CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Apa Salahnya Sokong Barang Keluaran Bumiputera?" - Pengarah Urusan Mydin

3-9-2019 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 18594| Komen: 188

Description: “Apa salahnya memberi sokongan kepada barangan keluaran bumiputera, bukankah ia merupakan inisiatif kemakmuran bersama yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Itulah yang dikatak ...
“Apa salahnya memberi sokongan kepada barangan keluaran bumiputera, bukankah ia merupakan inisiatif kemakmuran bersama yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."


Itulah yang dikatakan oleh Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin.

Katanya, sokongan membeli barangan bumiputera tidak sepatutnya disalahertikan atau dipolitikkan, seperti yang dilaporkan Malaysia Gazette. 

Foto: Iluminasi

“Tiada istilah boikot pun kerana produk-produk halal keluaran usahawan bukan bumiputera tidak terjejas pun.

“Macam inilah, saya beri contoh mudah. Adakah dengan membeli barang-barang yang dijual oleh peniaga Melayu di pasar malam, bermakna orang Melayu boikot barangan yang boleh didapati di pasar-pasar raya, tidak kan. Samalah seperti sokongan kepada membeli barangan keluaran bumiputera ini.


“Kita beli bukan sahaja sebagai tanda memberi sokongan kepada peniaga berkenaan, kita juga menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik buat peniaga-peniaga kecil ini.

“Apabila kehidupan mereka lebih baik, mereka juga boleh menyumbang kepadap pembangunan ekonomi negara. Kalau kehidupan rakyat lebih baik, bukankah itu lebih baik?” katanya kepada portal berkenaan. 

Foto: Awani

Katanya lagi, tidak timbul isu boikot jika sokongan yang diberikan ini bertujuan memberi galakan kepada usahawan baharu bumiputera. 

“Kalau hendak boikot, lebih baik boikot Giant, Tesco ke yang sudah tentu dimiliki oleh orang luar.

“Adakah kedai yang dimiliki oleh bukan bumiputera seperti 99 Speed Mart jualannya terjejas, tiada kan, jadi buat apa hendak perbesar-besarkan isu yang tidak wujud,” katanya lagi. - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harizs 3-9-2019 07:37 AM
Edited by FanTasyCreaTioN at 3-9-2019 05:58 PM

‘APA SALAHNYA SOKONG BARANGAN KELUARAN BUMIPUTERA?
September 2, 2019

CEO Mydin Holdings Sdn Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kempen sokongan terhadap produk keluaran Muslim atau Bumiputera tidak wajar dilihat dari sudut sempit kerana ia menyumbang kepada perkongsian kemakmuran ekonomi dalam negara.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya kempen berkenaan tidak disalahertikan, apatah lagi dipolitikkan memandangkan ia bukan perkara baru dalam negara ini.



Lagipun, kata beliau, secara prinsipnya, sokongan membeli barangan keluaran muslim atau bumiputera adalah sama seperti kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang dilaung-laungkan sejak dahulu lagi.

“Apa salahnya memberi sokongan kepada barangan keluaran bumiputera, bukankah ia merupakan inisiatif kemakmuran bersama yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



“Tiada istilah boikot pun kerana produk-produk halal keluaran usahawan bukan bumiputera tidak terjejas pun.

“Macam inilah, saya beri contoh mudah. Adakah dengan membeli barang-barang yang dijual oleh peniaga Melayu di pasar malam, bermakna orang Melayu boikot barangan yang boleh didapati di pasar-pasar raya, tidak kan. Samalah seperti sokongan kepada membeli barangan keluaran bumiputera ini.



“Kita beli bukan sahaja sebagai tanda memberi sokongan kepada peniaga berkenaan, kita juga menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik buat peniaga-peniaga kecil ini.

“Apabila kehidupan mereka lebih baik, mereka juga boleh menyumbang kepadap pembangunan ekonomi negara. Kalau kehidupan rakyat lebih baik, bukankah itu lebih baik?” soalnya dipetik portal MalaysiaGazette.



Amer yang juga Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera menambah, jika sokongan itu dilihat secara positif, ia menggalakkan perkongsian kemakmuran dalam kalangan usahawan-usahawan baharu bumiputera untuk menghasilkan produk.

Ia sama seperti mana pembabitan pengilang-pengilang bukan bumiputera yang sudah lama berkecimpung dalam industri ini.

Menurut Amer, dengan adanya pengeluaran barangan daripada usahawan bumiputera ini, ia memberi peluang kepada golongan bumiputera untuk berjinak-jinak dan berkecimpung dalam perniagaan ini.



Perkara ini tidak sepatutnya diperbesar-besarkan atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana situasi ini adalah satu senario perubahan dalam ekonomi.

“Cuma, dengan sokongan ini, pembeli bumiputera mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan barang-barangan berdasarkan harga, kualiti, saiz dan jenis barangan,” ujarnya.

Apabila banyak yang dikeluarkan, golongan yang berpendapatan rendah atau B40 juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan barangan pada harga lebih rendah.

“Golongan yang ada duit mungkin tiada masalah untuk mendapatkan barangan yang diperlukan tetapi bagi B40 pilihan mereka terhad.



“Jadi dengan adanya lebih banyak penyertaan bumiputera dalam bidang peruncitan ini, ia baik untuk golongan berpendapatan rendah yang pendapatan boleh guna mereka cukup terhad,” ujarnya.

Selain itu, kata Amer, ia juga mendidik golongan peniaga dan usahawan baharu bumiputera untuk terus kompetitif dalam bersaing dalam industri ini.

Amer yang mengikuti isu ini berkata, tidak timbul isu boikot jika sokongan kepada barangan keluaran bumiputera bertujuan memberi galakkan kepada usahawan berkenaan.

“Kalau hendak boikot, lebih baik boikot Giant, Tesco ke yang sudah tentu dimiliki oleh orang luar.

“Adakah kedai yang dimiliki oleh bukan bumiputera seperti 99 Speed Mart jualannya terjejas, tiada kan, jadi buat apa hendak perbesar-besarkan isu yang tidak wujud,” tambahnya.

Dalam pada itu, Amer turut menegur media sosial yang memperhebatkan sokongan belian barangan buatan bumiputera agar berhati-hati dengan maklumat yang disalurkan.



Katanya, ada maklumat tentang produk yang salah dan tidak tepat.

“Ada keluaran barangan yang dikeluarkan oleh peniaga bukan bumiputera tetapi dikatakan milik bumiputera hanya dengan penguasaan 30% oleh entiti bumiputera. Itu salah. Pemilikan 30% kepentingan bumiputera dalam syarikat bukan bumiputera tidak menjadikan syarikat tersebut milik bumiputera.

“Ada pula barangan keluaran milik syarikat berkaitan kerajaan dikatakan dipunyai syarikat asing disebabkan pemilikan saham minoriti asing. Media sosial kena buat homework betul-betul supaya maklumat tidak mengelirukan pengguna,” katanya.


Contact us: info@newmalaysianpost.com
   
Newspaper WordPress Theme by TagDiv
Quote sarah82 3-9-2019 07:37 AM
Jawapannya.. Menjadi masalah sebab keuntungan MEROSOT MAAAA..
Quote harizs 3-9-2019 07:38 AM
sarah82 replied at 3-9-2019 07:37 AM
Jawapannya.. Menjadi masalah sebab keuntungan MEROSOT MAAAA..

Menjadi masalah kpd puak kiasu semata2
Quote fliphair8 3-9-2019 07:38 AM
Kannnn atok maidin? Ape salahnya? Diorang bole kita tak leh ke? Heheehe
Quote sarah82 3-9-2019 07:39 AM
harizs replied at 3-9-2019 07:38 AM
Menjadi masalah kpd puak kiasu semata2

Kan aku dah ckp.. Kelemahan dan kekuatan bangsa kiasu ni 1 saja iaitu WANG.

Senjata yg depa selama ni megah sgt tgh makan tuan sendiri.
Quote KIM.K 3-9-2019 07:43 AM
So happy Mydin masih berdiri megah. Childhood memory aku Giant dah rebah T_T so..keep fightinglah Mydin walaupun asakan ekonomi sekarang bikin rugi juta2
Quote FOTHER-MUCKER 3-9-2019 07:48 AM
Lagipun, kata beliau, secara prinsipnya, sokongan membeli barangan keluaran muslim atau bumiputera adalah sama seperti kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang dilaung-laungkan sejak dahulu lagi.


Apa yang sama nya? Barangan buatan malaysia membabitkan semua bangsa dan agama rakyat malaysia.

Keluaran muslim ataupun bumiputra secara halusnya  tidak membabitkan semua bangsa dan agama. Kalau tiada beza Kenapa ada muslim atau bumiputra?

Myden nak tipu Sarah boleh lah.
Quote Bedah.Cun 3-9-2019 07:50 AM
Bagus, teruskan ikut contoh cinkies yang asek manipulate orang. Boikot deme balik jalankan boikotttt teruskamnnnn!!!!
Quote pumpkingirl 3-9-2019 07:53 AM
Yg muslim tak heran pun non muslim esp chinese tak beli produk muslim dah berpuluh tahun..
suka hati sepet2 tu lah dah duit diorg kan..
tapi time muslim balas balik apa yg diorg buat..amboi bukan main butthurt sekor2 sepet..
meloncat mcm monyet..sakit hati sgt sepet2 tu..
padan muka..diorg buat dekat org takpe..
bila kena dekat diri sendiri marah pulak..
Quote pokaibanktokyo 3-9-2019 08:05 AM
Cina kaum pemalas primitif bengap dah lama miskin mundur. Yang mungkin terjejas adalah gergasi asing seperti  tesco, giant, aeon...
Quote ulamalu 3-9-2019 08:08 AM
Barang bumiputera tapi bahan mentah kaum tu juga, jadi win-win situation.
Quote monreyes 3-9-2019 08:13 AM
dlm bodoh menteri kewayangan tu terserlah sifat racist...
patutnya kau diam n play neutral je...
Quote tobby 3-9-2019 08:42 AM
sarah82 replied at 3-9-2019 07:39 AM
Kan aku dah ckp.. Kelemahan dan kekuatan bangsa kiasu ni 1 saja iaitu WANG.

Senjata yg depa se ...


Kerana wang mereka sanggup menyembah tulisan jawi yg mrk wajibkan ke atas produk2 makanan mereka. Di sekolah mrk lawan tulisan jawi bermatian
Quote akusukaq 3-9-2019 09:07 AM
satu kesalahan yg besar ke ummah melayu mencari barangan yg halal, baik dan toyiban dr puak yg  seagama.
Quote kaizer8118 3-9-2019 09:35 AM
Kempen "Buy Muslim First" ini adalah untuk membantu perniagaan orang-orang Islam yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan perniagaan orang-orang bukan Islam di negara ini.
Quote Remyda 3-9-2019 09:46 AM
[fbp]https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/380624852831627?sfns=1[/fbp]
Quote Asdan 3-9-2019 09:52 AM

tanya sikit, kenapa hanya orang islam ada kempen sokong barang islam ?

agama lain tak ada pula, kristian agama paling besar pun tak ada
Quote coolie83 3-9-2019 09:53 AM
pada wa la kan..tak payah nk serabut nk boikot ke apa..benda boleh pilih...

boikot ni kena buat long term...setakat boikot sekejap (seasonal) baik tak payah boikot la...tu nama dia acah2 boikot...dulu ada jugak la wa tgk kempen memboikot brg produk non muslim...in the end ramai je beli balik brg non muslim..sbb benda kempen ni bermusim..cuba la disiplin sikit kalau nk boikot..
Quote milanhawkin 3-9-2019 09:55 AM
depa buat bleh, kita buat je terus jadi racist. hinanya melayu.

Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064494 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top