CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Antara Atlet Terkaya Dunia Tapi Tetap Solat" - Khabib Nurmagomedov Jadi Imam, Buat Netizen Tersentuh!

1-11-2019 11:24 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 5287| Komen: 23

Description: Khabib Nurmagomedov sudah dikenali di seluruh dunia sebagai seorang pahlawan MMA terhebat era ini. Bukan itu sahaja dia juga dikenali sebagai seorang yang menjaga aspek keagamaan.
Khabib Nurmagomedov sudah dikenali di seluruh dunia sebagai seorang pahlawan MMA terhebat era ini. Bukan itu sahaja dia juga dikenali sebagai seorang yang menjaga aspek keagamaan.


Foto Facebook Dr Waleed Hakim 

Seorang pengembara Islam, Dr Waleed Hakim telah memuat naik sebuah foto yang menyentuh hati seluruh peminat MMA. Foto itu menunjukkan Khabib yang berasal dari Rusia itu menjadi imam solat turut diiringi kapsyen yang menyentuh hati netizen.

Dia yang mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang MMA tampil rendah diri dan tidak menunjukkan sifat sombong dan lupa terhadap agama walaupun dia kini di antara atlet terkaya di dunia. Khabib teguh berdiri di hadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.

Foto Google

"Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan. Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi... insya-Allah," tulis Dr Waleed Hakim di Facebook beliau.


Foto Google

Ini sebenarnya bukan kali pertama sisi Islamik Khabib menjadi bualan. Namun, setiap kali ia dibicarakan, ia tetap menyentuh banyak perasaan. Hebat, kan?

Kehebatan dan ketangkasan Khabib sememangnya menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan di seluruh dunia. Kini, aspek kerohaniannya juga menyentuh ribuan peminat. Apa kata anda? - CARI 
5

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 1-11-2019 11:43 AM
sepohon kayu...daunnya rimbun......lebat bunganya serta buahnya...walaupun hidup seribu tahun.....
Quote Kurex 1-11-2019 11:49 AM
Bagus..........
Quote Artemesiaa 1-11-2019 12:04 PM
Bagus masih ingat diri
Quote Mfzg89 1-11-2019 12:17 PM
jangan jadi cam Mohammad Salah dahla..

tapi risau gak ni dia nak fight Tony.. si Tony tu dah ala2 joker. lawan dia semua kena bantai muka berdarah..
Quote siputsedut 1-11-2019 12:31 PM
final choke masa lawan Poirier...sampai Poirier cakap kekalahan yang akan buat dia ingat seumur hidup...
Quote chicozinn 1-11-2019 12:53 PM
Mfzg89 replied at 1-11-2019 12:17 PM
jangan jadi cam Mohammad Salah dahla..

tapi risau gak ni dia nak fight Tony.. si Tony tu dah ala ...

mohamad salah kenape ngan dia?

Quote ikanmasin 1-11-2019 01:55 PM
kameraman tu tersengih tgk lawan khabib terduduk mengah..
Quote Perawankota 1-11-2019 02:09 PM
Alhamdulillah.......
Quote siputsedut 1-11-2019 04:27 PM
ikanmasin replied at 1-11-2019 01:55 PM
kameraman tu tersengih tgk lawan khabib terduduk mengah..

tu 1 second sblm khabib panjat octagon pi melompat atas entourage mcgregor kan..kameramen tu dok tpt yg salah.. kalu dia dok belah yg khabib tgh tunjuk tu..mesti dia dpt shot dekat khabib melompat keluar..
Quote ikanmasin 1-11-2019 04:59 PM
siputsedut replied at 1-11-2019 04:27 PM
tu 1 second sblm khabib panjat octagon pi melompat atas entourage mcgregor kan..kameramen tu dok t ...

kann...tp nampak cantiklah gambar tu sbb ngam2 shot kameraman tgh
senyum sambil tgk si mcgregor terduduk lelah gituu
Quote orgsepang 2-11-2019 02:56 AM
Alhamdullilah. Semoga dapat membuka minda orang bukan islam yang selalu berpandangan asal islam saja ganas walaupun sukan ni nampak ganas juga namun jelas sisi baiknya.
Quote nono86 2-11-2019 08:24 AM
Skuau: sepohon kayu...daunnya rimbun......lebat bunganya serta buahnya...walaupun hidup seribu tahun.....

Kalau tak sembahyang apa gunanya
Quote rain2169 2-11-2019 09:06 AM
macam dengar orang nyanyi lagi sepohon kayu....
Quote dani-rox 2-11-2019 10:01 PM
tingat gambar kawen bininya yg diselimut dari atas sampai bwh
Quote Supersirap 3-11-2019 01:42 AM
semoga diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan
Quote Pamelaloba 3-11-2019 08:39 AM
Bagus dia ni. Bukan senang nak amalkan ajaran islam kat negara minority ni. Salute
Quote papazola90 3-11-2019 11:53 AM
siang seperti singa malam seperti abid
Quote YPM_Addora 11-11-2019 09:22 AM
Ya, kenapa dgn Mo Salah tu?
Quote ichaliza 12-11-2019 04:31 PM
walau mcm mana berjaya pun manusia tidak bole lupa Allah

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060836 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top