggigil2 sengal badan. Alah timah oiiii kenape di layankan sangat sakit2 ko tuh. Bangun je buat keja rumah biar berpeluh baru lega sakit

Quote sonatalady 27-8-2019 12:53 PM
Dua2 isu diatas..yg sokong lebih2 pn wanita juga.
Bak kata org...wanita hati lembut...sampai x nampak mana yg betul...yg sewajarnya.
Apalagi kalau wanita tu bbnu...
Quote tuberoses 27-8-2019 01:04 PM
CatMiow replied at 27-8-2019 11:39 AM
Biasala, perempuan ni kan satu fitenah.
Buat salah disisi agama, dinerakakan.   Buat talk kat ML s ...

wow, ada yg sokong?  giler puak2 yg sokong ni..sakit mental
Quote aurorayasmeen 27-8-2019 01:07 PM
Setuju je..betul la ape die ckp tu..yg burung bertebaran tu semua job lebat je..Bukan patut kna gam ke? Klu pompuan pencaras pon mmg kna bantai habis habisan..tp yg lakinye sedap aje..
Quote CatMiow 27-8-2019 01:14 PM
tuberoses replied at 27-8-2019 01:04 PM
wow, ada yg sokong?  giler puak2 yg sokong ni..sakit mental

Bagi aku,  LGBT juga satu masalah mental.

Tapi ramai je yg  sokong terang-terangan,  sampai ada yg sanggup di turunkan potretnya sebab netizen minta diturunkan gambar salah seorang LGBT untuk satu pameran suatu ketika dulu.
Quote beatgirlX 27-8-2019 01:15 PM
Sebenaenya dah makin ramai yg mcm ni..tgk je le yg kecam lgbt di kecam..
Quote namieamuro 27-8-2019 02:04 PM
yg penting, pompuan ape2 kne pakai tudong..lps tu kalau buat slh pun, org akan kate, kurg2 die bertudung..ha gitu komen acik fesbuk

society kite rendah lg awareness terhdp paedo..siap mtk bg peluang lg..kes smlm cikgu disiplin rogol cabul liwat bdk skolah rendah pn si peguam bela perempuan mtk dikurgkan hukuman sbb kesalahan pertama and sbb ade anak bini!?

mcmne dgn peluang yg dh diragut dr bdk2 tu utk hidup secara normal mcm bdk lain?
Quote lostfaith 27-8-2019 02:36 PM
Dosa tak pakai tudung dosa ngan Tuhan. Biarkan Tuhan sahaja yang hukum. Manusia lain tak payah sibuk jadi Tuhan. Dosa jadi pedo melibatkan penganiayan ke atas manusia yg lain. Lain sgt.
Quote Duta lover 27-8-2019 03:03 PM
Aku setuju je dgn tiz.
Bukan aku sokong perempuan buat dosa ke apa eik. Just isu2 berat mcm pedophile ni sgt bahaya. Kenapa dimaafkan???
Bukan kes suka sama suka..lgbt ke..seks luat tabie sesama dewasa ke apa.melibatkan kanak2...
Org isap dadah pun kita takleh trust kalau dia kata da pulih..nikan pulak org yg naluri seks dia kepada kanak2..
Quote MentariSenja 27-8-2019 03:41 PM
namieamuro replied at 27-8-2019 02:04 PM
yg penting, pompuan ape2 kne pakai tudong..lps tu kalau buat slh pun, org akan kate, kurg2 die bertu ...

Sick kan? At one time ngo2 ada lobby utk byk kan hakim syariah dari kalangan wanita. Iols sokong lah of course...iols sokong bukan sebab mereka ni lebih prihatin ya, cuma meols rasa wanita patut diberi peluang yg sama jika mereka ada kelayakan. Tapi dari segi mentality I tell u, sama jer...yg mentalitinya lagi bias dari judge lelaki pun ada.....malah ada kes peguam syarie wanita berpihak pada suami walaupun dia tu sepatutnya mewakili si isteri....sabar jelah.....kalau rajin  google kes aida melly...tengok barapa tahun dia tunggu utk dpt kan cerai.......itulah nasib seorang wanita
Quote Cpkay 27-8-2019 03:46 PM
i sokong u tiz.. jijik sangat pedo ni ..

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053777 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top