CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Kemelut Asif Dan Syahmi Selesai - Asif Bakal Berlakon Kembali

11-9-2019 10:51 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 20407| Komen: 130|Original author: natrahn

Description: Siapa yang tidak kenal dengan trio Youtubers Malaysia iaitu Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey yang memiliki pengikut lebih 1 juta. Umum sedia maklum, Asif yang menghidap mild autism diperkenalk ...
Siapa yang tidak kenal dengan trio Youtubers Malaysia iaitu Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey yang memiliki pengikut lebih 1 juta. Asif yang menghidap mild autism diperkenalkan Syahmi Sazli dalam Drama Spontan menjadi popular dan diminati ramai.



Kredit Foto : Instagram Syahmi : Yoe Parey, Syahmi Sazli dan Asif Suhaimi

Syahmi Sazli selaku 'majikan' Asif membayar hasil kerja remaja itu melalui tanggungan perbelanjaan barang dapur, keperluan harian, pakaian dan bayaran RM200 untuk setiap lakonan Drama Spontan. Kesemua bayaran tersebut diberikan kepada bapa Asif.

Kredit Foto : Instagram Syahmi : Syahmi Sazli dan isteri, Anissa Faizul

Namun, sejak akhir-akhir ini timbul pula isu mengenai bayaran dan kebajikan Asif. Kakak Asif, Siti Nur Atina Suhaimi, 30 turut mempertikaikan tanggungjawab Syahmi selaku majikan kepada remaja berkenaan.

Rupa-rupanya konflik tersebut berpunca dari salah faham yang ditimbulkan oleh bapa Asif sendiri. Susulan daripada isu ini, Syahmi memberi bayangan bahawa Asif berkemungkinan tidak lagi berlakon di dalam Drama Spontan. 



Ekoran itu, Tina telah memohon maaf pada Syahmi dan isterinya Anissa dan mereka telah bersemuka bagi menjernihkan salah faham tersebut.


Hasil pertemuan mereka, Tina berkata Asif dibenarkan untuk kembali berlakon menerusi produksi milik Syahmi. Satu perjanjian bertulis dan kontrak dibuat khusus mengenai bayaran demi kepentingan dan kebajikan Asif. 

Asif dan Syahmi kembali bergabung dan karier Asif  akan diuruskan oleh kakaknya Tina. Peminat pasti tidak sabar melihat gandingan Syahmi dan Asif dalam drama spontan yang akan datang. - CARI 



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chicozinn 11-9-2019 11:05 AM
sape ni apsal aku xkenal?
Quote gugunogaga 11-9-2019 11:11 AM
Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu
Quote natrahn 11-9-2019 11:13 AM
Edited by natrahn at 11-9-2019 11:14 AM
chicozinn replied at 11-9-2019 11:05 AM
sape ni apsal aku xkenal?

youtuber malaysia yang baru dpt anugerah trofi emas dr youtube sbb dah ada 1 million subscriber.

Quote anony-mous 11-9-2019 11:14 AM
haritu tiba2 utube bg suggestion video diaorang ni, view punya la ramai ingatkan best. Rupanya karya sampah sesampah nya. Yoe tu ermmmm dah la x **** , x kelakar pulak tu. Annoying gila.
Quote ibu_haritz 11-9-2019 11:15 AM
gugunogaga replied at 11-9-2019 11:11 AM
Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu

kannn..tp kwn aku kemain mengekek gelak..ke urat gelak aku dah putus???

Quote anony-mous 11-9-2019 11:15 AM
gugunogaga replied at 11-9-2019 11:11 AM
Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu

Tau xpe. Sumpah sikit pon xbest. Xkelakar kalau best xpe, ni best pon x. Jauh la level dgn kokom etc.
Quote natrahn 11-9-2019 11:18 AM
anony-mous replied at 11-9-2019 11:15 AM
Tau xpe. Sumpah sikit pon xbest. Xkelakar kalau best xpe, ni best pon x. Jauh la level dgn kokom e ...

rasa cam diskriminasi kat OKU ..tapi syahmi kira bagi job kat yoe n asif ni .. dapat la duit sikit2 bantu keluarga dorang
Quote nazzse 11-9-2019 11:20 AM
gugunogaga: Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu

Iols follow dieorg sebab lawak spontan tu je, tu pun sebab asif tu je..kelakar budak tu..yg lain2 tak tengok, tak lawak langsung
Quote archerfahid 11-9-2019 11:25 AM
X kenall lgsg..sorry
Quote Bunga88 11-9-2019 11:27 AM
Elok la dh berbaik. Rm200 tu mcm sikit klu ikutkan.
Quote natrahn 11-9-2019 11:30 AM
Bunga88 replied at 11-9-2019 11:27 AM
Elok la dh berbaik. Rm200 tu mcm sikit klu ikutkan.

dorang tanggung benda lain lagi... bagi hp pak asif pi jual...pastu minta duit je kat syahmi
Quote chicozinn 11-9-2019 11:31 AM
gugunogaga replied at 11-9-2019 11:11 AM
Nape meols tak pernah rasa deols ni kelakar?.. Sejenis lawak bodoh macam si amir raja lawak tu

kan?pernah tgok skali tapi xhabis..siyes xklakar langsung..mgkin aku jnis bukan mudah terhibur ngan lawak camdoh ni

Quote Bunga88 11-9-2019 11:32 AM
nyaknyo
Quote nuril86 11-9-2019 11:33 AM
natrahn replied at 11-9-2019 03:30 AM
dorang tanggung benda lain lagi... bagi hp pak asif pi jual...pastu minta duit je kat syahmi

bapaknye pegi jual hp anak mcm2 hal....
Quote Madel 11-9-2019 11:34 AM
Siapa pulak makhluk ber3 ni
Senang betul nak jadi famous kat Msia ni
Buat benda2 bodo, mengarut2..viral
Quote nuril86 11-9-2019 11:34 AM
to be honest... mmg x klakar pon video2 yg dia buat .. mcm krik2 pon ade... atw mungkin suis kelakar dlm diri aku ni x berfungsi .. kowtla kan...
Quote MadameOnion 11-9-2019 11:36 AM
who are yusssssssss
Quote harubom 11-9-2019 11:38 AM
Tgk trending igtkan kelakar. Dahlah x kelakar mcm exploitasi budak2 autism tu pulak tu. Sumpah x kelakar
Quote kualibesi 11-9-2019 11:39 AM
natrahn replied at 11-9-2019 11:30 AM
dorang tanggung benda lain lagi... bagi hp pak asif pi jual...pastu minta duit je kat syahmi

seems like mcm bapak die bermasalah kn, mcm xpernah cukup duit. mntk dgn syahmi pun yer, mntk dengan anak sendiri pun yer. so bapak nye xkeje laa sbnr nya?

Lihat semua komen(130)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054882 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top