CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Rupa-rupanya, Ini Kesan Buruk Air- Cond Yang Ramai Tak Tahu

25-9-2019 11:05 AM| Diterbitkan: FatinNazu| Dilihat: 12477| Komen: 23|Original author: Oleh: fnz

Description: Penyaman udara, pendingin hawa atau lebih sering disebut sebagai air-cond adalah mesin yang mengeluarkan udara secara tetap, biasanya di kawasan tertutup melalui kitaran penyejukan, di mana udara yang ...

Gambar hiasan

Penyaman udara, pendingin hawa atau lebih sering disebut sebagai air-cond adalah mesin yang mengeluarkan udara secara tetap, biasanya di kawasan tertutup melalui kitaran penyejukan, di mana udara yang lebih hangat akan disingkir dan digantikan dengan udara yang lebih sejuk lembap.

Namun, tahukah anda bahawa majoriti kajian yang dilakukan mendapati kesan buruk pendingin hawa sebenarnya jauh lebih berbahaya berbanding faedahnya?

Menerusi perkongsian di laman web TheAsianParent, terdapat beberapa impak negatif penggunaan pendingin hawa.

Ketika anda keluar dari bilik yang sejuk akibat penggunaan pendingin hawa dan beralih ke ruangan yang panas, ini akan menyebabkan kejutan kepada tubuh. Apabila tubuh tidak sempat menyesuaikan diri terharap perubahan suhu yang mendadak, ia boleh menyebabkan kelelahan dan merosakkan kulit.


Selain itu, masalah hidrasi boleh berlaku pada tubuh kerana pendingin hawa bukan sahaja menyerap kelembapan dalam bilik, tetapi juga menyerap kadar air dalam tubuh. 


Gambar sebagai hiasan

Tidak hairanlah jika anda seringkali terbangun dari tidur kerana berasa haus, malah kulit juga akan menjadi lebih kering menyebabkan struktur kulit menjadi lemah, mata yang kurang kelembapan serta boleh menyebabkan kegatalan.

Jika anda kerap berada di bilik yang berada pada suhu tidak optimal untuk tubuh, khususnya secara berpanjangan, anda akan kerap sakit di bahagian sendi dan otot. Sekiranya perkara ini dibiarkan, anda boleh mengalami sakit kepala, sakit punggung, malah radang sendi.

Menurut Science Daily, walaupun anda berasa nyaman dan sejuk, pada kenyataannya aliran udara dari pendingin hawa boleh menyebabkan kualiti tidur anda terganggu. Kesan ini juga lebih kerap dirasakan oleh wanita dan orang yang lebih tua kerana memiliki tahap sensitiviti lebih tinggi terhadap udara sejuk.

Menurut Environmental Protection Agency(EPA), anda sebenarnya lebih terdedah kepada pencemaran udara apabila berada dalam lingkungan penyaman udara berbanding di luar. Hal ini kerana pendingin hawa akan menyebabkan peredaran udara yang sama secara berulang-ulang.

Akibatnya, kemungkinan besar udara telah tercemar dengan debu, bulu haiwan atau habuk, yang menyebabkan anda menjadi sakit kerananya. 

Kajian dari International Journal of Epidemiology menunjukkan individu yang berada di bilik yang berhawa dingin dalam tempoh yang panjang berisiko menghidapi masalah kesihatan seperti masalah kulit, pernafasan dan telinga, hidung, tekak.

Di samping itu, suhu rendah menghalang tubuh untuk mencipta imun semula jadi kerana ketika tidur, tubuh akan menstimulasi dan menciptakan hormon penting untuk kekebalan tubuh.

Namun, jika anda berada di ruangan yang terlalu sejuk, tubuh tidak akan dapat menghasilkan hormon tersebut dalam jumlah mencukupi menyebabkan badan  sakit dan kemungkinan boleh menyebabkan asma kerana tidak mendapat udara segar.

Udara yang bersih adalah udara yang dibiarkan masuk serta keluar secara semula jadi, bukannya udara yang datang daripada pendingin hawa, walaupun secanggih mana pun teknologi yang digembar-gemburkan pengeluarnya.

Oleh itu, kurangkanlah tempoh penggunaan pendingin hawa atau menggantikannya dengan kipas angin biasa. 


Gambar sebagai hiasan

Keluarlah dan hirup udara segar, bukan menghirup udara yang dikeluarkan mesin yang dikatakan lebih bersih dan segar. Semoga bermanfaat. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 25-9-2019 11:20 AM
kulit i kering duk dlm air cond jaaa...kawan kata letak 1 bowl air kat side table
Quote kucingitam 25-9-2019 11:49 AM
yes, i letak satu mug air kt dlm bilik
Quote RatuDunia94 25-9-2019 12:43 PM
Lg 1. Ramai yg suka air cond rumah atau bilik terpasang bila keluar rumah. Dgn harapan bila balik dgn badan panas berpeluh kepam, melikat, rengas terus masuk rumah / bilik yg dah sedia sejuk.. sebenarnya x elok. Sbb badan kita terkejut dgn perubahan suhu.. perasan x tiba2 mata jd ngantuk. better duduk depan/bawah kipas dulu utk turunkan suhu badan..
Quote EvieWanKenobi 25-9-2019 12:46 PM
waktu memandu pun sama..
boleh sakit kepala bila keluar dari kereta
yang dipasang aircond..
Quote Kurex 25-9-2019 02:02 PM
Kurex jarang sangat bukak air cond dalam kereta.. Panas boleh bukak tingkap
Quote Artemesiaa 25-9-2019 03:50 PM
Kene seimbangkab dengan mesim wap air untuk buat keadaan tak terlalu kering
Quote mohdcrow 25-9-2019 09:56 PM
Yang aku perasan duk lama2 dalam air-cond op kos la sejuk kan...bila sejuk jadi cepat lapar...huhu

Quote Perawankota 25-9-2019 09:59 PM
Aku pon x bukak Aircond.. X suka
Quote CiliPadiSedap 26-9-2019 04:09 AM
Kaka ada masalah otak tepu bila duduk dalam aircond. Biasa kaka time kerja lepak kt tempat ada pokok yang tak di hinggap hantu kopek.
Quote Pink_Purple 26-9-2019 04:21 AM
panas2 sekarang mana boleh xpasang econ
Quote estrelle 27-9-2019 11:24 PM
Air cond bilik ai sampai rosak sebab jarang on.burung pon suke dduk dlm tu.ai sejenis yang tak boleh duk dlm aircond lama2..
Quote najib888 28-9-2019 01:36 PM
Puncanya ramai orang ada duit nak pasang ekon tapi tak ramai yg cerdik utk guna ekon.

Set je la ekon ikut setting optimum seperti mana saranan jurutera mekanikal. Ikut garis panduan JKR, sepatutnya setkan pada 24 darjah celsius. Utk kita yg berada di equator, 24 darjah adalah terbaik. Utk split unit kat rumah tu, rajin2 lah cuci dust filter..

Setting suhu ekon terlampau rendah, boleh sebabkan kulit kering, elektrostatik dan kekejangan otot.. dengan kata lain tahap humidity (RH %) adalah rendah, bila bernafas tu kita rasa tak selesa sebab udara kering.
Quote cunnye 29-9-2019 05:00 PM
Baru tau ada keburukan guna ekon  patut la slalu sakit kepala
Quote Gomea 30-9-2019 01:45 PM
Aku dengan ekon tak boleh jadi best fren. Aku tak tahan sejuk. Mesti hidung berair je. Masalahnya laki aku ni, tido nak bukak ekon full blast
Quote iznanaziz 1-10-2019 12:46 PM
tu la. bangun pagi, tekak kering.
Quote lututputih 3-10-2019 02:12 PM
saya spesis tak suka ekon..tak thn sejuk...berbungkus betul kalau tido..entahlah orang rasa panas..saya ok2 jer..boleh tido takde ekon...ada kipas pun dah rasa sejuk..
Quote Kambeng_Gurun 3-10-2019 03:26 PM
selalunya iols set suhu sekitar 24-27 ..
tak terlampau sejuk
Quote prego 30-10-2019 08:43 PM
selalu sgt tido pasang aircond, kulit jadi kering.. at last iols sapu losyen byk2 before tido huhu muka letak pelembab
Quote electricopop 31-10-2019 10:05 AM
Lately ni musim hujan malam memang x pasang aircond dah... dah sejuk seharian kt office...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.107056 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top