CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senarai Tempat 'Hotspot' Nasi Briyani Di KL Dan Petaling Jaya Yang Wajib Anda Cuba!

11-9-2019 11:26 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 11630| Komen: 10|Original author: intan

Description: Senarai tempat 'hotspot' nasi Briyani di KL dan Petaling Jaya yang wajib anda cuba!
Jika sebut nasi briyani atau nasi kandar mungkin anda mula terbayangkan syurga makanan tersebut di negeri sebelah utara seperti Pulau Pinang dan seumpamanya.

Namun, jika tiba-tiba datang mood nak makan nasi briyani susah jugak nak jumpa yang sedap terutama bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya kan! Buat yang mengidam tu, alahai susah betul..

Dikenali sebagai 'comfort food' di kalangan rakyat Malaysia kerana baunya yang harum serta lauk pauk yang menggugat deria rasa. Buat yang sedang diet, bertabahlah ya!

Kini anda tak perlu risau, menurut laman web funntaste, terdapat 10 kedai 'hotspot' briyani sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang wajib anda cuba.

1. Tajudin Nasi Beriani

Kredit foto : Google
Kredit foto : malaysianfoodie.com
Terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Tajudin Nasi Beriani mungkin tidak asing lagi buat mereka yang gemarkan makanan ini.  NAsi briyani dihidangkan bersama ayam goreng berempah, nasi yang lembut, acar timun dan nenas serta resipi kuah yang sedap. Selain ayam goreng, ada juga kambing, lembu, ikan dan sotong briyani.
Alamat: 8, Jalan Hang Kasturi, Kuala Lumpur (6am-6pm, setiap hari dibuka)

2. Batang Kali Bamboo Briyani

Kredit foto: Fun N' Taste
Kredit foto: Fun N' Taste
Kredit foto: Fun N' Taste
Dikenali sebagai restoran briyani buluh pertama di Selangor, Batang Kali Bamboo Briyani menggunakan resipi rahsia dalam kuahnya dan dihidangkan bersama makanan laut dan daging dan nasi briyani yang dimasak dalam buluh. Ketam, udang galah, udang harimau, sotong, daging kambing dan pelbagai lagi terdapat di sini.
Alamat: 11A, Level 3, Selayang Capital COmplex Bandar, Selayang, Selangor (12.00pm - 6 pm setiap hari)

3. Asian Rice Pot SS5

Kredit foto: Asian Rice Pot Facebook
Kredit foto: Asian Rice Pot Facebook
Kedai ini dikatakan dapat membawa anda merasai keenakan masakan daripada negara India dan juga tuan kedai yang peramah. Penuhi deria rasa anda dengan set signature briyani yang dihidangkan dengan dua extra hidangan tambahan. Nasi briyani dihidangkan dengan lauk daging berempah import daripada Kashmir.
Alamat : 11, Jalan SS5A/11, SS 3, Petaling Jaya Selangor (8am-4pm (Isnin (8am-9.30pm)), Tutup setiap isnin di minggu akhir setiap bulan)

4. Liza Briyani SS15
Kredit foto : Friedchillies.com
SS 15 memang dikenali sebagai syurga makanan untuk kaki makan di luar sana. Terletak di persimpangan jalan, Puan Liza menjual nasi briyani hanya dari luar rumahnya. Antara hidangan utama beliau adalah ayam masala kemudian ditambah telur rebus dan kuah yang menjilat jari. Hanya boleh bawa pulang sahaja ya, dan briyani kambing hanya dijual pada hari Jumaat.
Alamat: Simpang jalan SS15/5B & Jalan SS15/5G, Subang jaya (11.30 am sehingga habis)

5.Nasi Briyani Gam An-Nur
Kredit foto : Food Advisor
Menyediakan masakan briyani ala johor, anda boleh cuba di restoran ini. Nasi Briyani dihidangkan dengan dalca , acar buah, papadom serta lauk utama seperti kambing, ayam merah atau ayam goreng berempah pasti menaikkan selera anda! Diingatkan, hidangan ini hanya boleh didapati pada hari selasa, rabu dan ahad.
Alamat: 15, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru,Kuala Lumpur (9.00 am sehingga 7.00pm)

6.  Restoran Mahbub @ Bangsar
Kredit foto: Google
Kredit foto: Dapur kak jee
Kredit foto: Timeout.com
Dahulunya dikenali sebagai Restoran Sharifa pada tahun 70 an, kini ianya dikenali sebagai restoran Mahbub yang terletak di Bangsar. Popular dengan hidangan seperti Nasi Briyani Madu,Nasi Briyani Buhara Kambing serta untuk anda yang berselera besar, terdapat juga hidangan New Zealand Lamb Shank.
Sedapnya!

Alamat: 15, Lorong Ara kiri 1, Taman Lucky, Bangsar, Kuala Lumpur. (dibuka setiap hari, 24 jam)

Mungkin anda ada restoran briyani yang anda suka pergi? Kongsikan kepada kami di ruangan komen. - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 11-9-2019 11:43 AM
wow.. menitis air liur.. mujur tak tengok time bulan posa
Quote palmolive 11-9-2019 12:19 PM
aku tambah, Rahman BAriani kt Taman Sri Gombak..
kalo bulan posa, pakcik ni meniaga kt bazar pinggiran..dulu laa..
last bulan posa dia tara meniaga sana..
Quote buragazz 11-9-2019 01:40 PM
Aduhai telan ayaq lioq aku tgk.. dah le tengah lapau ni...
Quote TalibanRock 11-9-2019 01:48 PM
mahbub.tempat bamrok melepak almost everyday...
Quote rospinki 11-9-2019 01:54 PM
Anak lelaki yg kecik tu klu pi mamak subaidah harus nasik beryani..hyrabad beryani. Okla rm10..sedap. nasik pun byk. Ayam besar dan telo sebijk..bole share malan 2 org.
Quote xtahumenahu 11-9-2019 04:49 PM
Sume x pernah rasa
tapi aku suka jugak laa beriani bukhara Rest Syed Shah Alam
kat Shah Alam jek ada 3 cawangan die
Quote Perawankota 11-9-2019 05:33 PM
Mahbub... teringat time keje dulu, klu bln pose, ni lah fav food aku
Quote Gomea 11-9-2019 06:03 PM
Tgk ni dan2 jadi lapar balik
Quote puanbintang 17-9-2019 02:57 PM
terliur nengoknya....nanti2 kena g merasa
Quote abudhabizz 17-9-2019 03:26 PM
No 1 on the list tu mmg win! Serious sedap.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.061295 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top