CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Celup Tepung Je Sotong Tak Guna Ni" - Ramai Panas Bila Aplikasi Perbankan CIMB Clicks Offline

28-8-2019 10:52 AM| Diterbitkan: hilmyhalimunan| Dilihat: 6112| Komen: 19|Original author: Oleh: Eddie Edmund

Description: Aplikasi perbankan atas talian adalah sebuah aplikasi yang bertujuan memudahkan setiap penggunanya melakukan segala urusan perbankan dengan cepat dan mudah.
Aplikasi perbankan atas talian adalah sebuah aplikasi yang bertujuan memudahkan setiap penggunanya melakukan segala urusan perbankan dengan cepat dan mudah. 

Hanya berbekalkan telefon pintar dan talian Internet yang stabil, segala urusan perbankan terdapat di hujung jari sahaja. 

Namun, apalah ertinya jika aplikasi tersebut sering mengundang masalah kepada pengguna?

Kecoh di laman Twitter baru-baru ini apabila aplikasi perbankan atas talian CIMB Clicks yang sedang melalui proses penyelenggaraan menyukarkan pengguna-penggunanya untuk mengakses akaun mereka melalui aplikasi itu. 

Ini secara tidak langsung telah mengundang kemarahan ramai pengguna aplikasi tersebut.


Sumber: Twitter






Sumber: Twitter

Malah, ada pihak yang mempersoalkan mengenai bayaran terhadap servis yang mereka terima daripada CIMB seakan-akan tidak berbaloi apabila aplikasi CIMB itu sendiri sering mengundang masalah.


Sumber: Twitter

Namun, di sebalik kekecohan terhadap masalah penyelenggaraan aplikasi CIMB Clicks ini, ada juga netizen yang bersikap positif dan bersangka baik.


Sumber: Twitter

Apapun yang berlaku, diharap pengguna CIMB Clicks dapat bersabar dengan permasalahan ini dan dinasihatkan untuk menggunakan alternatif lain seperti melayari laman web CIMB ataupun menggunakan CIMB EVA sebagaimana yang dicadangkan pihak CIMB Bank sendiri.


Sumber: Twitter

Anda pula bagaimana? Pernah mengalami masalah ketika hendak menggunakan aplikasi CIMB Clicks atau mana-mana perbankan atas talian? Jika pernah, kongskikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fleur81 28-8-2019 11:00 AM
Patutla nak bayar bil semalam tak lepas
Quote airisa 28-8-2019 11:22 AM
dah la kalau bayar credit card di cdm & kaunter kena charge lebih .. mengarut la cimb skrg ni

vss skrg ni dah berjaya buang berapa org di cimb??
Quote matchstick 28-8-2019 11:33 AM
sotong celup tepung mmg sedap..tapi sotong putih la.

sotong merah ni celup tepung pun x sodap..mmg xguna betol lah
Quote Cpkay 28-8-2019 12:22 PM
sehingga saat ini masih blum ok lagi..
tak dapat lagi nak bayar bill bill.
Quote sarah82 28-8-2019 12:31 PM
Semoga harimau tak buat perangai mcm sotong..
Quote fliphair8 28-8-2019 12:39 PM
aku kagum ngan rakyat mesia ni, bila jadik benda2 macam ni level of troll tu mmg tak menghampakan. keep it up malaysian, biar sotong dah digoreng, rakyat tetap takleh digoreng.
Quote kechikchomel 28-8-2019 02:18 PM
semalam bayar bill guna cimbclicks. 2 kali try tak dapat.pastu logout then log in balik. yg log in kali ke 2 tu pun 2 kali try baru lepas.
ingatkan line internet iolss yg problem.
Quote Loloq89 28-8-2019 02:22 PM
cimb pnye sistem cm anat
Quote cikatilia 28-8-2019 02:46 PM
mmg nak buat hal time gaji time bayar bill??


Quote diggerr 28-8-2019 02:53 PM
Apps paling teruk
Quote chicozinn 28-8-2019 03:16 PM
harimau mne boleh buat perangai sbab dia bank paling bsar kat malaysia walaupun bank paling kaya Public Bank..cuma rengsa skit bila rimau wat benda baru slalu bank2 lain nak ikut gak
Quote dekmieDandy 28-8-2019 03:26 PM
hurmm sebab tu lepas dapat gaji terus transfer duit for monthly commitment kat maybank

sebab da tahu benda ni akan jadi

sib baik gaji masuk awal sikit dari orang lain
Quote nazzse 28-8-2019 05:36 PM
Benda2 bank ni I prefer maybank..pakai apps senang, pakai browser pun senang...pernah guna cimb, BIMB macam hanat..last2 ak tutup terus, tak sakit hati
Quote epis 28-8-2019 06:59 PM
Mmg geram tu smlm dah la urgent nk transfer duit, blh lak bt hal urghhh...
Quote Rogue98 28-8-2019 09:05 PM
Bab system ni kena sabar jer lah. Aku percaya pihak bank dah buat yang terbaik. Sebab apa2 hal dgn system mereka jugak susah.
Quote fish 29-8-2019 01:30 PM
mobile app saja kan? sbb aku ada jg guna, mobile mmg tak lps
tp ada msg bgtau guna platform lain, lpa dah ayat dia, tp maksudnya mcmtu la lebih kurang
aku guna pc, elok saja boleh guna mcm biasa
Quote intan_smsb 29-8-2019 02:01 PM
ooo nasib aku da setel bayar bil jumaat lepas pki cimb
Quote merrissa 30-8-2019 09:04 PM
Apa la asyik masalah je cimb ni.. sib bek ak gune maybank
Quote Itzy 2-9-2019 04:00 PM
Sebelum ni sistem cimb pernah down banyak kali dah. Selalu bila aku nak beli barang online dan pilih bayar secara atm online tetiba gambar cimb click tak keluar atau kabur sebab tak boleh guna. Kali ni masalah serius kot sebab dekat sehari suntuk tak boleh guna mengikut portal site amazingnara.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059397 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top