CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Di Sebalik Area 51, Fanatik Teori Konspirasi Mahu Rempuh Pada 20 September

20-9-2019 10:09 AM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 10473| Komen: 106|Original author: Sang_Pencinta

Description: Misteri Di Sebalik Area 51, Fanatik Teori Konspirasi Bakal Rempuh 20 September Ini
Misteri Area 51 kembali panas bulan ini apabila sebuah cadangan yang mulanya hanya satu lawak jenaka di Facebook  untuk merempuh kawasan larangan itu beramai-ramai, mendapat sambutan lebih 2 juta sokongan daripada penggemar teori konspirasi. 



Kredit foto: vozwire

Rancangan merempuh kawasan larangan misteri di Nevada itu kononnya akan dijalankan pada 20 September ini menyebabkan pasukan pertahanan US Air Force mengetatkan kawalan mereka.


Kredit foto: Inet Detik



Susulan itu, dua orang pelancong Belanda,  Ties Granzier, 20, dan Govert Charles Wilhelmus Jacob Sweep, 21, ditangkap oleh pasukan keselamatan hari ini kerana cuba menyeludup masuk. Mereka bagaimanapun mendakwa hanya teringin untuk melihat-lihat di sekitar kawasan itu.


Kredit foto: CNN


Selama beberapa dekad, pelbagai teori konspirasi aneh berpusat di kawasan larangan ini. Ada yang mendakwa kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyimpan sejumlah bukti kewujudan makhluk asing dan UFO di situ.

Selain itu, ada juga yang mendakwa AS sedang merekabentuk teknologi angkasa di situ menggunakan bahan-bahan peninggalan makhluk asing yang ditemui di Roswell.


Kredit foto: Carian Google


Kerana tahap keselamatan yang tinggi, Area 51 selama ini menjadi pangkalan rahsia AS dan hanya diakui kewujudannya oleh CIA pada 25 Jun 2013. Terletak di Nevada, 134 Km dari Las Vegas, kini bandar itu menjadi destinasi pelancong popular di kalangan penggemar teori konspirasi dan makhluk asing.


Kredit foto: Wikipedia



Menjawab rancangan jutaan penggemar teori misteri untuk merempuh kawasan larangan itu pada 20 September ini, jurucakap kerajaan US, Laura McAndrews memberitahu The Washington Post bahawa mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan bagi menghalang mereka.


Persoalannya, apakah sebenarnya misteri di sebalik Area 51? Mengapa AS merahsiakan kewujudannya selama ini? - CARI 

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 20-9-2019 10:12 AM
Area 51 ni diorg buat meme je
Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 10:14 AM
Kenapa ramai percaya Area 51 ni kerajaan US simpan alien? Ada bukti kukuh?
Quote Lelli 20-9-2019 10:20 AM
Teingat ms sekolah dulu tngk citer roswell kt tv2..
Liz Parker+ Max Evans
Maria Deluca + Michael
Isabel Evans

Motip iolss still ingt lg nama dorg...lolz

Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 10:26 AM
Lelli replied at 20-9-2019 10:20 AM
Teingat ms sekolah dulu tngk citer roswell kt tv2..
Liz Parker+ Max Evans
Maria Deluca + Michael
...

X-Files pun diinspirasi dari Roswell kan?
Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 10:28 AM
https://nationalpost.com/news/wo ... s-search-for-aliens

Two million people could storm Area 51 this week.

This Friday is the day we find out if two million people are really going to storm one of the world’s most famous military bases to try and get a glimpse of aliens and UFOs. Even if just one per cent of the people who signed up for the joke event show up at Area 51, that would be 20,000 people. The U.S. Air Force has said it’s “ready to protect America and its assets,” while the Facebook event post boasts that “we can move faster than their bullets. Lets see them aliens.” No one really knows what’s going to happen. In the meantime, the National Post’s Bobby Hristova has taken a look at the history of man’s interest in the search for alien life. Watch the video above or read the transcript below.
Quote Kurex 20-9-2019 10:30 AM
Lelli: Teingat ms sekolah dulu tngk citer roswell kt tv2..Liz Parker+ Max EvansMaria Deluca + Michael Isabel EvansMotip iolss still ingt lg nama dorg...lolz


Suka lagu Dido, Here With Me @Lelli
Quote natrahn 20-9-2019 10:31 AM
Lelli replied at 20-9-2019 10:20 AM
Teingat ms sekolah dulu tngk citer roswell kt tv2..
Liz Parker+ Max Evans
Maria Deluca + Michael
...

kan... citer ni ada sebab kononnya alien pertama ditemui kat kawasan nih.
Quote kucingitam 20-9-2019 10:32 AM
kenapa alien turun kat us je?
Quote sarah82 20-9-2019 10:33 AM
Hahaha.. Aku gelak tgk meme kat ug..
Quote natrahn 20-9-2019 10:34 AM
Sang_Pencinta replied at 20-9-2019 10:26 AM
X-Files pun diinspirasi dari Roswell kan?

X files pasal unsolved cases involving paranormal phenomena.... inspired dari The Twilight Zone, Night Gallery, Tales from the Darkside, Twin Peaks, and especially Kolchak: The Night Stalker.

Kecik sangat saya masa ni..tapi memang minat tengok x files, roswell, twilight zone ( seram sikit yang nih )

sampai sekarang saya memang minat cerita-cerita macam nih

Quote natrahn 20-9-2019 10:35 AM
kucingitam replied at 20-9-2019 10:32 AM
kenapa alien turun kat us je?

Malaysia takde kawasan padang pasir luas kot..rosswell tu ada kawasan macam tu senang nak landing UFO hehhee
Quote Lelli 20-9-2019 10:36 AM
Sang_Pencinta replied at 20-9-2019 10:26 AM
X-Files pun diinspirasi dari Roswell kan?

Rsnya kebanyakkn drama n movie dorg yg bersangkutan dgn mahluk asing,diinpirasikn dari area 'ROSWELL' ni..
Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 10:38 AM
natrahn replied at 20-9-2019 10:34 AM
X files pasal unsolved cases involving paranormal phenomena.... inspired dari  The Twilight Zone,  ...

Oh ya ke

I cuma ingat Mulder selalu cari adik dia ke apa yg konon kena culik alien??

Ingat2 lupa

Tak berapa suka cerita alien ni
Quote kucingitam 20-9-2019 10:39 AM
natrahn replied at 20-9-2019 10:35 AM
Malaysia takde kawasan padang pasir luas kot..rosswell tu ada kawasan macam tu senang nak landing  ...

mungkin juga sebab jerebu..alien takut mata pedih..mata demer kan besor2..

Quote batmana 20-9-2019 10:40 AM
muka sedeh aja pelancong belanda tu..
Quote c===8 20-9-2019 10:40 AM
kelibat ufo penah kelihatan di banting
Quote Sang_Pencinta 20-9-2019 10:42 AM
c===8 replied at 20-9-2019 10:40 AM
kelibat ufo penah kelihatan di banting

Betul ke? Tahun bila bang?
Quote natrahn 20-9-2019 10:42 AM
kucingitam replied at 20-9-2019 10:39 AM
mungkin juga sebab jerebu..alien takut mata pedih..mata demer kan besor2..

hahahaha logik2
Quote natrahn 20-9-2019 10:43 AM
Sang_Pencinta replied at 20-9-2019 10:38 AM
Oh ya ke

I cuma ingat Mulder selalu cari adik dia ke apa yg konon kena culik alien??

aah...citer alien termasuk sekali... Scully pulak tak percaya benda2 macam tu sebab dia doktor - percaya sains + logik..

Mulder dia percaya la benda2 ghaib,mistik + alien

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061368 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top