CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Power Root Lancar Jenama “Warung” Dari Alicafé Dan Alitéa

28-8-2019 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3171| Komen: 6

Description: Bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur, Power Root Berhad baru-baru ini telah mengadakan satu majlis bersama media, sempena Majlis Perlancaran jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alit ...
Bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur, Power Root Berhad baru-baru ini telah mengadakan satu majlis bersama media, sempena Majlis Perlancaran jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa.


Dewasa ini, Alicafé dan Alitéa telah menjadi pilihan utama tempatan menerusi siri Tongkat Ali Dan Ginseng, berikutan rumusannya yang mengandungi herba semulajadi Tongkat Ali dan Ginseng.

Siri Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) ini adalah didatangkan dalam beberapa varian iaitu:

Kopi Alicafé TAG – Original, Original 20g, Lebih Pekat, Karamel dan Kopi Putih;
Teh Alitéa TAG - Tarik 30g dan Tarik 20g



Pengerusi Bersama Power Root Berhad – Dato’ Afifuddin bin Abdul Kadir, dalam kata aluannya telah meluahkan rasa bangganya di atas kejayaan Alicafé Tongkat Ali dan Ginseng (TAG) yang merupakan Kopi Pracampur Tongkat Ali & Ginseng No.1 di Malaysia. Kempen “Kami Nak! Kami Nak! Kami Nak…Alicafé!” yang baru dilancarkan di bulan Mac lalu telah dapat mengungguli pasaran tempatan dengan kenaikan peratus jualan melebihi 30% (peratus) pada suku tahun pertama berbanding tahun lalu.

Beliau juga mengumumkan bahawa Power Root dengan gembiranya akan melanjutkan kerjasama dengan Artis No.1 Malaysia Alif Satar selama 2 tahun lagi.

Dan kini, Power Root mengorak langkah lebih jauh dengan memperkenalkan pula jenama “WARUNG” dari Alicafé dan Alitéa” – Rasa Halus. Kaya Aroma.

Jenama ini yang tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng, telah dilancar menggunakan konsep “Macam Dolu-Dolu”, yang juga merupakan slogannya, mengajak para pengguna untuk mengimbas kenangan menikmati minuman sambil bersantai, seperti yang dilalui oleh generasi terdahulu, di warung-warung, satu ketika dahulu.



Pengerusi Bersama Power Root Berhad, Y.A.D. Tengku Dato' Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, dalam kata aluanya menjelaskan bahawa jenama “Warung” tidak mengandungi herba Tongkat Ali atau Ginseng”

Perlantikan Pengerusi Terbaharu Power Root Berhad

Power Root Berhad juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan perlantikan Pengerusi Bersama terbaharu Y.A.D. Tengku Dato' Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, yang akan bergandingan dengan Pengerusi Bersama semasa, Dato’ Afifuddin bin Abdul Kadir, di dalam menerajui jenama Alicafé, Alitéa, Per’l, Extra Power Root, dan Oligo untuk mengembangkan pasaran Power Root di Malaysia dan di negara-negara lain seperti di Eropah, Timur Tengah, Afrika, China & Asia Tenggara.

Y.A.D. Tengku Dato' Setia Putra Alhaj bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, dalam ucapannya, telah memperkenalkan jenama “Warung” dari Alicafé dan Alitéa. Jenama “Warung”, keluaran terbaru Power Root tidak mengandungi sebarang herba Tongkat Ali atau Ginseng. Siri ini kaya dengan aroma serta rasanya yang halus ini, kini boleh didapati di pasaran dalam variasi berikut:

1.  Alicafé “Warung” Kopi-O - Perisa terbaru dikeluarkan Kopi-O KAW tradisional
2.  Alicafé “Warung” Kopi Putih - Mengandungi krimer susu segar untuk rasa yang cukup halus dan ringan
3.  Alicafé “Warung” Kopi Putih Kaw – Mengandungi krimer susu segar untuk rasa yang cukup halus dan ringan dengan rasa yang lebih KAW yang rasa betul-betul KAW kopi.
4.  Alicafé “Warung” Klasik – Yang suka rasa kopi rasa klasik
5.  Alitéa “Warung” - Yang minat kepada Teh Tarik


Alif Satar Sebagai Duta Alicafé

Penyanyi, Pelakon dan Pengacara popular tanahair, Alif Satar, atau nama sebenarnya Muhammad Alif Bin Mohd Satar, sekali lagi telah dipilih untuk menjadi Duta Alicafé, setelah mendapat penghormatan tersebut selama 2 tahun.

Alif Satar mula mencipta nama dalam bidang seni tanahair setelah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian yang mendapat perhatian ramai – One In A Million pada tahun 2006. Beliau memiliki deretan lagu hits seperti Sesungguhnya Aku, Khayal, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku selain lagu duet Selamanya Cinta (Bersama Shila Amzah) dan Sebenarnya (Bersama Siti Nordiana).

Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, beliau telah diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Telenovela 2017. Lagu dendangan beliau – Sesungguhnya Aku juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 di ERA Digital Music Awards 2018.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 28-8-2019 04:46 PM
suka tgok iklan alicafe warung tu..yg iras arwah P Ramlee tu btul la da cam hidup semula lak arwah ni..muka n sore da seiras..kalu kurus skit da cm p ramlee masa memuda dulu..
Quote Nenolen 28-8-2019 04:54 PM
Betui3...kaka pun suka sgt iklan Alicafe Warung...kat youtube kaka tak pernah skip...sekarang nie pun pepagi minum kopi warung sambil nyanyi mcm dolu2
Quote CiliPadiSedap 28-8-2019 05:07 PM
kaka tak suka power root minum terus keras cokeng
Quote Boomibulat 28-8-2019 05:23 PM
CiliPadiSedap replied at 28-8-2019 05:07 PM
kaka tak suka power root minum terus keras cokeng


Kaka minum kacip patimah kasi lembik balik..
Quote RatuDunia94 28-8-2019 05:58 PM
Dulu budak2 AF pernah jd duta Ali Cafe ni...
Quote diggerr 28-8-2019 09:30 PM
Macam dolu dolu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.224159 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top