CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Sindiket Dadah Ditangkap Ketika Pergi Umrah

10-9-2019 03:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5839| Komen: 32

Description: Ketua sindiket dadah ditahan polis ketika mahu menunaikan umrah! Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 37 tahun itu merupakan ketua sindiket dadah di Kelantan ditahan polis di KLIA, Sepang ...
Ketua sindiket dadah ditahan polis ketika mahu menunaikan umrah! Memetik laporan Harian Metro, suspek yang berusia 37 tahun itu merupakan ketua sindiket dadah di Kelantan ditahan polis di KLIA, Sepang, Khamis lalu. 


Dia ditahan susulan rampasan 700,000 pil kuda di Jalan Lubuk Kiat-Kubang Kuau, Pasir Mas pada hari sama. 

Dalam satu operasi Ops Toucan yang dijalankan dengan kerjasama polis Kontinjen Kelantan itu, pihak polis turut menahan tiga lelaki berusia 19 tahun sehingga 53 tahun di Pasir Mas, jam 12 tengah hari. 

Kredit foto: mediacorp

“Pemeriksaan lanjut menemui 700,000 pil kuda seberat 77.61 kilogram bernilai RM10.5 juta yang baru diambil dari negara jiran.

“Dua jam kemudian, kita menahan seorang lelaki yang juga ketua sindiket terbabit di KLIA untuk siasatan lanjut pada hari sama.

“Selepas itu, kita menahan seorang wanita berusia 48 tahun di sebuah rumah Jalan Yaakubiah di Kota Bharu, jam 5 petang,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman kepada Harian Metro. 

Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, sindiket itu dipercayai aktif sejak setahun lalu dengan menggunakan modus operandi mendapatkan bekalan dari negara jiran. 

“Suspek wanita adalah pengurup wang tanpa lesen dipercayai berperanan menguruskan aliran wang sindiket berkenaan,” katanya lagi.

Semua suspek kini direman untuk siasatan lanjut. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 10-9-2019 03:08 PM
narcos klate
el caprut (ala2 el chapo)
Quote nono86 10-9-2019 03:36 PM
Ape kesudahan nye nanti. Anak YB kena tangkap dengal pil kuda tu pun dah bertahun senyap.
Quote CiliPadiSedap 10-9-2019 03:37 PM
besar network sampai ke umrah bisnes dia.
Quote Cable 10-9-2019 03:38 PM
thread dah ada la
Quote jazaa100 10-9-2019 03:43 PM
Pergh....RM10mill.....

Cuci duit dgn money changer....
Cuci dosa dgn umrah.....
Quote jazaa100 10-9-2019 03:43 PM
Pergh....RM10mill.....

Cuci duit dgn money changer....
Cuci dosa dgn umrah.....
Quote chinta89 10-9-2019 04:00 PM
edisi mastika masih ada?

pegi umrah, ditimpa tragedi yg buatkan pelaku insaf
Quote kualibesi 10-9-2019 04:34 PM
xdang nk p umrah, kne cekup dulu.. insaff laa oiii.
Quote RatuDunia94 10-9-2019 05:21 PM
Pergi umrah guna duit bisnes dobi... {:smile{:smile{:smile
Quote mata.kail 10-9-2019 08:15 PM
Apa nak jadi...mmg kaya...tapi risikonya....
Quote fyna84 10-9-2019 08:40 PM
Wow!!!! Pakcik kaya!!!!
Quote cikkittydiva 10-9-2019 09:51 PM
cash la kan..
Quote hyie 10-9-2019 10:01 PM
RatuDunia94 replied at 10-9-2019 05:21 PM
Pergi umrah guna duit bisnes dobi... {:smile{:smile{:smile

matilah dedulu meols ingat 'money laundering' tu maksudnya duit hasil perniagaan dobi
Quote Malaysia.Doom 10-9-2019 10:36 PM
Gantung Sampai Mampus
Quote Perawankota 10-9-2019 10:37 PM
Ermmm... Main hebat dorg ni
Quote mayakaren 10-9-2019 11:22 PM
Alhamdulillah.. Semoga takde dah dadah Kat Malaysia ni.
Quote Nokiaman 10-9-2019 11:34 PM
wakakakak ni gi Umrah nak reset dosanya tu la konon....
Macam nak re-apply  passport nak masyuk Syurgooo..
Quote Eric.n9 11-9-2019 04:10 AM
Semoga digantung sampai mati... bukan dia sorang je, semua pengedar2 bawah dia sekali kasi gantung semua.
Ntah dah berapa ramai org kecik, muda tua yang dah hidup dah dijahanamkan dek pil tu...
Ada pernah terbaca komen sorang cikgu dalam forum ni, budak sekolah masuk kelas ke pening pasal baru lepas layan pil kuda tu... huhuuh
Quote Zona2020 11-9-2019 10:31 AM
Kaya di dunia.. Npk sgt nak buat amal tak lepas.. Duit haram

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.110323 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top