CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Murid Reka Cerita Diculik Sebab Tak Nak Pergi Kelas Tambahan

13-9-2019 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4285| Komen: 33

Description: Tidak mahu ke kelas tambahan mendorong kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mereka cerita kononnya cuba diculik lapan lelaki di hadapan Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Barat, Klang.
Tidak mahu ke kelas tambahan mendorong kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mereka cerita kononnya cuba diculik lapan lelaki di hadapan Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Barat, Klang.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima laporan pada 7 September daripada ibu murid berkenaan yang mendakwa cuba diculik sekumpulan lelaki menaiki dua van berwarna putih.



Kredit foto: BH Online

Murid berkenaan bagaimanapun membuat pengakuan bahawa dakwaan itu tidak benar kepada polis, semalam.

“Mangsa memberikan pengakuan dan didapati kejadian cubaan menculik adalah tidak benar dan sengaja direka untuk menarik perhatian keluarganya.

“Selain itu, mangsa tidak berminat untuk menghadiri kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Arab yang diadakan di sekolah itu,” katanya dalam satu kenyataan.


Sebelum ini, media melaporkan murid berusia 11 tahun mendakwa hampir menjadi mangsa penculikan di hadapan Sekolah Agama Bukit Kapar Barat, jam 10.30 pagi pada Sabtu lalu.

Kejadian didakwa berlaku ketika murid terbabit sedang menunggu penjaga di luar kawasan sekolah selepas menghadiri kelas tambahan.

Katanya, ketika kejadian seorang lelaki membantu murid berkenaan daripada diculik.

Berikutan kejadian, Nurulhuda menegaskan penyebaran berita palsu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 13-9-2019 12:01 PM
Propanya ko dek
Quote Artemesiaa 13-9-2019 12:04 PM
Kecik2 dah pandai tulis skrip sayang skrip pun tiru orang lain punya mana tak kantoi
Quote Boomibulat 13-9-2019 12:07 PM
Kesian van putih...asik kene tuduh
Quote sukacactus 13-9-2019 12:08 PM
Kesian van putih...byk kali dah kena fitnah
Quote hatikudus 13-9-2019 12:10 PM
esok2 ko kena culik bebetul org malas nak layan dah dek oiii...
Quote duri_durians 13-9-2019 12:13 PM
lainkali jgn cakap van putih..
tukar la volkswagen kuning ke..
Quote shark_eow7 13-9-2019 12:19 PM
besaq esok wat cerita org bawak lari lagi. pastu hntar voice mesej kena pukul ke apa. padahal sedap kena pukul dgn ekor bf kau.
Quote Betara_Indera 13-9-2019 12:27 PM
abis sekolah nnt jual krim timbang kilo ye dikkk
Quote sarah82 13-9-2019 12:33 PM
Ada bakat jadi penulis novel ni
Quote missDollie 13-9-2019 12:35 PM
Hahaha.. Tu la mesti van putih.. Aku nampak van putih pun kat pasar malam jer.. Tu pun macam nak barai dah..
Quote mamarock 13-9-2019 12:38 PM
Tak yah gi sekolah dik hari ada kelas bahasa arab tu. Lps mkn tido aje dlm bilik. Mak mesti kesian. Tak usah tipu-tipu ni semua.
Quote Boomibulat 13-9-2019 12:55 PM
missDollie replied at 13-9-2019 12:35 PM
Hahaha.. Tu la mesti van putih.. Aku nampak van putih pun kat pasar malam jer.. Tu pun macam nak bar ...

Van putih kat masjid pn bnyk yg barai..
Quote mamasaffiya 13-9-2019 01:16 PM
Sian adik ni. Kurang kasih sayang mak ayah agaknya. Tu buat mcm ni bagi mak ayah ambil berat pasal dia.
Jgn buat mcm tu dik. Nnt jadi Betul2 org tak percaya
Quote yuki812 13-9-2019 01:24 PM
so cam adik ni dikenakan tindakan undang2 ke apa..
ni mesti kes mak apak paksa bdk tu g klass tu gak ni..
Quote awanysss 13-9-2019 01:52 PM
mak bapak ko garang ke dikk..
aku dulu malas nak g skola ke ape aku ponteng je, parents aku okay je janji study sendirik pastu..
aku speku mak dia garang sbb tu dia terpaksa tipu kot..
Quote Cable 13-9-2019 02:22 PM
sarah82 replied at 13-9-2019 04:33 AM
Ada bakat jadi penulis novel ni

jngn dia tulis novel pgi london keje lps tu da kantoi gigih upload gmbar tipu....dah tu reka lak cite aurora tu graviti..pac tu bais n conflict...dn x lupa pling baru...gomen x nk bgi keje kat gomen sbb ltak syarat wajib pandai BM kt cina...bongok x bongok bangsa paria yg kita ternak kt negara ni?
Quote sarah82 13-9-2019 02:23 PM
Cable replied at 13-9-2019 02:22 PM
jngn dia tulis novel pgi london keje lps tu da kantoi gigih upload gmbar tipu....dah tu reka lak c ...

Haja.. Ang la.. Satu ayat.. Semput aku baca.. Dia boleh jadi penulis thriller.. Ala2 Ramlie Awang Murshid..
Quote Gomea 13-9-2019 03:46 PM
Mak bapak suka memaksa la ni.

Takpe dik, pas kes ni terus diaorang berhentikan ko
Quote helicornia 13-9-2019 03:49 PM
asal culik je van putih

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.259132 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top