CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sedih! Bukit Broga Terbakar, Akibat Sikap Tidak Bertanggungjawab Pendaki

17-9-2019 10:55 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 6728| Komen: 35|Original author: Mat

Description: Siapa sahaja yang tidak tahu akan Bukit Broga, bukit yang sentiasa menjadi pilihan para pendaki untuk aktiviti 'hiking' mereka. Bukit yang terletak di Semenyih ini terkenal dengan pemandangan matahari ...
Siapa sahaja yang tidak tahu akan Bukit Broga, bukit yang sentiasa menjadi pilihan para pendaki untuk aktiviti 'hiking' mereka. Bukit yang terletak di Semenyih ini terkenal dengan pemandangan matahari terbit yang cukup indah, membuatkan para pendaki kebiasannya memulakan pendakian seawal selepas subuh.


Sumber Gambar: Trip Advisor
Namun tidak semua yang indah kekal lama, Bukit Broga dilaporkan terbakar pada 16 September lepas. Menurut Harian Metro Online, kawasan seluas 2.8 hektar terbakar, dipercayai berpunca daripada aktiviti tidak bertanggungjawab para pendaki bukit.

Walau bagaimanapun, kebakaran di Bukit Broga berjaya dipadamkan sekitar jam 7.32 petang pada hari yang sama, namun punca kebakaran sebenar masih dalam siasatan pihak yang bertanggungjawab. Kejadian kebakaran tersebut berjaya dirakamkan seorang pendaki yang berkongsikan rakam tersebut di laman Twitter miliknya.


Ekoran daripada kawasan Bukit Broga yang terbakar ini, Selangor Lestari telah menganjurkan Healing Broga 2.0, sebuah kempen penanaman pokok dan pembersihan sampah untuk mengembalikan keindahan Bukit Broga seperti dahulu kala. Kempen ini bakal berlangsung pada 21 September, bermula jam 7.00 pagi.

Sumber Gambar: Twitter @aqiljunaidi_
Buat anda yang mempunyai masa lapang dan berminat untuk menyertai kempen ini, bolehlah sumbangkan tenaga anda untuk kempen Healing Broga 2.0 ini. Cintai alam sekitar! - CARI 
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 17-9-2019 10:58 AM
org mcm ni mmg bongok...
Quote Kurex 17-9-2019 11:15 AM
Macam mana nak join??
Ni la jenis hiker cibaiiiii, macam kera dapat bunga
Quote ketambangkang 17-9-2019 11:24 AM
perangai serupa monyet
Quote Dwdrum 17-9-2019 11:26 AM
sebab rokok kah?
Quote hanie_z 17-9-2019 11:39 AM
Sayangnya...
Quote nuryakmal 17-9-2019 11:50 AM
buang putung rokok ke masak maggi atas tu?
Quote nuralisa 17-9-2019 11:51 AM
wei .. jom wei
Quote Artemesiaa 17-9-2019 11:55 AM
Sebelum ni pun perahan terbakar sebab yang sama juga.  Baguslah ada usaha nak baik pulihnya semula.
Quote sukacactus 17-9-2019 11:55 AM
Kata nak menikmati keindahan alam
Tolong la sama2 jaga
Bkn kita je yg nak tgk
Quote arasham 17-9-2019 11:57 AM
Kebanyakan yg merokok ni adalah pengotor dan penting diri sendiri. Lepas merokok buang putung rokok merata dan meludah merata. Jijik nau peel...
Quote Muntz 17-9-2019 11:57 AM
Musim kering cmni jgn lah dok merokok kat kawasan2 hutan mcm ni. Nak merokok, balik rumah lah sis.
Quote MissLana 17-9-2019 11:58 AM
Sedinyaa udara dkt situ la paling bersih tp kau buat onar pulak campak puntung rokok kan hmm
Quote nisako 17-9-2019 12:07 PM
adui sayang sungguh...............dajal sape yg buat ni...........
Quote Malaysia.Doom 17-9-2019 12:17 PM
nuryakmal replied at 17-9-2019 11:50 AM
buang putung rokok ke masak maggi atas tu?

Bomba kata puntung rokok  x boleh menyebabkan kebakaran.
Quote Malaysia.Doom 17-9-2019 12:21 PM
TeamSelangor....sebuah badan sukarelawan

Menarik untuk join sebagai anak Watan Selangor.
Quote CrowneGlory 17-9-2019 12:21 PM
dan2 la pendaki yg punya pasal...ntah2 apek bodoh yg concur tmpt tu yg bakar..laluan ke 2 yg free tu pun apek bangang tu tutup sbb nk suruh guna laluan dia...
Quote laksmanabentan 17-9-2019 12:21 PM
PPRT sangat kat atas tu nak buka table jual2 ler...
da ler kawasan kat atas tu sempit...
selfish sgt bagi aku...

kalau tak putung rokok mesti ada yg cuba bakar sampah2 kecil camtu...
lepas tu biarkan sbb bakar sikit2 jer kan...
Quote Malaysia.Doom 17-9-2019 12:23 PM
laksmanabentan replied at 17-9-2019 12:21 PM
PPRT sangat kat atas tu nak buka table jual2 ler...
da ler kawasan kat atas tu sempit...
selfish s ...

Bomba pernah cakap puntung rokok Tak boleh menyebabkan kebakaran.

Mesti Ada yang nyalakan api Atas tu...camping
Quote Malaysia.Doom 17-9-2019 12:24 PM
CrowneGlory replied at 17-9-2019 12:21 PM
dan2 la pendaki yg punya pasal...ntah2 apek bodoh yg concur tmpt tu yg bakar..laluan ke 2 yg free tu ...

Moga apek tu mereput...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.456587 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top