CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangan Masuk Dalam Tali Enjin

4-10-2013 04:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4059| Komen: 22

Description: Kuala Nerang - Seorang Petani Nyaris Maut Apabila Terjatuh Dari Mesin Padi Menyebabkan Tangan Kirinya Tersepit Dalam Enjin Jentera Itu Hingga Terpaksa Dipotong.

Roshidi terpaksa menerima hakikat tangannya terpaksa dipotong selepas tersepit dalam tali enjin mesin padi

KUALA NERANG - Seorang petani nyaris maut apabila terjatuh dari mesin padi menyebabkan tangan kirinya tersepit dalam enjin jentera itu hingga terpaksa dipotong.

Dalam kejadian jam 9 malam Rabu lalu, Roshidi Samsu, 41, terjatuh dari mesin padi selepas melihat hasil padinya yang diambil dari mesin itu.

Menurutnya, selepas melihat hasil padinya dalam kebuk mesin itu, dia cuba turun dan tiba-tiba tergelincir menyebabkan tangan kirinya termasuk dalam tali enjin bersebelahan mesin padi itu.

"Saya menjerit meminta tolong kepada pemandu mesin padi itu kerana tangan saya sudah termasuk dalam tali enjin itu. Tali enjin sudah menarik seluruh tangan masuk ke dalam mesin itu.

"Nasib baik pemandu itu dengar dan menutupnya, tetapi tali enjin itu terus menarik tangan saya hingga hampir ke leher ke dalam enjin mesin itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung, dekat sini, semalam.

Roshidi berkata, dia terpaksa menjerit meminta pertolongan hinggalah pembantu pemandu datang lalu membuka dan merenggangkan tali itu.

Menurutnya, semasa tangan dibelit tali enjin, darah dari tangannya keluar hingga bajunya dipenuhi darah.

Bagaimanapun, pada masa itu, dia tidak rasa sakit, sebaliknya hanya kebas sahaja.

“Walaupun keadaan agak kelam kabut, tetapi saya tetap tenang sambil memapah tangan kiri yang sudah terkulai dan tulang bahu tertonjol keluar hinggalah dibantu penduduk kampung dengan membawa saya ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapat rawatan dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar," katanya.

23

Bagus
7

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 4-10-2013 10:05 AM
alahai sian nyer.....
ngeri...
aku luka sikit pun da mcam tenat sgt..
dia boleh lak kata rasa kebas jerk.. Last edited by haryatie on 4-10-2013 10:06 AM

Quote fatehana 4-10-2013 10:05 AM
ngerinya klu terkena mcm tu
tgn terkulai layu tp ttp tenang
klu kita yg kena x taw ler mcm mana
Quote kekure 4-10-2013 10:07 AM
Ni macam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah ja
Masa Ucop Wilcha kena mesin tu
Quote tongkatwaran75 4-10-2013 10:08 AM
amboi...
six pack abs pocit nih...
Quote rospinki 4-10-2013 10:09 AM
Kesian nengok dia ni..dhla kurus

Moga cepat sembuh dpt pakai tangan palsu pun ok. Diharap org mcmni dibantu sewajarnya oleh mukhriz anak mahadir tu.
Quote vv2005 4-10-2013 10:09 AM
NYILU..NGERI
Quote aqissa 4-10-2013 04:39 PM
ngeri......
Quote cik_luna 4-10-2013 04:42 PM
alaahai..malang x berbau
kesian nya
Quote aliaa 4-10-2013 04:44 PM
eee ngerinya...
kesiannya..
Quote dino 4-10-2013 04:47 PM
haryatie posted on 4-10-2013 10:05 AM
alahai sian nyer.....
ngeri...
aku luka sikit pun da mcam tenat sgt..

die hanya rasa kebas tu psl badan takyah bg signal sakit dah.....
Quote arasham 4-10-2013 04:50 PM
dino posted on 4-10-2013 04:47 PM
die hanya rasa kebas tu psl badan takyah bg signal sakit dah.....

napa tak rasa sakit eh??

Quote dino 4-10-2013 05:06 PM
arasham posted on 4-10-2013 04:50 PM
napa tak rasa sakit eh??

rasa sakit tu kite rasa nak elak dr kite cedera..... otak yg interpret segala tuh......
dlm keadaan tgn pakcik tu yg dah hancur.... otak just bg signal utk selamatkan diri aje.... rasa sakit tu dah kurang....
mohon ade pakar sains leh explain.... tp itulah ajaibnya bdn manusia hiks

Quote miawpink 4-10-2013 05:07 PM
dino posted on 4-10-2013 05:06 PM
rasa sakit tu kite rasa nak elak dr kite cedera..... otak yg interpret segala tuh......
dlm keada ...

oh mcm tu ye dino
baru tau
Quote kucingTomey 4-10-2013 05:10 PM
dino posted on 4-10-2013 05:06 PM
rasa sakit tu kite rasa nak elak dr kite cedera..... otak yg interpret segala tuh......
dlm keada ...

tu dipanggil rembesan adrenelin...macam kalau org tersesat dalam hutan...kaki parah...sakit mmg sakit tapi bila pikir nak selamatkan diri..sakit tu jadi kebas...dalam bahasa saintifiknya....sakittapibuattaktahu

Quote bianglala 4-10-2013 05:20 PM
ngerinya. kuat semangat pakcik ni, tak pengsan..
Quote dino 4-10-2013 05:22 PM
kucingTomey posted on 4-10-2013 05:10 PM
tu dipanggil rembesan adrenelin...macam kalau org tersesat dalam hutan...kaki parah...sakit mmg sa ...

bleh jd superhuman.... tp masa terdesak je la...
Quote honda_jazz 4-10-2013 05:25 PM
Kesianya harapa ada bantuan yg membantu pakcik ni..sbb dah ilang upaya kekal..
Quote ogata 4-10-2013 05:26 PM
kucingTomey posted on 4-10-2013 05:10 PM
tu dipanggil rembesan adrenelin...macam kalau org tersesat dalam hutan...kaki parah...sakit mmg sa ...

owh begitu........
Quote prettyuglybabe 4-10-2013 05:39 PM
kasihannya.. semoga ada yang menghulurkan bantuan.

tegap badan pakcik ni. tak payah pergi gym pun..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.067033 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top