CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gelinya, Sayur Dan Produk Babi Dibawa Dalam Satu Lori

27-8-2019 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3616| Komen: 18

Description: Sejumlah 1,270 kilogram (kg) hasil pertanian dan makanan bernilai RM3,500 dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin d ...
Sejumlah 1,270 kilogram (kg) hasil pertanian dan makanan bernilai RM3,500 dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Terap. 


Memetik laporan Harian Metro lebih mengejutkan produk babi bercampur dengan sayur dalam satu lori yang sama. 

"Berdasarkan hasil pemeriksaan mendapati terdapat 200 kg bebola ayam, 150 kg sosej dan daging babi, 100 kg ikan basah, 100 kg ayam serta itik sejuk beku.

“Lori itu turut mengangkut 100 kg serai, 120 kg lengkuas, 70 kg cili padi dan 70 kg daun limau purut tanpa dokumen sah seperti permit import (IP) dikeluarkan jabatan kami.

Kredit foto: Harian Metro
“Selain itu, pengimport gagal mengemukakan dokumen seperti sijil fitosanitasi dari negara asal dan sijil kesihatan,” kata Pengarah MAQIS, Lily Rosalind.


Katanya lagi, rampasan hasil pertanian itu bertujuan mengawal kemasukan penyakit dan perosak dari negara luar yang boleh melumpuhkan industri negara. 

Manakala, rampasan produk babi bertujuan mengawal kemasukan produk babi dari negara yang berpenyakit dan penyebaran wabak African Swine Fever (ASF). 

“Semua rampasan akan ditahan dan dimusnahkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CatMiow 27-8-2019 01:10 PM
Ni kes nak kurangkan kos pengangkutan la kot.  
Quote dineo 27-8-2019 01:14 PM
klu ikutkan semua food lori kat mesia ni mmg kena halal compliance

tapi hanya kilang besar2 macam mnc ja yg enforce regulations ni on transporter sbb terikat dgn halal compliance

while pasar2 , kedai2 rumcit yg dipelopori ummah leluhur di malaysia , semua depa campoq p ja ... sapa tau ??
Quote sarah82 27-8-2019 01:21 PM
Salah satu sbb aku berhenti makan lokcheng siam sbb kes ni la.. Bahan bercampur.
Quote diggerr 27-8-2019 01:52 PM
Wehhhh... gelinyaaa
Quote RatuDunia94 27-8-2019 01:52 PM
dineo: klu ikutkan semua food lori kat mesia ni mmg kena halal compliancetapi hanya kilang besar2 macam mnc ja yg enforce regulations ni on transporter sbb t ...


Kannn... iols rasa mmg dh tercampur baur pon.m
Quote delsmomm 27-8-2019 02:06 PM
adoiiii...geli plk..

sbb tu la skrg nekad nak tanam sayur keliling rumah je..  
serai, cili, bayam & limau purut dah ada..
Quote daisy71 27-8-2019 02:33 PM
Bagus2 lpas ni banyak lah operasi macam ni... Tauke mau untung besar saja... Lepas tu meroyan pasal hak sana hak sini....
Quote cicicumel 27-8-2019 02:34 PM
jgn ckp geli nnt kamu dicop rasis sbb tu mknn mereka. jijik sgt ke smpai geli? hati perasaan mereka kena dijaga.
Quote mbhcsf 27-8-2019 02:36 PM
JAKIM QSR Halal  - please take note. Kementerian  yg mengawal selia barangan dan keselamatan barangan pengguna...


Ini ada implikasi tang sanitasi, hygiene and keselamatan makanan dan of course STATUS HALAL bhn makanan ini.

“Selain itu, pengimport gagal mengemukakan dokumen seperti sijil fitosanitasi dari negara asal dan sijil kesihatan,” kata Pengarah MAQIS, Lily Rosalind.


Katanya lagi, rampasan hasil pertanian itu bertujuan mengawal kemasukan penyakit dan perosak dari negara luar yang boleh melumpuhkan industri negara.


Manakala, rampasan produk babi bertujuan mengawal kemasukan produk babi dari negara yang berpenyakit dan penyebaran wabak African Swine Fever (ASF).


“Semua rampasan akan ditahan dan dimusnahkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.


Quote Madel 27-8-2019 02:38 PM
NSK tmpat aku ni sekali je aku pergi
Sbb viral pasal daging babi bercmpu2 dgn product basah lain.
Terus aku tak jejak dah..lgi pun majoriti pekerja warga asing..geli aku tenguk derang pegang n potong ayam, daging.
Quote mbhcsf 27-8-2019 02:38 PM
this is not to be taken lightly. walaupun nampak alaa makanan aje  gitu gitu well , ini bhn human consumption.
sometimes i wonder macam mane EU macam UK buat jaga kualiti dan keselamatan makanan depa.
Quote glump 27-8-2019 02:59 PM
Tak boleh mkn babi, ini bebola babi bawa sekali dengan ayam tak der masalah sbb x di makan atau kata ini utk kedai cina ma... Ayooo pulun putar belit punya.. Isi di sini sejauh manakah selamatnya bekalan makanan yg kita makan. .. Tiada siapa tau kandungan babi ke bukan, sembelih ke tidak, tahap racun....sibuk sgt nk melantak brg import
Quote Artemesiaa 27-8-2019 03:31 PM
Syabas buat MAQIS sebab dah menjalankan tanggung jawab yang diberikan.  Sekarang ni banyak negara kawal kemasukan bahan mentah terutama yang berasakan daging dalam apa bentuk pun untuk kawal penularan wabak penyakit
Quote nono86 28-8-2019 01:18 AM
Dah tak cukup ke babi dlm malaysia, sampai nak bawak masuk hat luar punya
Quote ikanmasin 28-8-2019 02:27 AM
baguslah dah dpt rampas dan dimusnahkan..
kalau tak mana kita tau benda2 tu bercampur aduk
pl kan...
Quote GigaMom 28-8-2019 02:33 AM
X kn semua brg tu 3500 shj
Quote am2020 8-9-2019 04:06 AM
tu yg kantoi..yg lepas ....malas nak komen lebih2
Quote Bunggah 18-11-2019 08:51 PM
Bekas lain2 ke? Dalam gambar mcm bekas lain, walaupon lori sama.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.050898 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top