CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Mati Di Amerika, India Haramkan Dan Malaysia Akan Bentang Akta Kawal Vape

19-9-2019 02:35 PM| Diterbitkan: akubujang| Dilihat: 4979| Komen: 37|Original author: HakirRahman

Description: Kenapa Rokok Tak Diharamkan?
Kemunculan vape yang dipromosikan sebagai alternatif merokok mendatangkan banyak kebimbangan. Disebabkan tiada kajian mendalam untuk menyelia kandungan cecair vape ini, kesannya kepada kesihatan sehingga sekarang sukar diketahui. Bertambah buruk, bila budak-budak pun pandai "vaping". 


Berbanding industri rokok tembakau yang ada peraturan jelas tentang kandungan nikotin, undang-undang mengawal, serta proses pengeluarannya, industri vape masih tidak ada lagi peraturan dunia tentangnya. Kebanyakan negara masih tidak ada undang-undang untuk menyelianya.
 
Vape tak diselia dengan betul. Foto: Google


Baru-baru ini, CNN melaporkan, di Amerika Syarikat, tujuh orang disahkan maut kerana penyakit berkaitan tabiat "vaping", manakala beratus-ratus lagi sedang dirawat kerana penyakit sama.

Sampai mati sebab vape. Foto: Google

Disebabkan kematian ini, banyak negara dunia mula bertindak mengharamkan vape. India menjadi negara terbaru akan mengharamkan vape dengan penggubalan undang-undang. Bukan setakat penggunaan diharamkan, semua proses pengeluaran, penjualan, import dan eksport pun akan diharamkan. Mereka yang melanggar undang-undang itu boleh didenda dan dipenjara. 

Apa beza vape dengan rokok? Foto: Google

Malaysia pun akan membentangkan undang-undang untuk mengawal vape seawal-awalnya tahun depan. Menurut Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, akta itu akan dibentangkan di Parlimen mungkin pada Mac. 

Apa kata anda? Perlu ke haramkan terus? Atau sebenarnya kita perlukan undang-undang untuk menyelia proses pengeluarannya seperti dibuat kepada rokok tembakau. Dua-dua pun bahaya kan? - CARI 
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Aretoke


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 19-9-2019 02:43 PM
Vape ni berganda lagi selamat dari rokok
Ikhlas
Pengguna sx mini g class + tank dta

[youtube]fSOWGAC5wss[/youtube]



[youtube]TEVwniV1vxc[/youtube]
Quote Kurex 19-9-2019 03:03 PM
Nasib baik kurex tak hisap rokok atau vape.. Melainkan.................
Quote kentel 19-9-2019 03:03 PM
hahahahahahahahaha rokok yang terang-terang sebabkan penyakit tu pulak dijual terang-terangan...takde sibuk nak ban pun!!! siap kutip cukai lagi...kahkahkah....ini semua membongak!!!!
Quote palmolive 19-9-2019 03:04 PM
konon nak ikut negara org..
bayar jek tutup mulut
Quote FOTHER-MUCKER 19-9-2019 03:09 PM
Baru ni dalam news ada bagi tau mereka mati disebabkan kerana mencampurkan vitamin E dan ganja kedalam vape Liquid tu.
Quote gaara_X 19-9-2019 03:10 PM
komen banyak nanti...marah plak orang kat sana....orang kat sinun pun turut terasa tau....
Quote crazybeach 19-9-2019 03:12 PM
alah. impose tax kat product2 vape nih lepas tu tampal sticker gambar amaran vape boleh membahayakan kesihatan terus dah boleh jual khuens nokk
Quote arareez 19-9-2019 03:26 PM
Kurex replied at 19-9-2019 03:03 PM
Nasib baik kurex tak hisap rokok atau vape.. Melainkan.................

Melainkan kotey ?
Quote Iema5008 19-9-2019 03:35 PM
Vape jadi slg guna bila ada manusia pntar letak memacam dlm menda alah tu... mcm ice bagai mmg mdapatlah...

Yg guna flavour biasa2 aje bak kta pok jib helok survive idop..
Quote Perawankota 19-9-2019 04:53 PM
Bagus diharamkan jer.. yg x kena lg sakit, blhlah cakap mcm2..
Quote armin 19-9-2019 04:56 PM
FOTHER-MUCKER: Baru ni dalam news ada bagi tau mereka mati disebabkan kerana mencampurkan vitamin E dan ganja kedalam vape Liquid tu.

Vitamin E utk apa masuk dln vape? Ganja tu yela mk kasi high
Quote moonbug 19-9-2019 05:04 PM
armin replied at 19-9-2019 04:56 PM
Vitamin E utk apa masuk dln vape? Ganja tu yela mk kasi high

Untuk kulit glowing dan mulus
Quote duri_durians 19-9-2019 05:21 PM
Kurex replied at 19-9-2019 03:03 PM
Nasib baik kurex tak hisap rokok atau vape.. Melainkan.................

kurex hisap rokok tanpa "ro" kan?
Quote damsel_fiji 19-9-2019 05:26 PM
armin replied at 19-9-2019 04:56 PM
Vitamin E utk apa masuk dln vape? Ganja tu yela mk kasi high

Acah2 healthy la kot.. kekonon consume antioxidants lah gitu
Quote Muntz 19-9-2019 05:37 PM
Haramkan jah rokok sis. Pastu vape perketatkan. Sbb rokok mmg dah confirm membahayakan kesihatan, so haramkan jah terus. Vape pulak masih pending further research, so boleh lah taxkan vape mcm tax rokok skrg.
Quote boyagombak 19-9-2019 06:41 PM
FOTHER-MUCKER replied at 19-9-2019 03:09 PM
Baru ni dalam news ada bagi tau mereka mati disebabkan kerana mencampurkan vitamin E dan ganja kedal ...

Bila masuk perisa Weed atau ganja tu , depa hisap macam hisap ganja yg original, sedut dalam2 sampaikan asap pun x nak lepas sebab sayang sgt dengan perisa tu jadi semua minyak pun terperangkap dalam paru2. Normally orang hisap rokok dengan vaping ni just sampai kat tekak jer, x adalah sampai nak sedut dalam2 sampai ke paru2, itu yang menyebabkan paru2 dan saluran pernafasan rosak
Omputeh ni kalau buat sesuatu kadang sampai ekstrem sangat dia dah x fikir baik atau buruk, janji layan kepala
Quote Kurex 19-9-2019 07:17 PM
arareez replied at 19-9-2019 03:26 PM
Melainkan kotey ?

Apa ni.. Tak baik la.. Malam ni malam jumaat
Quote Kurex 19-9-2019 07:18 PM
duri_durians replied at 19-9-2019 05:21 PM
kurex hisap rokok tanpa "ro" kan?

Tapi sebutan kok tu ada qalqalah..
Quote harizs 19-9-2019 07:23 PM
Rokok pun ramai mati tapi x berani haramkan sbb hasil cukai bilion2

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.266513 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top