Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Nak 'Convert' Akaun Simpanan Konvensional Maybank Ke Akaun Islamik? Online Je!

25-9-2019 10:56 AM|Oleh: natrahn| Komen: 4

Kredit Foto - Maybank2u

Perbankan Islam pada masa kini telah pun diterima umum dan menjadi satu industri yang amat memberangsangkan. Sejak 1993, bank-bank konvensional mengambil inisiatif menawarkan jendela Islamik (Islamic window) dalam urusniaga mereka. 

Terkini, pihak Maybank membenarkan pemilik akaun simpanan konvensional dengan Maybank untuk menukar akaun konvensional mereka kepada Islamik tanpa perlu tutup/tukar akaun. Proses ini boleh dilakukan secara online dan nombor akaun asal tidak berubah.

Tak pasti akaun anda konvensional atau bukan? Kalau jenis akaun simpanan, nombor akaun bermula dengan 10XXXX atau 11XXXX. Kalau jenis akaun semasanombor akaun bermula dengan 50XXXX atau 51XXXX.

Jadi, berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk menukar akaun anda. Hanya memerlukan beberapa langkah sahaja!


LANGKAH 1

Pergi ke laman web Maybank2u dan login seperti biasa.



LANGKAH 2

Klik butang option bahagian atas sebelah kiri dan pilih apply untuk versi mobile. Sekiranya menggunakan versi desktop, terus pilih submenu APPLY.




LANGKAH 3

Klik pilihan 'Switch To Islamic Account' dan tekan butang APPLY NOW.




LANGKAH 4

Buat pilihan nak 'convert'  akaun pilihan anda dan tekan NEXT. Sekiranya anda memiliki lebih dari satu akaun konvensional, anda dikehendaki membuat satu persatu mengikut langkah sama.




LANGKAH 5

Seterusnya tick kedua-dua pilihan T&C dan tekan butang NEXT.




LANGKAH 6

Akhir sekali,  klik CONFIRM dan anda akan terima notifikasi - Berkuatkuasa bulan berikutnya akaun anda akan bertukar ke Akaun Islamik.



Tahniah. Anda telah berjaya menukar akaun konvensional kepada akaun Islamik. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 4
Komen

Previous : "Lakukan Ini Masa Jumaat" - Kenapa Hari Jumaat Sangat Dimuliakan Dalam Islam?

Next       : Kuat Kentut? Ini Pertandingan Yang Lumayan Buat Anda...

Komen Terbaru

Quote Asdan 25-9-2019 10:45 PM

tanya sikit, macamana nak tukar ke conventional ?

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 25-9-2019 04:16 PM
Info berguna untuk yang belum tahu mengenainya
Quote chempaka_lily 25-9-2019 04:22 PM
Thanks for info
Quote Azharitubunga 25-9-2019 05:17 PM

Thanks info
Quote Asdan 25-9-2019 10:45 PM

tanya sikit, macamana nak tukar ke conventional ?

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.069375s Gzip On
To Top