CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Obses Anak Sendiri Ke Tu" - Selalu Muat Naik Gambar Anak, Ada Yang Rentan Dengan Tokti

30-8-2019 09:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 17178| Komen: 117|Original author: natrahn

Description: Penyanyi tersohor tanahair, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 40, mengenai dakwaan segelintir netizen dia obses terhadap anaknya, Siti Aafiyah Khalid yang kini berusia 17 bulan.“TIDAK ada istilah ob ...


Penyanyi tersohor tanahair, Dato' Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menafikan mengenai dakwaan segelintir netizen dia obses terhadap anaknya, Siti Aafiyah Khalid yang kini berusia 17 bulan.

"Tidak ada istilah obses terhadap anak sebenarnya. Lagipun jika saya obses dengan Siti Aafiyah pun tidak mengapa kerana saya menunggu kehadirannya selama 11 tahun," katanya memetik laporan Harian Metro.


Menafikan dirinya bersikap begitu, Siti Nurhaliza bagaimanapun menjelaskan, perkongsiannya mengenai Siti Aafiyah Khalid, 1, merupakan kegiatan normal seorang wanita bergelar ibu.


Tujuan muat naik foto dan video Aafiyah di laman IG adalah kerana beliau tidak mahu ketinggalan mengabdikan saat-saat indah melihat anaknya membesar terutama sekali apabila beliau sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan kadangkala terpaksa ke luar negara.

Siti berkata, netizen yang mendakwa dia sangat obses dengan anaknya mungkin lebih bernasib baik dan dikurniakan rezeki memiliki ramai anak. 


Siti Nurhaliza bertegas, dia bebas berkongsi apa sahaja mengenai Aafiyah malah telah menanti selama 11 tahun untuk bergelar ibu.

"Lama saya tunggu Aafiyah, selama 11 tahun saya menanti saat untuk menjadi ibu. Beginilah, kalau tidak suka jangan tengok," jelasnya lagi.

Kredit Foto : Instagram Siti Nurhaliza - Aafiyah

Minat Siti terhadap aktiviti berbasikal juga menarik perhatian netizen di mana ada dalam kalangan mereka sanggup menyelidik harga tayar basikal digunakan termasuk jam tangan dipakai Siti. 

Sabarlah Tokti. Jadi selebriti memang jadi tumpuan peminat samada dipuji atau dikeji. Asam garam kehidupan sebagai artis. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PrincesCity 30-8-2019 09:57 AM
dah kenapa zeless ngan tok ti????biaqqq pi kat dia lahhh...iolls suka tgok anak sheolls cute gitewwwww....
Quote kucingitam 30-8-2019 10:03 AM
biarlah, anak dia..kau pun ada anak mesti upload gambar anak ko gak...ni yang jeles ni mesti takde anak lagi ni
Quote Acikgomen 30-8-2019 10:04 AM
Yang wartawan cari neh ponnnnnnn
Ko takde citer lain ke nak up pasai retis neh melainkan apa kata netizen jeh

Apoooo
Quote Nurul8001 30-8-2019 10:06 AM
Memang dia obses dgn anak dia. Standard la mak2. Kita semua pun obses dgn anak kita jugak, tapi tak dapat liputan sbb tak glamour. Takmau  tengok cik piyah, tak payah stalk. Simple.
Quote chicozinn 30-8-2019 10:07 AM
bior ler piyah oyen tu kiut pe..lagipun mmg betul ctcaras ni menunggu sampai 11 tahun haruslah obses ngn piyah oyen yachhhh
Quote kibodwatriuh 30-8-2019 10:13 AM
Normal jah dia punya frekuensi upload tentang anak dia. Orang lain lagi kemain. Bodoh punya komen tak patut dapat perhatian in the first place pun.
Quote YomiuriLandMae 30-8-2019 10:28 AM
First of all lantak dia la kalo ye pun dia nak share psl aafiyah 24/7.. sbb dia siti nurhaliza.. dia pun ada ckp kalo x suka x yah tgk.. x yah nak jd mcm hijau kertas tu..
Quote hasniey 30-8-2019 10:29 AM
Kejinye.anak sendiri kot.ygbukan retis pon beratus2 gmbo anak up dkt ig.
Ig ai pon kalau bukan gmbr makanan mesti gmbar anak2 sedara.
Quote lonely_surina 30-8-2019 10:32 AM

antara anak yg bertuah ada mak penyanyi TERsohor, kaya raya, kakak2 ipar yg cantik2 semua nya..
pengasuh dia pun cantik..
Quote grizz 30-8-2019 10:34 AM
msti dato k dh approved smue gambo yg nk post tu..so xde hal la..
Quote afie_m 30-8-2019 10:39 AM
adatlah ...kita pun kalau anak baru sorang gitulah ragamnya...lagi2 bila dah lama sangat baru nak ada...
Quote orglama 30-8-2019 10:43 AM
aku bukan peminat tok ti tp aku nak ckp yg netizen2 yg ckp mcm tu mmg BODOH
Quote Rainrein 30-8-2019 10:47 AM
Bodonye sape komplen tu, anak sendiri kottt. Tunggu kemain lama, bia la dia enjoy. Dulu upload selfie je, now better kot dia upload pic anak dia.
Quote Kurex 30-8-2019 10:52 AM
Makin tak minat dia ni..
Quote Yokot 30-8-2019 10:58 AM
Iols jadi subscriber ytube SIti pun pasal Aafiyah. Wlau ada yg kata fiya tak comel pada ai comel je. Fiya pun nampk bijak dan cerdas. Ai lucu tengok mukanya yg nampak garang tu
Quote arnova 30-8-2019 11:00 AM
Yokot replied at 30-8-2019 10:58 AM
Iols jadi subscriber ytube SIti pun pasal Aafiyah. Wlau ada yg kata fiya tak comel pada ai comel je. ...

ye btol..yang penting anak dia nampak bijak dan cerdik compare anak retis lain
Quote kiyudi 30-8-2019 11:06 AM
dengki la tu netizen...

tokti kaya, famos......kau ada apa??  heheeeee
Quote whadda 30-8-2019 11:08 AM
klo dah rengsa sangat jangan la follow.. normal lah dia selalu upload pasal anak.. cuma celebrity lain buat akaun khas tuk anak.. nampak bijak anak dia.. terutama kalau nak barang.. pleaseeee
Quote hzln 30-8-2019 11:24 AM
Walau akak antara haters ctlijah ni tapi bab anak ni lantak dia lah. Dah anak dia, normal la nak obses pun. Lain la kalu obses dgn somi kakak angkat sendiri. Atau obses selfie mulut itik acah comel. Hat tu mmg layak dicerca

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053344 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top