CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

RM50 Punya Pasal, 9 Bulan Meringkuk Dalam Jeriji Besi

27-8-2019 06:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2400| Komen: 8

Description: Lelaki mengaku salah mencuri RM50 di dalam kereta milik seorang pendaki di Bukit Besar, Terengganu, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan.
Lelaki mengaku salah mencuri RM50 di dalam kereta milik seorang pendaki di Bukit Besar, Terengganu, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan.

Sinar Harian melaporkan, Mohd Nor'Azmi Zulkifli, 34, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.


Mengikut pertuduhan, kira-kira jam 9 pagi pada 30 Julai lalu, tertuduh didakwa mencuri RM50 di dalam Proton Iswara milik Kamarul Muda, 46, di kawasan parkir di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.


Kredit foto: Sinar

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama.

Manakala, bagi kesalahan kedua Mohd Nor'Azmi boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, Kamarul yang turun dari bukit berkenaan dan menuju ke keretanya melihat seorang lelaki tidak dikenali (tertuduh) sedang duduk di tempat duduk pemandu sambil menyelongkar keretanya.


Sebaik ditegur pengadu yang kemudian memberitahu kereta itu miliknya, tertuduh melarikan diri dengan sebuah Perodua Viva berwarna putih yang diletakkan di kawasan berhampiran.

Apabila diperiksa, pengadu mendapati RM50 sudah hilang dipercayai dicuri tertuduh. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote diggerr 27-8-2019 06:32 PM
{:thief{:thief
Quote Carcosa 27-8-2019 10:03 PM
Ya hamponnnnn {:freak Ada kereta, tapi kelepet RM50 duit org. A few minutes punya stupidity membuahkan 9 bulan. Tahniah.
Quote manjalara_01 27-8-2019 10:37 PM
curi rm50 dah same level dgn pedo "genius" tu...duk 9 bulan jgk dlm penjara..

sadis & not sadis....same je...hukuman...
Quote manjalara_01 27-8-2019 10:44 PM
Quote hayrin86 28-8-2019 08:31 AM
Berhari Merdekalah dalam lokap jawabnya
Quote Mary_jane 28-8-2019 09:21 AM
Haha persis mat over tu buatkan i klik thread ni.
Quote Foxey 28-8-2019 12:56 PM
Tak berbaloi kan curi rm50 duduk penjara 9 bulan. Takpala brader, moga insaf
Quote ikanmasin 28-8-2019 02:55 PM
hrp2 insaf lah..jd kan pengajaran

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.059410 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top