Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Boleh Buat Pembayaran, WhatsApp Bakal Lancar Ciri Terbaru Menjelang 2020!

18-9-2019 10:41 AM|Oleh: Akasha| Komen: 3

Menjelang 2020, WhatsApp beralih tumpuan untuk meningkatkan kestabilan dan ciri-ciri yang ada pada applikasi tersebut supaya lebih mudah digunakan dan mesra pengguna selain berkongsi gambar dan video. 

Update terbaru dari WhatsApp ini dikemas kini mengikut trend dan permintaan.


Kredit foto: AndroidAuthority

WhatsApp sedang berusaha unuk menambahkan beberapa ciri baru pada applikasi tersebut untuk kedua-dua pengguna Android dan iOS iPhone. Ini antara ciri baru yang bakal diperkenalkan kepada pengguna.


Boomerang

Pernah buat looping videos di Instagram, kan? Dengan update baru ini, pengguna boleh berkongsi boomerang video di applikasi WhatsApp, tapi kali ini dengan versi beta yang dikemas kini. WhatsApp boomerang hanya membolehkan pengguna untuk merakam video kurang dari 7 saat sahaja.

Pengguna boleh berkongsi video boomerang sebagai update status ataupun kongsi terus dengan kenalan sebagai mesej. Dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna iOS dahulu diikuti Android.


Memoji

Apple sudah melancarkan ciri Memoji ini pada tahun lepas, iaitu rupa bentuk Animoji terbaru yang mana pengguna boleh mencipta dan mereka mengikut pilihan merekan sendiri. 

Berikutan itu, applikasi WhatsApp akan tersedia Apple's Memoji ini untuk dikemas kini. Tapi, ciri ini hanya disediakan untuk WhatsApp iPhone sahaja.


Kredit foto: AndroidAuthority


Whatsapp Payment

Mengikut laporan Hidustan Times, WhatsApp mengesahkan akan melancarkan WhatsApp Pay service di India dahulu pada tahun ini. Serupa dengan platform UPI lain, WhatsApp Pay sudah tersedia untuk beberapa pengguna di India sebagai ujian beta. 

WhatsApp pay akan bersaing dengan platform bayaran lain seperti Paytm dan Google Pay.


Multi-platform support

Kemas kini WhatsApp seterusnya membenarkan pengguna untuk mengakses akaun WhatsApp pada dua peranti berlainan serentak menerusi Web Whatsapp di komputer desktop.

Menurut laporan, pengguna juga boleh mengakses akaun WhatsApp pada iOS dan Android pada masa yang sama. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 3
Komen

Previous : "Lakukan Ini Masa Jumaat" - Kenapa Hari Jumaat Sangat Dimuliakan Dalam Islam?

Next       : Apa, Dapat Ayam KFC Kecil? Ini Tip Yang Perlu Anda Tahu Bila Beli KFC

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 18-9-2019 01:21 PM
Tetap lah iols ekslusifkan diri iols utk di add di mana2 group! Sorry ler

Lain-lain Komen

Quote Suchi 18-9-2019 11:43 AM
Tetap tak sebest telegram.

Masalahnya telegram tak ramai plak yg install terpaksa la juga guna whatsapp gak terutama tuk grup pemeli bagai.
Quote KIM.K 18-9-2019 12:05 PM
Meniaga di whatsapp membuatkan aku campak buang 4-5 jenis fon
Fon hang pasal terlalu aktif data banyak memory penuh terus tak boleh bukak dah. Kena beli lain
Quote RatuDunia94 18-9-2019 01:21 PM
Tetap lah iols ekslusifkan diri iols utk di add di mana2 group! Sorry ler

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090383s Gzip On
To Top